img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, March 6, 2014

Update lah.

Macam dah lama tak update belog, padahal baru empat hari. Kekekeke. Petang tadi, i sampai rumah pukul 3lebih. Dalam kepala otak sampai rumah aku nak tidurrr.  Sebab tahu time-time camtu, memang time ayra tidur jugak. So jomlah kita berjemaah. Tapi tak boleh la pulak.

 

Tengok ada baju sebakul tak dilipat. Takdela gunung everest pun, tapi i kan jenis hari-hari mesti lipat kain (bajet rajin!). Kalau tak lipat hari-hari, mahu anak nyorok dalam kain tu pun tak jumpa.  Dah la i kan jenis pakai baju sekejap-sekejap tukar :P

 

Dah setel lipat kain, basuh baju lak.......... kehkehkeh. Berbulu je orang yang takde air baca :P Alhamdulilah, tempat i ada je air. Syukur-syukur. Tak perlu nak basuh baju kat sungai. Tak perlu nak berak kat uluyam. huahua.

 

HAHAHA cerita yang membosankan. Kekeeke.. Lekk arr. ;))

 

Petang lak, ayra bangun tidur dia ajak keluar. Dia nak main bubbles. Mak kau ni penatt ra oi. Tapi macam tak sampai hati lak. Berharap je hujan. Tapi takla pulak hujan. Hahahaha.. Kalau hujan adala alasan cakap kat budak kecik tu, hujan macam mana nak main kat luar. :P kekekeke taknak la cakap kat anak malas kan. Kang bila dah tua, aku berak merata, anak lak malas nak jaga.. merasa lah kauuu.. :P


Jiran baru. Orang kelantan. Kekekeke. Rasa macam pelik tengok budak kecik cakap kelantan.. :) Nampak macam sebaya tak? Beza dua tahun.


Kanda, kanda.. HAHAHA.. ayra panggil budak ni KANDA.. dah macam kanda-dinda :P nama sebenar iskandar, panjang sangat, tu yang dapat kat ayra jadi kanda je.. :D

Sempat gak la dia mengepow BABATOT.. hehe. Babatot=minion.

Kaki Ayra luka. Dua-dua belah. Hari tu belikan dia selipar yang rm15 yang murah-murah tu.. yang macam sandal tapi tinggi, ala susah nak explen.. sebelum ni dah pernah beli satu.. okay je dia pakai. Yang lama tu dah buruk. Pastu belikan yang baru.. habis luka kaki sebab melecet. Melecet mungkin sebab yang nak sarung jari tu keras kot. Mak i cakap, lain kali suruh ayra gigit dulu. Very olskol :P Kesian lak tengok kaki dia melecet.. dia dahla tak reti nak cakap sakitt. Main pakai jeee. Tengok-tengok melecet T_T

Aktiviti berilmiah untuk hari ini. Cantik tak tulisan Ayra? kahkahkah..


Penatnya. Rasa nak tidur aje ni. Tapi memang takla kan? Tu budak kecik tu cargas je lagi.
Lagi pun kalau i tidur, kang terlajak sampai esok la baru bangun. Kang bangun-bangun dah tua setahun. :P Kekekeke. I nak menikmati usia di akhir-akhir 23tahun. Lagi beberapa jam je ni. :D

2 comments:

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

jaja_NorLiza said...

waaahhh..hepi birthday to you...

.