img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, September 26, 2013

Setahun lapan, 20bulan.

Hi bersiaran sempena ulang bulan Ayra. Kikiki poyo je.:p


So apa  perkembangan budak kecik tu. Tadi baru je jatuh sampai berdarah hidung. Urghh!!! Bencik.. tulaaa malang tak berbau. Pas jatuh tersadung berdarah hidung, melalak-lalak. Mak is serammm hidung dah la takde... pastu jatuh lagi kat hidung.. adoii.. Bagi scot yang pastil tu terus senyap tapi darah dari hidung tetap mengalir :'( pastu mandikan, bagi susu....... sampai sekarang tidur.. bagus gak dia baring/tidur tu.. takdela darah menitik keluar.. huhuhu. bagi darah kering.. aaa. tak suka.


Okay. Dah. Dah. Kita cerita pasal 20 bulan :')


- kalau tak dapat sesuatu dia akan protes. huahua. benci tau perangai tu. menjerit selagi tak dapat.


- lepas mandi, dia akan pilih baju apa yang dia nak, kalau kita amek baju yang dia taknak, memang bergusti lah nak suruh dia pakai. poyo kan? so lantak la.. cuma nya i akan amek baju dia siap-siap tunjuk la 2-3 helai, suruh dia pilih. kalau tak buat camtu, kang baju tidur pun dia nak jugak pakai time siang.. >_<


-  takboleh tengok orang nangis. nanti dia nangis sekali. kalau i yang nangis lak (buat-buat nangis) dia takde de nak pujuk ke apa.. dia cuma akan cakap 'ayoyok ayoyok' pastu buat bodoh. hahaha!! tapi kalau dia buat bodo je, i lagi kuat nangis :p kahkahkah nak perhatian dari anak :p pastu baru la dia datang peluk-peluk ke apa.. sampai la kita gelak, bila kita dah gelak baru dia sambung buat apa yang dia nak. kihkih.


- perkataan ayoyok tu jugak merujuk kalau tetiba dia main remote tv pastu tertukar chanel ke, main laptop pastu tertekan apa ke.. kira kalau dia tahu benda tu tetiba salah, dia akan cakap ayoyok.. ekeleh, kau yang buat kan??! lagi nak ayoyok bajet inocent :p hehe


- kalau bagi susu, mesti dia akan minum sampai la tinggal sikit. saje mengada. pastu tunjuk kata kita sambil cakap sikit lagi.. pastu bajet cam takmo minum dah. padahal saje je.. dia nak kita pujuk-pujuk suruh habiskan. dia akan minum sesedut, pastu sebut sikit.. pastu sesedut.. sikit.. pui! sampailah habis. bila habis dia akan campak dalam sinki. tapi sebelum tu dia akan mintak tutup botol tu.. dia tutup dulu, pastu campak dalam sinki. campak je? amboii basuh la sekaliiiii.. :p


- kalau dapat main air......... memang suka sangat. budak memang suka air kan? kalau mandi pagi-pagi tu.. dia akan cakap 'sejuk' tapi sejuk-sejuk pun dia suka.. cakap perkataan sejuk tu sambil buat macam mengigil.. kekeke berlakon nya! dah siap mandi, dia akan mintak 'towel'.. hahaha.. kenapa ntah sebut towel, bukan tuala.. pastu nanti dia akan tunjuk bekas makeup dia.. mintak pakai bedak, pakai SABUN..  Hahaha i dah berjuta kali sebut LOTION bukan SABUN.. dia ikut lah.. 'oshen'.. pastu nanti kang panggil lotion sabun balik..  adesshhhh! 


Ayra dah bangun lak...... baru nak tulis sampai 400juta point. kahkahkah.. jumpa lagi bila i boring i taip. hahaha.. mood nak menaip sekarang macam kureng lah.. tapi bila dah start nak menaip, amek memang panjang gila.. :P mungkin sebab kelas dah start, so agak busy, penat ulang alik semua.. badan dahla macam orang tua sangat sekarang ni.. huhuh..
 


 


Ini muka baru bangun tidur. Bangun tidur takleh banyak songeh sangat ngan minah ni, kang dia buat amukan ablasa. So biarkan aje dia layan blues sendiri-sendiri dulu. hehe.. perangai sebijik cam mak eh.. kalau bangun tidur jangan banyak bunyik kang akuuuu moody. haha..




nak red velvet cake.
nak red velvet
nak red velvet
HAHAHAHAAHAHAHA
mengidam. baiiiiiiii.










1 comment:

DYatie ABakar said...

ayra ayra.. teringin lak rasanya nak jumpa ayra yang cerdik petah bercakap nih.. arissa tetap banyak bahasa jerman dia. haha.

.