img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, March 2, 2014

Expo baby klcc & jalan-jalan.

Kan ada expo motherhood kat klcc. Wyeth ada bukak booth. Boleh la beli susu budak kecik tu kalau murah. Murah memang murah. Yang 1.8kg tu baru rm91 berapa tah.. tapi MALANGNYA......... time tu dah habis. Kena tunggu esok la pulak. Yang stage 4 banyak la, stage 3 tinggal yang 600gram je.. 600gram rm33++ consider murah jugak la.. Tapi kitorang tak beli pun. Konon nak repeat pergi hari esok nya, tapi malas lah pulak.


Lagipun esoknya tu ber"kampung" kat hospital ampang. Dari pukul 3lebih sampai pukul 8malam. Bukan i sakit ke apa, melawat orang sakit tapi i tak tengok pun, jaga ayra sambil mentawaf hospital ampang tu adala.. last-last haku yang jadi sakit. Sakit mental. Letihhhhhhnya lahai! Pertama kali gak la pergi hospital ampang tu.. hehe selalu pergi hospital selayang je, tupun sebab Wan/mamaWan kerja situ, kalau sesaje pergi untuk dapatkan rawatan tak pernah lagi. Orang cakap hospital selayang ni teruk sikit servis dorang? yeke? kehkehkeh. Ehh panjang merepek, nak cite pasal g babyfair kot tadi. Apa cite hospital semua ni lak. Hehh.


Okay sambung cite.. Kitorang pergi naik lrt sebab parking kat klcc mahal. Boleh? Lagipun Wan malas nak redah jem. Kitorang pergi hari jumaat petang, time orang balik kerja tu haa.. sah-sah area situ jem kan.. Naik lrt pergi balik baru rm4 untuk dua orang :P Tapi naik lrt dari kg baru aje pun. Satu station pastu sampai dah klcc :p Dari rumah ke kg bharu naik kereta.  Ayra dia cam seronok tapi taknak tunjuk, kaberlinee la tu.. dia cuakk je dengar bunyik lrt dahla bawah tanah gelap kan.. Ayra naik apa? naik teRRRRin - dia punya RRR tu tebal kemain. Hahaha..


Masa pergi lrt penuhh. Yelah orang balik kerja kan, memang saje nak menempah bersardin-sardin dalam lrt la kan. Wan taknak naik yang memula. Dia nak tunggu lrt kosong. Erkk? Sampai kesudah la kita tak naik camtu. Kena tunggu pukul 8lebih camtu la kot baru clear. Sampai lrt ke-2, i cakap naik jela, satu station je kot takpela padat sikit. Huhuhu. Biasalah pakcik tu mana biasa naik public transpot. Mana reti bersesak-sesak camtu.


Masa balik lak, lrt tak penuh, tapi still tak dapat duduk. Tah pape la manusia-manusia tu tak nampak ke i ada anak kecik? Bagi la duduk kot.  Ni kali pertama i naik public transpot bawak budak kecik tak dapat duduk. Memang la taknak pun duduk kalau orang offer tapi beradab la sikit.. kalau di-offer tu rasa cam sejuk la sikit perasaan ni kan kan walaupun i sebenarnya tak kisah pun nak pegang ayra sambil berdiri. Huhu. 



So hari tu kitorang just jalan-jalan and beli barang toiletries sikit. Nak kutip belon banyak-banyak pun cam sedar diri kang nak naik lrt susah kot. Kita topup benda-benda yang dah habis kat rumah jela..


Sampai terpejam mata feelingg :P



Kat eskeletor pun nak amek gambar. -__-


Mari menari tiangggg! yeahhh~ :D oh ayra sangat best kalau di bawak naik public transpot, sebab dia tak pernah nak buat peel, dia senyapp je macam budak baik sangat.. padahal minah ni kan boleh tahan hyper gak sebenarnya..


Dah sampai babyfair. Jauhhhh menapak T__T Rehat jap tunggu lucky draw. Padahal tak daftar macam mana nak lucky nyaaa.. haha. tapi kan rasanya kalau kita orang daftar mesti sangkuttt, sebab hari tu macam tak ramai, orang depan-depan kitorang semua dapat.. ada tu dapat hamper wyeth rm600 (susu).. i tengok anak dia baby lagi.. takkan nak minum s26 stage 3.. bak laa bagi i.. kekekeke kalau tak malu, dah ku mintakkk.. tapi masih ada kemaluan.. hee.


