img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, November 25, 2013

Expo Baby Mid



Hari khamis ajak Wan pergi babyfair kat mid, tapi pakcik tu macam malas nak bawak. So takpela, taknak bawak sudah. nama kau bedah. t*t*k kau sebelah. hahahaha...

Jumaat tu, lepas sembahyang jumaat Wan tanya 'kita nak gi mana?'.. pastu i jawab la takde mana, jap g petang bawak Ayra g taman je. Pastu dia sibuk la sekejap sekejap cakap 'kata nak gi mid'.. 'kata nak gi mid'.. erh kau ni? sakit pulak hati ni.. jangan nak main-mainkan perasaan aku boleh. kekekeke... kang bila dah siap, mulalah dia tanya.. 'ni nak g mana pakai tudung ni?'.. takde mane, saje nak pakai tudung dalam rumah, nak tidur, kbai. grr.


Pungpang siapkan barang ayra semua bla bla.. sampai Mid pukul 4lebih kot? Ntah tak pasti tak tengok pulak jam. Parking pun setelah 4-5 kali gakla kot pusing baru dapat. Tabah jela.. kitorang parking kat area gsc tu.. memang suka parking kat situ pun.


Sampai-sampai, terus g expo tu. Terus register. Nak goodies bag khen.. :p hehehe sekali isi dalam tu hampeh je.. ada air mineral sebotol dengan ubat gigi kodomo lion. Jadilah.. Benda free amek jela :D 


Pastu Wan dia nampak booth mothercare.. tommee tippe 50%. Dia lak yang tetiba sawan tengok harga jadi murah :D hehehe.. dari taknak membeli, terus terbeli. kikikiki. ayra pulak jenis apa botol/puting pun dia layan je.. murah ke mahal ke.. so takdehal la, nak beli avents ke, tometipe ke, pureen ke, apa-apa pun bolehh. baguss anak ibu :)) beli botol biasa, botol yang glass, pastu puting. wan nak amek gak sippy cup, tapi i cakap takyah la. ayra banyak je botol air masak. pastu sampai ke rumah dia overr tau sebab dia rasa menyesal tak beli.. hahahha.. poyo je nak menyesal, kang ada babyfair kita beli rr.. peningg rr awak ni.. :p


Sebelah tu ada booth drypers. Tapi tak beli pun. Sebab takat beza rm2 je pun.. size XL rm32. Selalu beli rm34.90 kat kedai ubat cina, tapi hari tu kat NSK & Giant ada offer, rm31/rm32.90. Pampers Ayra still banyak lagi, so tak beli. Kalau murah sangat-sangat boleh la nak beli. Hehehe.


Wyeth tak join. So tak dapek la nak beli susu Ayra. Enfa ada la. Tapi Ayra bukan minum enfagrow pun. Beria je makpak kau nak anak minum enfa, tapi sembelit lak. So takpela, s26 pun s26jela.. elok gak tu, s26gold murah sikit. Hewhew.


Pastu jalan-jalan nampak booth mybbstore. Ada jual botol susu lifefactory. Woo! Kitorang memang dah lama nak belikan ayra botol tu. Tapi tak terbeli-beli. Ni ada depan mata, beli jela.. sebijik yang 9oz rm63.. kira murah la, sebab harga asal rm79.90. :)) Ayra pilih warna hijau PAS.. kekeke.. i nak kaler pink tapi takpela, warna je kot, apa-apa pun boleh aje..


Expo kali ni i takde jalan setiap lorong masuk tengok booth semua. Ntah kenapa ntah. Oh mungkin sebab budak kecik tu nak berdukung saje.. memang mak dia sangat perkasa lah kan.. grr. Pureen pun i tak singgah. Sebab takde benda nak beli kat situ. Tapi bila balik rumah baru perasan bottle cleanser Ayra macam nak habis. HAHAHAHA takyah nak serabut lah, takat beza 90sen je pun nak berkira.. eh tapi hujung bulan ni ada warehouse puren kan? kahkahkah... 


Tu jela cerita expo kali ni. Untuk mother-to-be bestlah. Untuk anak yang dah besar ni pun boleh la.. :) takde rasa macam.. ini je?? buang masa je carik parking. kikiki ala, tapi kalau expo tu tak best, jalan-jalan jela dalam mid tu.. pun boleh..

Masa untuk register :)


Belum apa-apa dah rembat belon dulu :)


Belon lain lak.

Pit stop. Nampak benda alah ni kena la berhenti jap. Kang kalau tak berhenti, terjadi la amukan.



Yang hijau PAS tu la.. hee

Wan cakap kalau dua-dua 50% dia amek la dua-dua.. tapi yang biru tu new arrival tak dapek ahh. tunggu la bulan depan kot baru dapat 10%? nak tunggu 50% macam lama je lagi.


No comments:

.