img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, March 8, 2014

Birthday girl.

Hii.. semalam kan, birthday kitaa :) Birthday yang ke-24.. Ayra tak nyanyi pun, dulu ingatkan dia dah boleh nyanyi2 besday to you ke apa kan.. rupanya masih belum reti.. dia cuma boleh nyanyi 'to you to you' je.. keciwa mak kau nih ra :'( kekekeke. tapi takpela, tahun depan insyaAllah dah boleh kot? Akan ku paksa jugakkkkkkk. Hahaa. Tapi tu pun kalau masih diberi nafas untuk hidup sobssobss.. erkkkk tetiba ayat camni. Krik-krik..


Yang si bapak lak. Dah pukul 12am 8mac baru dia wish heppy belated birthday. KAHKAHKAH.. ala, dia bukan tak ingat. Malu la tu nak wish. Pura-pura tak ingat. So dah dia pura-pura tak ingat tu, memang takdela kek ke hape kan.. puii! & sepanjang hari tu i pun takde nak hint-hint suruh dia wish ke hape.. buat macam biasa je..  Tapi semalam  tu dia cuti. Kau ada birthday kau laki cuti? kekekeke.. takpela. Kitorang memang bukan jenis wajib kena wish ke hape.. lek-lek dah la.. kan? Kalau tak wish nak sentap sebulan ke hape. Arghh memang takde masa. Macam geli lak kalau nak celebrate-celebrate ni, kitorang kan pasangan yang tak jiwang kodok.. hahaha. Kalau orang lain dengar kitorang borak pun dah tahu kot kitorang jenis bergurau kasar. Silap hari bulan orang tak kenal, dorang boleh cakap kitorang ni macam kwangja to each other.. hikhik.


So kemana aje semalam?  I memang taknak kemana-mana pun. Sebab tak sihat. Kat rumah pun berstokin kot semalam. Kepala sakit. Tak pening, tapi sakit. Mencucuk-cucuk. Ditambah dengan hingus selsema. Tak selesa langsung. Rasa nak baring. nak tidur je.. huhu. Dengan sengugut apa semua.. grr.


Tapi disebabkan ayra nak pergi taman. Kitorang bawak jela g taman metropolitan. Gagahkan jugak la diri... tapi okayla masa kat taman layang-layang tu i still rasa okay la.. boleh je bertahan. 


Pastu kitorang singgah mydin, nak beli air kotak ayra. Kat situ murah sikit. Dah beli apa semua. Masa odw nak ke kereta tu.. i rasa macam menggigil-gigil, kepala dah peluh.. sakit gila bahbee kot. Dahla time tu dukung Ayra.. rasa macam nak tumbang pun ada. Nasib baik tak pengsan. Apa ni birthday girl pengsan kan :P kekeeke..


Singgah rumah jap, hantar barang. Takut aiskrim cair. Pastu keluar balik. Carik makan. :) Tekak orang tak sihat ni nak makan charkueyteow kat mali's. Tapi kitorang tak pergi yang kat danau tu, kitorang pergi yang kat tempat lama, kat taman bunga raya ke apa tah. Taktahu la sebab tekak ke apa, i rasa charkueyteow tu tak sedap. Ada je orang cakap kueyteow mali's memang tak sedap pun, tapi sebelum2 ni i rasa sedap je.. kekekeke tekak kita berbeza.. :D Dalam tak sedap tak sedap pun habis. HAHAHA.. membazir amalan setan. Tak elok bazir-bazir. Sedap ke tak, telan jugak. :D


Pastu g wisma belia kat jalan syed putra lak, hari ni Wan ada exam kat situ. Tu yang malam tadi carik tempat dulu. Harap-harap lulus lah exam tu. InsyaAllah. :)) Kalau ada rezeki tak kemana. Mana tahu rezeki anak. Hahaha i kan mengandung, mengandungi lemak T_T kbai.




Selfie 1- walaupun tak sihat, amek gambar boleh aje.


Selfie 2


Akhirnya, beli gak layang-layang untuk ayra. :) boleh terbang ke tak, belakang cite. :P


Pandai gak pakcik ni naikkan layang-layang. :)) Tinggi gak. Hehehe. Kalau ada angin best la, takde angin.. hampeh.


Awak, isnin nanti cuti lagi ye? Cuti sempena annivesary lak.. kekekeke.. BAPAK KAU PUNYA COMPANY KE NURUL?? huihui.  tiap kali bertambah umur, makna nya bertambah gak la ulang tahun. Nak masuk 4tahun dah.. heee.. :))

.