img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, April 2, 2014

Panjang berjela.

Baby kesayangan dah tidur. I bebel-bebel kat dia, tengok-tengok eh dah tidur dah? Bebel sebab berak bersepah. HAHAHA. Tak pepasal ber-mask dalam rumah. Busuk kot. Ntah apa mimpi tetiba berak dalam seluar. Geram kot. Takde bagi hint ke apa, tahu-tahu setel. Aduyai anakkk! Nasib baik anak sendiri, kalau anak orang dah ......... sila isi tempat kosong. Haha tak boleh jadi babysitter anak orang.


Takpela, budak kecik kan. Ada masa memang dia tak sengaja ke lupa ke hape. Sabar ajela. Kang kalau dah tak sabar, kena piat gak si kecik ni. Kekeke. Merasa la kau bila mak kau jadi naga, baru tahu langit tinggi ke rendah :p


Ayra okay je, memang bolah la dikatakan dah free diapers. Time jalan-jalan pun kadang-kadang i tak pakai kan dia pampers, cuma kalau jalan jauh tu i pakaikan lah, sebab malas nak stop-stop berhenti nak kencing ke hape.. malam jela dia pakai pampers, siang memang tak. Dah pandai cakap kan. Tu yang tadi i bebel kat dia, ayra dah pandai cakap kan? kenapa tak bagitau? kenapa tak masuk bilik air? bla bla. Sekali member tu lentok, minum susu pun tak habis. Ke susu tak sedap? Hahaha. I bagi dia Dugro perisa madu kurma ke kurma madu tu ha. Patut sedap lah kan? Sebab dia minum s26gold lagila takde perisa pun. Heee.



.................... kat atas ni i taip bila tah, kelmarin kot? tak sempat nak publish. kekekeke. Kasi hantam ajela.........


Okay, nak sambung. Kenapa minum dugro? sebab hari tu susu ayra habis. Wan lak cakap kang malam dia balik beli susu. Kira untuk sekali minum petang tu memang yillek la.. nak taknak, i kena la g kedai runcit depan rumah.. carik la susu apa-apa pun dah terdesak sangat. Ingat nak beli dutch lady, sebab kan 5x dha bla bla.. tapi kat kedai tu cuma ada anmum, lactogen, dengan dugro. Anmum & lactogen tu takde untuk umur ayra, yang ada untuk budak baya ayra cuma dugro. -__-  So, i pun beli ajela dugro. Murah gila kot! 900g, rm18.20.


Dulu ayra pernah minum yang fruit & vegi ke hape tah tu, konon ada serat kan, elok la apa semua.. beli la satu pek, sekali sembelit. Muahaha. Memang macam fobia sikit lah.. Tapi ni dah besar, takde apa kot? kekeke. Cuma, i tengok memang dia macam kureng sikit la. Minum tu minum, tapi tak habis. Hahaha. Takpela. Kita habiskan dugro ni dulu baru bukak susu yang biasa okay? kang membazir lak dugro ni, murah pun duit okay. rakyat marhaen jangan nak membazir amalan syaitan sangat.


Cerita pasal susu, ramai cakap kalau anak minum susu formula ni... nanti anak selalu sakit apa semua. Tapi alhamdulilah, ayra jarang sakit. and i memang taknak la dia sakit-sakit ni. huhu. tapi selsema tu ada gak la. nak buat macam mana, walaupun ayra bukan duduk nursery, tapi rumah mak i dah macam nursery gak kot, ramai bebudak keluar-masuk. -__- mana la tak menjangkit. lain la kalau dok rumah main sorang-sorang, tu lain cite lah kan. ayra memang berkawan.


I cakap kat Wan, kalau dugro ni okay untuk ayra, kita teruskan ajela untuk ayra bla bla, boleh la jimat. tapi pakcik tu taknak lah pulak. buat muka annoying dia tu.. takut anak dia tak cukup khasiat. kahkah. tak, maksud dia tu, mungkin yelah ayra dah serasi minum susu yang dari dulu kan, kenapa gedik nak tukar yang lain? lagipun perkembangan ayra pun okay.. kesihatan dia pun okay.. pastu ramai yang cakap dia cerdik (orang cakap, bukan i nak riak ke hape), badan pun sedap-sedap.. so kita teruskan ajela selama mana dia nak. tapi tulah, kat kedai ubat cina pun susu dah naik harga kot. coii sangat. Zzz.






Woii kau bagi anak kau makan keropok rota nurul???! hahaha! Zzz.

Ayra kan dah dua tahun dua bulan. Sekarang ni memang ratu air mata sangat. Seriusly, dia nak apa-apa cuma dengan air mata je. Kadang macam arghhhhhhhhhhhhhh boleh tak bercakap? jangan nangis je. mana nak faham. huhu. Pastu kan, hari tu dia boleh cakap perkataan 'bodoh'. Perghh! Ni memang mengikut anak jiran i. Susah la.. takkan nak kurung anak takyah bermain? Kitorang kat rumah memang takdela nak cakap macam tu. I dengan Wan pun kalau nak maki-maki still takdela depan-depan budak kecik ni. I cakap kat ayra, lagi sekali dia cakap macam tu, i jentik mulut dia, rasakan. hahaha. tapi tulah, i kalau boleh taknak pukul-pukul ke hape. takut dia fobia, sebab dia kecik lagi, tapiiiiiiiiii ntahla.. konpius.. 


Okayla, nak sambung study untuk presentation petang nanti. Nervouss lak tetiba. Selalu by group, ni sengsorang, terasa macam kejung lak kang kat depan. Tapi selalunya lek-lek je.  Ingatkan nak setelkan malam tadi, tapi malam tadi badan exhausted gila, pastu konon nak bangun la tengah malam ke hape, ada la terbangun pukul 12suku, tapi bila dah tidur, memang harapan lah aku nak bangun study, sambung ajela tidur. Sangat bukan diriku lah nak study 2-3pagi ke hape. Huahua. Minggu depan kan i cuti seminggu, syurga......... boleh bangun lambat-lambat. Lambatnya lagi nak habis. Lambat lah lagi boleh pakai henbeg chanel, chanel je dulu. Nanti-nanti baru kita up macam rosmah pakai hermes birkin. kena tunggu Wan jadi pm dulu jugak lah kot? kekeke. politik is suxx. kbai.

1 comment:

Syima Syaz said...

eh bagusnya ayra dah free diapers... good job ayra.... pandainya dia...

aisya minum dutchlady je since setahun 5 bulan kot.ok je... yg penting serasi kan kan...

.