img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, February 25, 2014

Apa-apa jela (erk!)

I takdela tak pernah marah anak. Ada gakla jadi naga. Terkuat suara. Tapi i perasan, Ayra kalau kita kuat suara, dia memang tak layan. Lagi dia mengedik adala. Tak makan saman. Tapi, kalau kita cakap pelan-pelan, dia boleh menangis syahduuu kot. Hahaha. Nak reverse psikology jugakk baru jalan.


Selalunya, tiap-tiap malam i akan pesan itu ini. Masa dia tidur tu, i akan borak-borak dengan dia. Kehkehkeh. Orang jepun panggil teknik shicida kan. Ayat ni dah macam wajib, ayra anak ibu, ayra good girl, ibu sayang ayra, ayra jadilah anak yang solehah, anak yang sayang ibu,  bla bla..  


Kadang tu pesan pasal kencing dalam pampers, kalau nak kencing, kencing esok pagi. Hahahah! & benda tu berhasil kot. Memang bila bukak pampers kering je. Pagi esok bangun, mengelabah nak kencing. :P Kadang lak, kalau siang tu dia buat perangai, time tidur i cakap la.. i tak suka dia perangai macam tu, kenapa ayra dulu tak macam tu pun, kenapa sekarang baru macam ni.. bla bla. Hahaha.


Ohye, ada beberapa perkataan yang memang dah jadi tebiat ayra kalau dia nak tidur..
baca doa tidur.. (tapi takat bismilahhh pastu amin.. tu jela yang jelas didengar), gudnite (tak kira la dia tidur tengah hari pun! hahaah), assalamualaikum, i you ( iloveyou- tak reti sebut lagi). Hehe. Bila dah buat semua tu, baru la mintak nak susu. lepas susu, mintak napkin. Hahaha! ye, ayra kalau nak tidur dia perlukan napkin. tapi takdela 'napkin busuk'.. kiranya napkin dia hari-hari tukar la.. bukan yang jenis kepam takboleh basuh :P hehe.


Dulu-dulu kan, i ingat i mak yang cool. Kau nak marah anak aku ke apa, marah la.. tak kisah. Tapi rupanya tak cool langsung! Hahahaha.. Tiap kali orang buat anak i nangis, i akan rasa kau kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! tak fun betul perangai. tapi serius, i rasa i sorang je boleh marah ayra, orang lain tak boleh. HAHAAHAHAHAHAHA.. bodoh la perangai ni. kang tak pepasal aku jadi mak yanggg pergi serang cikgu kat sekolah -__-". Ntahla, rasa macam ayra kecik lagi.. nak cubit ke, pukul ke tunggu dia besar, tunggu dia dah fahammmm yang mana elok yang mana tak elok, ni budak dua tahun kot? apa citaaaa. ye melentur buluh biarlah dari rebung. arghh apa-apa jela. hahaha emosi lak tetiba, kikiki.


Dah, dah.. malam-malam lagi mahu membebel. Ni ayra petang tadi. mintak belon. berebut nak belon orang..... menangis. so jomla kita pergi kedai beli belon. I memang lemah sikit kalau ayra nangis nak menan orang lain. HAHAHA.. tapi kalau benda murah-murah cenggini boleh la layan. Kalau dia mintakkkk benda mahal, err ayra mintak kat papa la. Ibu takde duit. Kekekeke. Eh eh bukan la bermaksud setiap permintaan ayra i akan berdesup tunaikan. Berpada la.. Kang jadi anakku sazali  pulak :p ayra budak baik.. hihi. kadang tu dia sebelum keluar mesti akan cakap kat i 'taknak nangis, main elok-elok'. Hehehehe. tu kalau kes i tak bagi keluar la.. bodek lebeyy.








Malasnya nak g kelas esok.
Takde mood. Bila cuti eh? Hahahaha! 
Gudnitee. 


2 comments:

Baiduri said...

Gud gurl la ayra.... ^_^_

♥ ROS ♥ said...

Cerdik pandai la ayra ni.,,
Anak ros pun slalu kna marah.kikiki.
Marah marah cyg :p

.