img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, November 19, 2013

Hari Sabtu/Ahad.

Hari sabtu. 

Pergi sekolah adik i, budak tu ada kem, tak boleh balik rumah lagi patutnya. Tapi dia sumbek la kot, henset kena rampas ngan cikgu, pastu kena stay lagi sebab ada kem, padahal dah cuti sekolah kan. Dah dia nak balik, bawak jela balik. Dahla tahun depan tak dapat hostel, acane la nak ulang alik, patut form5 bagi la hostel senang sikit dorang nak study kan? kikiki. tapi boleh buat rayuan, tengok la camne nanti tahun depan.


Pastu adik yang sorang lagi tu lak kan dari bila ntah ajak men boling. So pergila bawak dia main jap. I main satu games je pun tu pun dah sakit tangan :/  Lepas habis main boling tu, Wan nak g hospital lak. Luka dia tu dah okay dah, tapi tak berapa nak okay la.. haha ayat bongok nih okay tapi tak okay :p kira dah 80% okay, 20% okay tapi ngada-ngada :p hahaha... pakcik tu masih bercuti... cuti sampai hari rabu. Tapi ada hati tu nak tambah cuti lagi, nak kerja next week katanya. Untunglah..


Setel kat hospital, singgah giant batu caves lak.. beli barang sikit. Pastu balik rumah.


badan semakin membesar tapi rambut masih begitu. kekekeke.. :p nak kena pakai produk dherb ke apa ni? terlajakkkkkkk laris :D



ootd : baju h&m, seluar miki, selipar crocs tiruan :p

makan #1


makan #2

makan #3

makan #4

ibu mithali suap anak makan :p

peace v(-_-)


akhirnya.... tewas di giant :) hehehe rare,baring dalam troley je.. pinjam bantal tak beli pun :p


Hari ahad

Pergi kenduri kat samudera. Kawan Wan. I bukan kenal pun. Ni next week ada lagi kenduri kat samudera tu. Pastu, ada kawan dia ajak datang rumah kat Padang Balang amek rambutan. Wan kalau dah jumpa kawan dia, mana boleh setengah jam sejam.. mesti berjam-jam. Arghhhhh stress mak incik :p hahaha tapi redho jela. Laki ku tu memang peramah, err tapi takdela peramah apa pun, cuma dia dengan orang yang baru jumpa pun boleh menyembang.. aku ni kalau baru pertama kali jumpa, memang mulut ada emas kot. hahaha....


Pukul 6camtu baru la gerak dari rumah member dia tu. Pastu tanya ada nak g mana-mana tak? ayra lak, masuk kete, minum susu, terus pengsan... dah, kita balik rumah jela.. huhu.. nak berjalan pun cam kesian anak tidur kan.. tapi sempat la singgah pasar malam, i turun sorang je, wan jaga ayra dalam kete.. takde jaga apa pun, budak tu tidur..


I update ni dalam kelas. Gila awal kan? Belum pukul 2 dah masuk kelas. Kikiki. Pelajar berdedikasi kononnya :p Tapi ni dah pukul 2 baru ada lima orang je dalam kelas? Hujan kot.





1 comment:

DYatie said...

Ayra nampak besar sangat kan. Tinggggiii.

.