img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, March 28, 2014

Mandi air Jejun.

Wan takde. Pergi Hospital Ampang. Adik kawan dia dah kritikal, leukimia. Siap pesan suruh bawak kain batik lepas. Hmm. Susah nak cakap, i tak pernah lagi kehilangan orang yang terdekat. So i taktahu apa perasaan tu, sedih memang lah, tapi perasaan sebenar tu. Hanya orang yang pernah kehilangan orang tersayang yang boleh faham. Macam Wan, dia pernah kehilangan abang kandung, arwah along tahun 2011. Huhu. Alfatihah untuk arwah along.


 Okayla. Taknak cite sedih. Kita cite yang happy-happy aje. :')
 Ayra pun dah tidur. So, mehla kita update belog. :)) Birthday ayra yang ke 2tahun2bulan pun tak sempat update. sebab minggu ni cam kelam kelibut. KAHKAHKAH.. mak yang mengelabah zzzz. :P


Minggu ni, Wan cuti seminggu. Sebab nextweek, 1hb insyaAllah dia akan start kerja baru, alhamdulilah.. rezeki. Gaji 2x ganda dari gaji kerja sebelum ni. Kira bersyukur sangat. Walaupun 2x ganda, still tak mampu pun nak pakai Alpard or Vellfire pun. Kiikiki. Kang belum apa-apa, makan asap kereta ajela.. :P Tapi takpela. Keadaan family masih okay je lagi guna kereta kecik, takperlu mpv.. anak baru sorang kan. Hehe. Nanti anak dah lima, lain lah pulak cite.. :)



Wan jela cuti, i still ada kelas macam biasa. Cuma hari khamis i memang takde kelas kan. So, hari khamis hari tu kitorang pergi mandi-manda jap. :P alah, belakang rumah mak i je. Ceh! Takdela betul-betul belakang rumah, tapi dekat la, tak sampai 10minit pun dah sampai. Kemana? Uluyam ajela.. rumah mak i kan kat kampung bendahara, terus sikit naik bukit sampai la uluyam. :) 


Ayra kalau mandi laut dia takut. Tapi mandi sungai dia lek-lek je. Kemain lagi eksited. So tak sia-sia lah bayar rm0.50 untuk dia. KAHKAH berkira :P nak masuk cas ikut kepala, dewasa rm1, kanak-kanak rm0.50. Ikut tempat gak, ada yang parking sahaja bayar rm4, tapi masuk free. Memula kitorang g situ, tapi Wan cakap ramai lak, so kitorang henjut naik atas lagi. Kat situ tak ramai sangat. Boleh la mandi bogel-bogel. Kekekeke.. Takdela, gila je nak bogel. Kang monyet pun lari terkejut tengok lemak i.


Disebabkan papa mandi tak pakai baju. Anak dara pun sibuk la nak tiru papa. Nak macam papa. Huh? Awak tu perempuan. Memula lagi la, seluar pun dia nak bukak jugak -__- Tapi takdela nak kasi bogel, pakai lah seluar, hoii walaupun takde orang sangat, tapi awak tu perempuan, malu sikit.. :D Ohye, ayra memang takde swimsuit kehape ke takde. nak mandi kolam? nak mandi laut? nak mandi sungai? Belasah ajela pakai seluar apa-apa pun. Ibu ayra kan cool takde nak beria. Huahua. Padahal nak beli swimsuit tak mampu :'( mahal kan. Kita orang susah ayra, buat cara orang susah. :P *tetiba*





ootd mandi. :P baju yillek. kecut tangan semua, bibir pun dah lebam sejuk. ayra mandi apa? mandi air jejun. JEJUN pun boleh laaa.. hehehe..


Dah siap tukar baju. Papa nampak kaki jela. Kita crop gambar sebab gambar papa macam tak senonoh pulak tengah zip seluar. :P hee.


Masuk kereta, bagi susu, tidur. Sampai la rumah family Wan kat Rawang, tak sedar-sedar. :)


Muka dipenuhi cahaya keimanan tu yang nampak flawless padahal jalan tar kot. -__- KAMERA 360 TAK LAYAN OKAY. Ibu nak jugak selit muka dia. Hehehe. 


Okayla, nak rest-rest kan badan dulu. Hari ni macam penat sangat lah pulak. Esok kalau takde apa-apa hal, mungkin akan balik kampung nenek i. KALAU takde apa-apa lah. Kot kalau adik member Wan tu apa-apa ke.. kita taktahu kan ajal maut semua. Kita cuma mampu merancang. Kalau tak sempat balik Sabak Bernam. Mungkin hari ahad tu kitorang pergi Tanjung Karang terus jela kot? Cousin i kahwin. Tengok la BigBoss macam mana. Dia pun yang drive, i  dalam kereta jadi pompom girl aje. Heee.. 

1 comment:

DYatie ABakar said...

Alolo. Mandi air jejun. Syomel!!
Arissa xpernah mandi sungai lagi.
Arissa pun xder swimsuit. Eh bazir. Ha3.

.