img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, November 6, 2013

Suami kiteeeer eksiden.

Seminggu cuti ni bertapa kat rumah makwan jela. sebab nak tolong adik ipar buat goodies bag bla bla. jenuh oii nak diy.. kikiki. dorang nak buat guna brown paper + doily paper tu kan.. gigih tak gigih la..  dulu masa kenduri i dulu, bab goodies bag i memang langsung tak amek port.. semua makcik i uruskan, tahu-tahu dah siap :) untunglah ada orang nak sponsor :p haha bukan goodies bag je, i rasa semua benda masa majlis i dulu i langsung tak amek part.. semua makayahpakcikmakcik i yang tolong, biasalah cucu sulung kan? :p dahtu pulak i memang jenis sempoi.. semua benda i tak kisah.. heehehe. tahu nak kawennnnnnnn je..... LOL.


semalam awal muharam.. apa aktiviti?
takde aktiviti apa pun... wan eksiden motor. tahu jela jalan kat rawang ni kan? yang kat area sebelum tol tu.. jalan berlubang-lubang macam bongok. oh, wan eksiden malam awal muharam tu, hari isnin la kiranya..


masa dia sampai rumah tu, i kat atas.. dalam bilik, ayra dah tidur.. so gelap la kan.. dia nampak pelik, i tanya la kenapa? dia jawab 'eksiden'.. i ingat dia main-main, so i macam malas jela nak layan, i gelak-gelak jela cakap dia tipu :p tapi rupanya betul......... koyak seluar kat lutut dedua.. kiranya lutut dia terkoyak la.. ngeri kottt! pastu kat bahu, tangan.......... i dahla takut tengok darah.. serammmmmmmm!! huhuhu..


i tanya nak pergi klinik tak? pakcik tu jawab taknak. ala, sebenarnya dia takut kena jahit. kan awak kan? :p so dia g mandi jela pastu, memang i dengar la dari luar bilik air tu.. dia terahhh teraduhh aduh.. pedih kan kena air.. i nak cuci?? i takut........ hikhik.


esoknya pagi, i tanya lagi nak g klinik tak? ke nak g hospital? memula dia nak g klinik.. o okayla.. pastu tetiba tukar fikiran g hospital jela terus.. tu pun lewat, takut punya pasal :p kol 11 baru gerak dari rumah..


wan time tu nak bangun berdiri pun payah, i nak angkat/ampu pun tak larat.. i cuma boleh tengok jela... tapi time tu dalam hati memang dah nangis dah.. kekekeke siapa tak sayang laki kot.. :p  tambah cuak lagi, wan cakap. kaki dia macam patah.. ades............ tapi alhamdulilah, tak patah pun kaki pakcik tu.. :') dapat mc sampai jumaat ni, tapi memang tak boleh sembuh kot kalau jumaat ni, mungkin amek masa 2weeks++ kot baru elok.. huhu..


tapi semalam tu i tak teman pun wan kat hospital. hantar je... kikiki.. pas hantar i dengan adik-adik ipar keluar beli barang :p macam tak sayang lakiii jeeee.. eh tak la, SAYANG kot, tapi abahwan ada.. lagipun i bawak ayra kan.. bawak budak kecik g hospital bukannya elok, terdedah dengan virus2 orang sakit apa semua.. huhuhuh..


ni pakcik tu kat bawah, i teman ayra dalam bilik.. tidur.. ni yang dapat update belog :p hehehe tapi wan walaupun dia sakit, dia takdela manja kededek nak suruh i buat itu ini.. seboleh dia bangun amek sendiri walaupun berjalan macam kelakar.. hehehe..eh tapi wan memang camtu pun perangai dia, takde de dia yangggg buatkan air.. yanggg amekkan nasi.. takde takde.. alhamdulilah.. yelah i penat jaga anak kot, konsider la sikit.. takkan la benda simple pun nak dihidangkan.. hahahaha.. tak mithali?grrr diam la ko :p laki aku okay je.. kan awak kan?? hikhik


tajuk entry ni takboleh bla........ lantak! :p
doakan suami kiteerr cepat sembuh ye? aminnn.. :')
cepat sembuh, cepat boleh jalan-jalan.. wahahaha..

1 comment:

safurara said...

lahhhh.moga cepat sembuh ye.hmmm rara paling takt benda tu lah~

.