img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, March 21, 2014

Kalau malas.

Spm dulu-dulu tak cemerlang pun, 4a1,4b,2c5 -yang c tu kimia & fizik. Memang kelas fizik tak pernah nak masuk pun. Time fizik je cabut g tempat lain. Tapi kelas kimia walaupun tak melencong, duduk je dalam kelas, still tak ber-kimia untuk dapat a. Masa sekolah dulu, amek sains tulen. Bukan sebab minat pun. Tak minat apa-apa. Tapi sebab perasan pandai, kata pmr 8a, wajib la sambung amek sains tulen kan. Padahal?


Dulu sekolah kat sekolah harian biasa je.. Masa form 1 pernah la masuk asrama sebulan, yelah upsr time tu dapat 5a, teringin lah nak sekolah ber-asrama. Sekali tak tahan. Anak manja cengeng. Pas keluar asrama, tukar sekolah biasa jela. Sampai la form5. Lepas pmr pun takde nak apply mana-mana mrsm sbpi ke hape takde. Tapi ada la terikut kawan apply teknik. Dapat, kat gombak.. kejuruteraan awam. Tapi tak pergi pun.Tak minat. Hehe. Padahal time tu kau ada boiprennnnnnn kan? KAHKAHKAH cinta monyet puii! Zzzz.


Habis spm, dapat matrik perak, kat gopeng. Dapat sains hayat. Macam tak percaya je, result cam taik pun dapat tawaran. So pergila bawak diri ke gopeng. memula homesick, argh takde memula, setahun kat sana, tetiap dua minggu konfirm balik rumah. tak boleh balik setiap minggu, kalau boleh balik tiap2 minggu, memang tiap2 minggu aku beli tiket bus balik kl :D minggu yang tak balik, boleh la g outing, pergi mana je.. ipoh. zaman matrik tu la 1st and last pergi ipoh, pas tu sampai sekarang memang tak pernah dah jejak kaki ke sana. -__- Matrik, sem 1- okay la g kelas. sem 2-malas dah. pergi bila rasa nak pergi. buat macam matrik sendiri. tapi kehadiran cantik je, sebab ada orang tukang sign. Hee.


Result matrik pun cam cibet. Tak cemerlang langsung. Tapi still layak untuk sambung degree. Takde la sampai kena repeat ke, or tak boleh buat degree, kena buat dip apa.. tak. Hebat gak, tak g kelas, tapi boleh la nak hidup dengan pointer camtu. Huahua. Cumanya nak apply kos medik memang boleh bla lah kan. Jangan nak mimpi. Kecuali buat guna duit sendiri. Alah, bedah tikus pun nak pengsan, ada hati nak medik2, tak payah. 


Dapat la offer uitm. uitm shah alam, kos sains matematik. time tu sebab matematik dapat A kan, so konon-konon cam aku minat gila math. HAHAHAAH.. so bersusun lah mintak kos math, semua dalam upu tu mintak math. Tapi bila dah belajar math............. rasa macam nak muntah pulak tengok nombor. Benci. Banyak gila nak kena ingat, teori bla bla. 


Pastu............ panjang kisahnya.
Dah malas nak cite.
Sekarang umur 24, diploma takde, degree takde. chanel takde. harap spm jela. tapi nasib baik ada orang nak kawen, nasib baik boleh beranak. ada gak la rezeki kat situ. bersyukur.


Kesimpulannya, result teruk time spm, tak semestinya tak boleh berjaya. 
Tapi kalau malas macam aku, memang camni jela jawabnya. Hahaha. Usaha tangga kejayaan. Okay? Dah nak tidur, esok ada kelas. Eh sebelum tu nak makan. Lapar. Hahaha.. Dah hilang dah azam taknak makan tengah malam. Tak istiqomah langsung. Zz.



Cakap kat Wan, konvo degree taknak la pergi, nak pergi time konvo master je. KAHKAHKAH nampak tak? Orang pemalas tapi suka berangan?? -__-" ala bukan apa, degree je pun, malu la nak tunjuk2 muka, sebab semua kengkawan dah ada degree. so tak boleh aa nak mempoyo lelebeyy.  kahkah niat terpesong nurul. Allah tak suka. Ish ish.









1 comment:

DYatie said...

Hahaha. Pandai ar tu. Gila banyak A. Matriks lagi. ;)

Eh. Dah tu skrg amik degree ap sbnrnya? Heee.

.