img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, March 3, 2014

Demi memuaskan perasaan.

Disebabkan perut buncit, i macam dah tertanya-tanya gak la.. aku ni pregnant keeee? tetiba je buncit sangat ni.. bla bla.


Jadinya, last week i ada beli pregnancy test. Beli yang terpaling murah. Tapi pas dah beli tu i terlupa lak nak cek. Pagi tadi bila kemas-kemas beg, nampak benda alah tu, terus semangat g kencing. KAHKAHKAH..


Ohye, i cek sebab i buncit je tau. Bukan sebab tak period ke apa. Tetiap bulan period datang dengan jayanya. Hehe. I memang period jenis teratur. Alhamdulilah.. senang sikit part tu. Tapi kan ada je orang yang tetiap bulan dia period, tapi sebenarnya  dia mengandung. Pernah je terjadi kes camtu, bunting pelanduk ke hape tah orang panggil. Kot la i tetiba jadi insan terpilih camtu ka.. siapa tahuu.. kang tahu-tahu dah mengandung 7bulan, terkejut mak hencekk :p


Lagi satu, i memang tak makan pil perancang ke apa suntik cucuk bla bla, tak. Wan pun takde nak suruh-suruh makan benda tu. Tapi mama Wan macam ada suruh makan pil perancang, sebab i kan tengah belajar lagi.. dah tua dah tak habis sekolah lagi.. kang hape pun tak boleh.. adik ipar i pun macam terkejut bila i cakap i tak makan apa-apa. Hehe. Adik ipar i tu dia cucuk kot kalau tak silap, and mungkin benda tu tak sesuai dengan dia, badan dia naik.. dia la cakap. Ala, i yang tak makan apa-apa ni pun badan kembang gak. -___-



dah puas hati........ so buncit ni memang buncit sebab kuat makan lah kan? kahkahkah..


I nak anak ramai, tapi belum masa lagi kot nak tambah. :) I dulu pun beza dengan adik i umur 7tahun kot. So takdehal sangat pun jarak-jarak ni.. banyak masa lagiii.. sebelum umur 35 sempat kot nak anak lima dan pakai henbeg chanel. Eh? :p Ada lagi 11 tahun.. :D Apa-apa pun manusia cuma mampu merancang, yang tentukan Allah. #ayatbajetmuslimah.


Dah pukul 5, baru sedar i tak lunch lagi Patutlah tangan menaip pun cam gigil-gigil. Hahaha. Nak g makan nasi dulu, bye! :)







3 comments:

DYatie said...

kita serupppaaa...
hahaha pernah jugak buat test sebab perut muncit terlampau macam masa peknen arissa.. aptb! hahaha.

SyimaSyaz said...

hehe...
bulan ni maybe hormon, emosi atau kuasa Allah swt... i piyed 1 hari je.

Muhammad Taufiq said...

Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

.