img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, February 16, 2014

Titiwangsa.Aeon.

Taktahu nak pergi mana, bawak jela budak kecik ni pergi titiwangsa. Main-main secara percuma. Wahahaha. Itu yang kita mahu, free. Kalau bawak pergi tasik perdana pun macam okay gak, nanti la. Kita ajak papa. :)


Ayra sekarang dah main gelongsor yang tinggi sikit tu, yang bertutup tu. Kira tak risau la dia tergolek apa. Dia dah besar kan. Tapi yang kat titiwangsa ni, yang paling tinggi tu, i tak berani lagi nak bagi dia main. Tinggi sangat lah pulak, nak naik pun kena panjat guna tangga yang besi-besi tu kan. Wan dia dah letak anak dia kat atas tu, kira Ayra takyah la panjat besi tu.. tapi i lak cam cuak-cuak.. so kita tunggu sikit masa nanti lah.. hewhew. #sindrommakmak. Buat masa sekarang, main slide yang sedang-sedang aje. Yang tinggi sangat belum boleh ye. Sabar.



Slide yang macam ni tak mencabar dah :p kekeke padahal kalau dulu tengok dia main yang ni pun jantung dah dupdapdupdap cuak. :p #over



Main yang camni lak.. kena panjat sikit :p


Tapi kena tolong lah.. boleh je biarkan dia panjat sendiri. Tapi mak-mak kan selalu penakut :p




Mari masuk dalam ini slidee..



Selamat mengelungsur.. :)


Happy :)))


Pejam mata pun boleh peace yaww :p


Hijau oren is kaler blockkkkkk kaler mencapap sangat. Kahkahkah.. :p


Pastu macam teringin nak makan donut. kekekekee. Wan cakap g mid. Eh? Taknak la g mid. Macam jauh la pulak, semata kan. Padahal time tu kat sogo dah pun. Wan ajak g kl festival je, kat situ pun ada big apple. Huh? Baru je hari tu pergi situ, taknak la, kita lajak depan sikit.. g aeon alpha angle. Kikiki.


Kat aeon alpha angle sekarang ni ada offer, susu s26gold 1.8kg rm90lebih.. kira murah la, saing-saing harga kedai ubat cina yang selalu kitorang beli. kat kedai ubat cina tu 1.2kg, rm69.90. Speedmart pun tak dapek harga camtu :p Kalau susu lah. Kalau pampers kadang kat NSK lagi murah. HAHAHAHA. Nampak tak perbelanjaan yang sangat berhemah? :p rakyat marhaen camnila.. mana mampu main beli je.. kena la survey mana tempat paling murah. :p tapi pampers macam tak luak-luak lah pulak kat rumah ni sejak ayra dah pandai cakap nak kencing apa semua. jimattt lagi.. #syukurmalaysiamasihaman. krik.krik.


Yang ni gambar kat aeon lak. Hehehe. Jalan-jalan cuci mata. Lama gila tak pergi sini. Last bila ntah...... tak ingat pulak. Tapi rasanya masa tu ayra baru setahun kot? sekarang dah dua tahun dah member.

a-ci a-ci (kfc).. hahaha.. muka bersinar je nampak kfc.

Ayra kalau makan ayam drumstick tu seketul boleh habis.. hihi mana la tak membesar bagaikan juara kan? :) alhamdulilah, ayra makan je apa benda semua. tu nampak dia makan kerepok tu? hahahaha.. teruk mak ko ni ra.. (-__-)'


1 comment:

Umi Qi said...

Laaaaa ayra pi titiwangsa x ajak pun umi Qi kan...kalo x leh Umi Qi jumpa mama ayra yg comel nih...walhal dekat je kita tau nurul...pernah pi kl festival rupernya...umi Qi selalu tau lepak sana mkn big apple gak...

p/s nanti add umi QI dlm FB ye...Julia Johari Akil...leh jumpa kot2 free :D

.