img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, October 18, 2013

Boring.

Kereta menan ayra tu stereng takleh belok-belok. Jadinya, semalam petang.. membawak la kita ke chowkit. Pergi kedai tu balik tanya bla bla. Rupanya ada wayar tercabut. Kikiki. Bangla tu dah betulkan. Alang-alang kereta dah betul tu, apa kata kita test sekali bawak kan? Tak pernah lagi main kat park mana-mana, main depan/dalam rumah je. Dahla rumah comel aje pulak tu. Hikhik.


Bila dah sampai kat titiwangsa, boleh pulak ayra taknak pun main kete dia tu. dia sibuk nak taman. hahaha.. sia-sia je.. dahla buat penuh kete, naik myvi tu kan.. mana muat kat bonet, kena letak kat seat belakang. kat rumah beria je nak main, ni orang dah bawakk tempat yang luas nak main takmo pulak. huhu.


Kitorang ingat nak main kat area astaka tu je..  so parking kat tepi stadium jela kan.. sekali ayra taknak pun main, dia nak 'taman' je.. malas nak jalan kaki pergi tempat menan tu, so masuk dalam kete, gerak kita parking kat tempat orang main kete remote kecik tu.. hahaha berapa banyak kete daaa dalam ayat ni?? pening.


Tapi sebenarnya, ayra tu kan.. dia suka perhatikan orang je. bukan nak main sangat pun.. hahaha.. dia suka jeeeeeeeeeeeeeeeeeee nak menyibuk hal orang, usha orang semua kahkahkah dasar pommsss kepochi :p kikiki.. tapi takpela, kecik lagi takpe kot berperangai begitu, kalau dah besar.. malu mak nak oii :p




Nak balik rumah memang macam takla kot lepas tu, yelah time-time kritikal kot, nak kol 7 camtu jalan memang jem la kalau menghala balik rumah. orang balik kerja kan.. jadinya, tetiba je Wan bawak pergi Mid pulak.


Kat mid ada cimb fair ke apa ntah. I ajak la pakcik tu masuk, ala sebab nak belon free :p hehe. Banyak gak benda menarik dalam tu, alatan elektrik eh? ala macam benda-benda nak masak tu semua.. tapi i takdela gigih nak tengok pun, malas arr nak tengok bukan nak beli pun hehehe..


Sebelum tu sempat gak la usha-usha kasut  ayra. hehehe. ada kasut vans tu macam style, tapi bila pakaikan kat kaki ayra, macam tak sesuai lak. macam kelakar je.. huhu.. wan cakap, hari tu kat sogo macam banyak pilihan. err, tapi i macam terbekenan tengok kasut converse putih.. ayra takde kasut putih kot? memang la putih cepat kotor, tapi tang kotor tu baru la rare kan? hehe macam zaman sekolah dulu-dulu, apa barang pakai kasut basuh bersih-bersih.. hee.


Odw balik rumah singgah rumah kawan sekolah i jap, amek kad kawen. Hihi dah nak kawen.. macam tak percaya. tapi percaya jela, aku ni pun lagilah anak dah sorang lagi over kan :p member ni i start kawan masa form3, sekarang dah 23, 23 tolak 15 berapa eh? hahaah malas nak kira bye. :p














3 comments:

DYatie said...

8. Hahahaha.
Ayra sm mcm mak arissa nih suka tgk org. Hahahaha. Jgn ikut auntie tau ayra. Arissa lak klo tgk org dia gak nak g join x kira org tu sebaya ke tua. Peramah yg amat kekdah nyer.

SyimaSyaz said...

kenapa ha saya rasa ayra ni macam muka my dotter sikit.. ada lah part2 nya

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

ayra tu perati sana sini sambil belajar tu..

.