img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, April 8, 2014

Al kisah Iya Tisha.

Ayra sekarang dah duatahun duabulan. Dah besar kan? Kalau berangan-angan tu no-1, tah hape-hape jela. I perhati je.. Selalu dia main mak-mak la, main masak-masak lah, main acik-acik (main acik-acik ni konon dia jadi "acik" meniaga nasi lemak ke, ayam ke apa-apa lah, konon dia jadi tokey kedai) ekeke. Belajar main semua tu dengan kawan-kawan kan. Bila kawan-kawan takde, i la kena main dengan dia lak. :)


Ada yang kelakar tu, kalau dia jadi mak, i jadi anak. Kang dia cakap la.. 'mak nak work, bai'.. pastu pergi start enjin kerete dia (kerete menan yang remote tu). ekekeke. Tapi bila dah start enjin kerete, dia boleh berjoget lak dalam kete tu, kete tu kan ada lagu-lagu.. Eh mak ni!! Mak g kerja ke, nak g cucuk langit ni? huahua.. ;p


Kadang tu lak, dia tengah "masak", pastu dia suruh kita baring atas riba dia. KAHKAH kepala mak kau ni besar kot, susah nak adjust letak kepala -__- takpun dia suruh peluk dia, 'peluk mak'.. tengah masak pun boleh baring2, boleh peluk2.. romentik sangat 'mak' ni. Hehe..


Kalau main masak-masak lak.. dia selalu tanya
 'awak nak apa?', 'ala.. ayam dah habis', 'okay, mana duit'.. ayat tu macam orang besar sangat.. siap ber-awak-awak lagi. Hehee. Tapi paling fevret dia, berniaga ayam hari-hari jual ayam. Jangan jadi mak ayam sudah la :p lol.


Senang cite, kelakar lah budak kecik ni. Tapi i rasa budak-budak baya dia ni memang paklawak pun kan? kehkehkeh.  macam mana la kalau ada adik... takleh nak bayangkan. budak ni manja sangatttt... err.. ke aku yang terlebih manjakan sebenarnya  ntahla.. sampai kadang tu rasa macam taknak la anak dah, cukup la sorang ni. HAHAHA perasaan je tu, poyo, mana boleh camtu, i kan nak anak lima. cuma tula, kalau buat masa sekarang ni, memang tak bersedia langsung. tapi takdela sampai kalau i pregnant, i gi gugurkan ke hape. tu gilooo :p cuma macam dah selesa dengan keadaan sekarang, anak sorang, boleh huha-huha lagi.. kang anak berderet kena rest sekejap tunggu anak besar... takkan nak tinggal anak yang berderet tu kat mak i suruh jaga sebab i nak deting dengan Wan? kang kena penampo buaya lak tetiba kikiki.


HAHAHA. Tahu tak, sebenarnya i nak cerita ayra dan napkin a.k.a lampin. Tapi tengoklah apa aku melalut atas ni. :D Selalu lari dari topik.


Okay, ni cerita sebenarnya..........


Dulu-dulu ayra kalau nak tidur mesti nak puting kosong, pacifier. Lama gak la budak kecik ni berputing, sampai umur setahun lebih. Punca berputing sebab 2minggu pas lahir, ayra macam susah nak tidur, asyik nak susu je. . stress kott. bila bagitau mak i, mak i suruh beli puting. i masa beli barang-barang baby, langsung tak terfikir nak beli puting kot, rasa benda tu tak perlu. so suruh la wan beli. memula bagi tu, ayra memang taknak la. dia luak-luak je. hehe. tapi i kental kan jugak, dia keluarkan, i masukkan balik :p so bila dah lama-lama, dia okay.. senang kerja :) 


Pastu ramai cakap kang nanti anak jongang lah apa la. kalau beli yang orthodontic pun bukan 100% jamin tak jongos.. tapi sebenarnya, tahap ayra memuting tak kronik pun, time nak tidur je. kalau time biasa-biasa memang takde de nak bagi sesaje..  sebab tu kalau perasan, memang takkan ada gambar ayra berputing dalam belog ni. :D hahaha.. yelah dia bukan jenis yang sampai kena beli clip sangkut kat baju supaya puting tak cicir ke hape.. tak, dia cuma time minit-minit nak tidur tu je, pas dah tidur.. puting cabut.. 


