img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, October 24, 2013

Random.

Baru 12setengah, tadi pukul 10kemain ngantuk gila bahbee.. sampai tertidur la jugak. dahla time tu ayra taknak tidur, ntah lambat lak dia tidur hari ni. geram mak encekkk. tidur dalam keadaan tak betul, sakit leher ni ha. yang kelakarnya TERtidur tak sampai la 15minit pun, tapi siap boleh mimpi, dahla mimpi bongok-bongok.


alang-alang dah taktahu nak buat apa ni, dah lama tak pakai mask kan, marilah kita tempek-tempek sikit muka bagi berseri (konon). haha..


sementara tunggu mask ni kering, boleh la update belog terchenta ni sekejap. ahaks. belog terchentaaa lah sejak 2009 kot belog ni. kalau betul-betul nak berbelog, dah tahap bloger pemes dah kot sekarang :P kakakaka.. tapi ni sampai boleh lupa password belog sendiri acane? jadila tulis belog untuk diri sendiri kot ayra nak baca ke nanti.. hehe.. tu bapak ayra tu pun nak baca jugak kan?? hi awakkk~~~ lambai-lambai tangan kat encik ridzuan itu ;))


ahhh merapu apa benda atas-atas ni?? ntah. main sedap je menaip apa yang dalam otak.


ha, siang tadi kan.. keluar la jap beli susu/pampers budak kecik tu. sampai-sampai je rumah, ngam-ngam hujan. kain kat ampaian. ayra taknak berjalan, nak berdukung. dah macam apa je, dengan tangan pegang barang susu pampers pastu dukung ayra lagi. nak bukak pintu rumah, dan-dan time tu ayra nak susu la pulak. kang tak dibuat, merajuk. budak kecik tu sangatlah berjiwa halus, senang sangat air mata nak jatuh, senang sangat nak merajuk, mengada lebih macam sape ntah :/


apa-apa pun nasib baik la sempat menyelamatkan kain-kain tu dari kebasahan. kikiki.


sebut pasal pampers, tadi tu beli size L.. baru terperasan.... ayra sekarang ni sepatutnya dah pakai XL.. ahahaha.. adoiii dah ketahap xl masih berpampers.. bila la ada masa nak potyy train budak kecik ni, kena tunggu cuti sem nanti la gamaknya, kalau sekarang ni tak berapa nak ada masa, plus tak gigih sangat kalau ayra teraccident kat mana-mana. kalau dah besar mungkin 2tahun camtu dah senang kot? macam sekarang ni, dia kalau dia dah kencing kat pampers, baru dia cakap.. 'kencing'.. pegang je pampers tu memang terasa la panas. :p tapi kalau berak, memang ayra dah tak berak dalam pampers, kalau berpampers dia takmo berak, nape ntah, layankan jela... kikiki..


okayla, nak layan candy crush yang macam ........... jap. dah nak masuk 2minggu lebih stuck kat level 197. dahtu yang paling cam bongok tu kan, selalunya mesti tinggal lagi 2/3 je jelly ke apa ntah benda tu je yang tak pecah. eee geram!!!! hahaha... takpe sabar-sabar. habis nyawa kita tidur. gudniteee :))

5 comments:

DYatie said...

X boleh nak potty train arissa lagi.
Sebab mak arissa kan jauh.
Huuuuuuuuu.

Mimy Hamid said...

pampers XL tak jimat ...mahal sikit hohoh..

Fifi Nadhrah said...

ufairah pon tak pottytrain lagi.. tak tau bile nak potty train die.. susah la sebab kat rumah BS die still pakai pampers..

Umi Qi said...

Waaaa dari tahun 2009 berblogging ye....nurul senior ar dari Umi Qi heheh Umi Qi baru je tahun 2010 kot rasa hehhe...baru je...oooo pernah cuba kt qi pampers XL...masih londeh...hahhaha x leh pakai agi

Fifi Nadhrah said...

fifi singgah petang..

.