img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, March 17, 2014

Curi masa.

Anak dara taknak tidur. Tadi dah nak tidur, tapi pastu tak jadi. Siut je. Ciss. Biarlah dia main-main dulu. Mak kau nak jenguk belog kejap. Kekekeke. 


Sebut pasal tidur, ayra kan.. malam-malam still menyusu. Huh! Bukan lah mengeluh ke hape, tapi i tengok anak sedara i yang umur 10bulan, malam mak dia lek je tidur takyah nak susu-susu hape. Beza gila dengan ayra. haha ayra manja kededek sikit. anak sedara i tu, umur berapa bulan tah, dah pegang botol sendiri. ayra?? kekeke.. ala salah i jugak, i kan tak breastfeed dia, jadinya i rasa, walaupun ayra menyusu guna botol, minum fm, tapi i tetap nak pangku dia, tetap nak pegangkan botol dia. konon ada gak la bonding. pui! :p hehehe. mengelabah lebey. suka hati i la zzz.


Ayra sebelum tidur memang akan minum sebotol, yang 9oz tu, pastu kadang tak cukup topup sikit lagi.. pastu barula dia tidur. tengah-tengah malam kadang mengigau nak susu, i bagi air masak (tapi letak dalam botol susu). kadang dia hisap, pastu sambung tidur, kadang dia hisap pastu campak botol sebab bukan susu.. kehkeh. so gagah la bancuh susu. tapi ada gak kadang tu i baru siap bancuh susu, tengok-tengok dia dah lena balik. arghh lawak apakah ini???! sabar jela. tapi selalunya, yang betul-betul dia nak susu (kalau kita bagi air masak dia campak botol), dalam pukul 5lebih or 6 pagi camtu la.. tengah-tengah malam tu, kita bagi air masak dia okay je. :') 


Jadinya, i memang tak konfiden lah kalau ayra tak pakai pampers time tidur malam. sebab dia still bangun minum kan. lain lah kalau betul-betul tak bangun dah nanti. ntahla, walaupun sebenarnya pampers kadang tu sampai 3-4hari guna pampers yang sama je, sebab still kering tak kencing malam kan, tapi tulah.. i is seram je lagi.. kehkehkeh.. i kan selalu anggap ayra baby. muahahaha..


Arghh tadi memula macam taktahu nak taip apa, sekali macam eh panjang pulak kat atas-atas ni? dahla, berhenti kat sini ajela. jumpa lain waktu. assalamualaikum. :)


Ayra petang tadi.. :) main cikgu-cikgu :D


Nanti ibu dapat voucher buku, ibu belikan ayra colouring book okay. :)

tampal-tampal sticker. tapi sticker too small lah pulak untuk ayra. susah ayra nak lekat. kena beli yang besar-besar. again, kita guna voucher ajelah.. :D

menguji kesabaran betul nak lekat hiihih

gigih..... :D walaupun takde meja yang proper pun untuk "study".





1 comment:

CikNaa said...

afiq yang dah nak masuk 2 tahun tu pun sama nurul.. setiap 3jam dia nak susu..mlm2 lg kuat susu.. adehh..

.