Ntah bila tah, kitorang g sunway pyramid kot, ha.. kat situ la bermula tragedi ayra tak berputing dah. Sebab puting ayra tercicir. kekeke. memula cam adess.. baru je beli puting baru.. dah hilang pulak. so bila sampai rumah, ayra nak tidur.. dia berzikir la 'nak ating nak ating'.. time tu dia pelat lagi.. setahun lebih. Tapi i cakap la kat dia, puting ayra hilang la, nanti kita beli yang baru ye.. ha.. ayat tu la i guna tiap kali dia berzikir nak puting. Ada la dalam 2-3hari. Tapi dia tak nangis pun. Cuma tanya jela...
Pastu, memang terus tak pakai puting lah. Rasa macam tak percaya sesenang itu nak hentikan dia berputing. :D


TAPIIIII.. Ada tapinya.. Berputing tak dah, ganti dengan napkin pulak. Sigh..  Asal nak minum susu carik napkin.. Asal nak tidur carik napkin. Kalau ganti dengan tuala putih pun tak layan. Nak napkin jugak. Grr. Tapi takdela sampai tahap 'napkin busuk', asalkan napkin, dia layan.. Dia bukan buat apa pun dengan napkin tu.. janji napkin tu ada dengan dia, nak kata mengentel ke hape, tak pun. Ntahla. Cuma yang i perasan, kalau tengah-tengah tidur tu, dia cam amek napkin dia lap-lap mulut sikit. Hahaha... Motif? Tak dapat dikenal pasti.


Sebenarnya, benda ni tabiat. I yang mulakan dulu kasi dia napkin. Tu yang dia dah terbiasa. -__- Macam anak sedara i, dia lek-lek je tidur.. tahu-tahu eh dah tidur? ayra?? memang takla.. dia nak kena dodoi-dodoi dulu.. tepuk-tepuk dulu.. ikutla mana dia nak.. yela, i yang jadikan benda tu kebiasaan, tu yang dia dah biasa. cuba dari kecik i biar kan je.. nak tidur kasi susu, pastu biar. memang dia akan jadi jenis yang 'berdikari' lah kan. hahaha. takpela.......... anak pertama memang selalu jadi bahan experiment kan :p 


Okayla, nak buat kerja-kerja suri rumah dulu.. minggu ni kan cuti midsem. :)) hihi. Cuti midsem boleh la jadi suri-rumah sepenuh masa, jadi isteri yang buatkan brekpes untuk suami.. (dalam mimpi) kahkahkah.. memang takla, macam pagi tadi, i sedar-sedar je.. Wan dah sibuk kacau ayra.. goodmorning ayra. goodmorning ayra.. eh bila lak mamat ni bangun? dah siap mandi segala. hahahah.. i rasa i baru je tepuk dia sebab alarm bising dah bunyik tapi dia tak bangun pun cuma snooze kan sebab pastu alarm still bunyik lagi. hahaha. teruk betul perangai. dah la masa tu i sebenarnya tengah mimpi, tetiba potong stim lak terjaga  dengar Wan bising-bising wish goodmorning kat anak. huh.


Baru perasan, macam panjang gila karangan kat atas ni. Siapa baca sampai habis memang kental (y). Hahaha... dah dah, nak tidur kan ayra, pastu kita lipat kain. Bye! Ohye, Iya Tisha - ayra batriysia. :p dia yang sebut nama dia sendiri camtu. Tajuk je mesti failed. 








5 comments:

DYatie said...

Mak Arissa bc sampai habis. Hahahaha. Arissa jugak yg tak bertabah nk bercerai dgn puting. Smpai riso tkut kena ggu benda asing. Pfffttt!.

Kita cm sama je. Kita sllu wat bekpes ayah ica dlm mimpi. Kte mg akn bgn lepas dia dh mandi segala. Hahaha.

Rose Azadir said...

Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com.

SyimaSyaz said...

huuu baca sampai habis

cerita puting tu mcm sama... tp aisya belum off berputing lagi la, cuma dia puting time tido je.memang ajar masa baby gitu... sejarah aisya berputing pun exactly sama mcm ayra...

harap2 aisya sama mcm ayra, 2 thn dah pandai tak pakai pampers, dah pandai main masak2, dah pandai act mak-mak... suka sangat baca cerita pasal ayra... bijak!

MisZ FyZa said...

Ok..i kental sbb bace smpai habes..;p

Good girl la ayra..blh kwn ngan nayli ni main masak2..

Aty_Fared said...

hahahaha....lawak la ayra ni...baca gelak2 ni..budak pompuan ni tumbesaran nye lain..cerdik nyer lain macam.. anak laki aty kalau belakon asyik jadi boboy jer..mak nye jadi mangsa..nyampah tau

.