Ayra keboringan lalu mengajak main-main masak-masak. Kertas pun jadi laaaa kan ayra.. hehe.. "ayam dua?' "air dua?".. hahaha semua pun kalau dia tanya mesti dua.. taknak la tak sedappp pun ayra masak :P hehehe.

Sebab tak mampu nak shoping dalam klcc tu, so amek gambar kat luar ajela :P hahahaha.. tengok ayra tu, mengongong (camni ke eja??)  tisu basahh dapat free gift. Hahahahhaha.. sabar jela.



Air pancut pun nak amekkk gambar gakkk.. hahahha.. baju tu kembung i takde la buncit seperti ituuu harap maklumm! (beria buat penafiaan awal-awal hahaha). Kebuncitan i masih bisa disembunyikan dengan baju yang besar-besar (konon) :) Walaupun berat makin menaik. hee.


klcc. teringat tahun bila tah, yang masa klcc baru-baru lagi.. masa tu i darjah dua kot.. excitedd je kitorang satu family bajet macam pelancong amek gambar berlatar belakangkan klcc. tapi masa tu takde kamera cangiih pun, guna kamera kodak kan.. bila jadi gambar.. klcc nya tah kemana.. HAHAHA kelakar. sekarang tak susah, kalau tak jadi delete je, amek yang baru. :P tapi kadang tu yang tak jadi tu yang RARE.. sayang nak delete, kita upload sajee..

Balik tu singgah makan kat kampung baru jap. Makan-makan dalam keadaan yang tenang-tak-tenang. Hahaha.. tak menikmati makanan. Biasalah ada anak kecik kan? Kitorang takde istilah makan gilir-gilir. Makan sekali harung je. Sambil layan anak ek ek, sambil menyuap. KAHKAHKAH i kan hebat.. :p Lagipun ayra poyo sikit, taknak dengan papa. Dia cuma akan carik papa dia bila papa dia takde depan mata. Kalau papa g bilik air pun dah sibuk mana papa mana papa. Papa depan mata...... buat bodoh je.. heh! & kalau kita suruh dukung dengan papa pun, dia akan jawab papa sakit. Urghhhh!! Papa kau eksiden dah lama dah oiii. Dah takde sakitnya pun. Sengaja je budak 14kg ni!  Eh, budak  umur dua tahun sebulan, berat 14kg, normal aje kan? Tak obes kan? :/


Dah setel makan apa semua. Kita lepak kat titiwangsa jap. Kasi can ayra nak lari-lari. Seronok member tu berpeluh tak ingat. Kepala pun dah bau apa jeee.. Huahua. Tu kalau ada rambut lebat lagi laaaa bau #$%^&*( kan. Nasib takde rambut :P  Tula kelebihan rambut sikit. HAHAHA dan-dan jela kau nurul! Kelebihan.. puii!.


Lek lu Ayra, kita duduk dulu... amek napass.. :D Kalau bawak kete control ayra tu pun cun jugak.. takdela jadi tukun je kat rumah tuu. Nafsuuuuuuuu sangat beli. :/ Ish ish bazirrr. Dahla tu menan paling mahal yang papa dia belikan. LOL. Takpe takpe, simpan leklok, nanti ada masa kita main ;))

Berlari-lari anak. Prektis saie.. ;p cecece.. saie katanya........... takpe berangan free kot la tetiba tahun depan-depan-depan dapat jejak kaki ke SANA tu kan.. :)

Pastu tu kitorang g usha dataran. Sebab i tetiba rasa macam lepak dataran pun cun jugak.. tapi bila sampai dataran... i lak terasa bestnya duduk dalam kereta, kena aircond, ngantukkk. HAHAHA.. So takdela kita lepak kat dataran tu, nenanti la... Lagipun padang tutup. Takleh la ayra nak lari-lari pun.. Walaupun dorang tutup jalan, takkan la nak biarkan budak kecik tu lari-lari kat tengah jalan tu pulak kan.

Balik tu singgah mcd, drive thru ajela. Ayra pun dah ngantuk sebenarnya, tapi taknak kasi dia tidur sebab nak mandikan dia dulu. Miang kan dia main apa semua tu. Nasib baik berjaya gak la menghalang dia tidur.. Kalau dah tertidur tu, susah sikit la nak lap-lap badan dia tukar baju apa semua kan. Tapi tukar tetap tukar kau tidur mati pun. Kang kalau tak bersihkan badan, tidur mimpi hantu. LOL. ;))


Sekian. Tamat cerita. Nak tengok runningman lak. Hahaha takminat kpop- tapi runningman ni layan gak la.. kekkeke kwangso bongok-bongok.. Bye! ;)








No comments:

.