img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, April 3, 2014

Balik Kampung, Al-Fatihah.

Weekend hari tu kitorang balik kampung. Motif utama balik kampung, sebab ada kenduri cousin kat tanjung karang. Dah alang-alang tu, lajak la sekali balik kampung nenek i kat sabak bernam. :) makayahadik-adik i pun balik jugak.


Kitorang gerak dari rawang rumah parents Wan, sebab jumaat malam tu tidur sana dulu.. pastu lepas zohor baru bertolak. Konon malam tu nak lepak sungai besar, ada apa tah, karnival camtu la.. ada konsert sikit-sikit.. saje la nak bawak nenek i.. tapi sekali hujan da.. hujan bukan sekejap, dari petang sampaii pukul 2pagi kalau tak silap. sejuk gila..............  ayra pun tidur kemain banyak lagi kencing dalam pampers. kekeke.



Kesayangan. Kulit gelap lagi mahu pakai merah. HAHAHA.. warna bukan penghalang. :P Ni dress beli kat kenanga.. ada cop zara celop. kekekek.. kain dia panas & kasar. Beza la kalau nak banding dengan dress trudy teddy, kain walaupun tebal, tapi tak panas. Tapi sekali-sekala pakai baju macam ni takpela.. takde gatal-gatal pun ayra tu-jeling kat Papa. Huahua..



family photo bertemakan : ibu syok sendiri. kekeke.. takde gambar full i, nak tunjuk baju tu mak mertua bagi kain ela.. ada sulam-sulam timbul.. cantik, tapi warna kain kosong tu lak i macam kureng, warna cream. hahaha. tapi dah dibagi amek ajeee. ni ada sepasang lagi kain ela warna turqoise tak berjahit.. pun mak mertua bagi. mak mertua je bagi i macam-macam, i tak pernah bagi apa-apa lagi kat dia. i bagi cucu je. aci? hahaha. menantu hantu. (Y)

Hari tu kan i cakap adik kawan Wan macam dah nazak kan, leukimia. Petang tadi dalam kelas i dapat msj dari Wan, dia cakap adik kawan dia tu dah meninggal. Al-Fatihah. Budak lagi kot, baru lepas spm. Tapi tulah, kita ni pun, bebila je bila Allah dah kata kita meninggal, sesaat pun takkan lewat. :'( Banyak kekurangan i kena perbaiki. Semoga sempat bertaubat sebelum nyawa kena tarik. Aurat tak jaga, solat tak sempurna.. tu benda besar. Benda kecik yang lain? Jahilnya :"( Taknak la sampai hati jadi hitam, buat benda jahat pun takde rasa apa dah. Kita berubah sama-sama ye? amar maaruf nahi mungkar. Perlahan-lahan, tapi istiqamah. 


Wan lepas balik kerja, dia terus shoot balik tasik puteri rumah arwah. I tak ikut, sebab memikirkan ayra, kang ayra rindu i acane? Takkan nak bawak ayra g kubur? takpela, duduk jela rumah kita rehat-rehat. Malam ni Wan tak balik rumah, dia tidur rumah parents dia kat tasik puteri tu jela. I tak kisah pun, okay bohong. kisah gak la sikit, tapi takpela, kita kena faham, dia pun penat. Balik kerja kat Cheras, dari Cheras-Bandar Tasik Puteri. Pastu nak balik Selayang pulak? Esok pepagi nak kerja. Takpela, kasi dia rehat-rehat jela. Bukan nya tak jumpa sampai sebulan pun kan. Lek lek dah la. Malam ni bukan malam jumaat pun.. err tapi kitorang kan hari-hari malam jumaat, acane? KAHKAH bongok. Zz.


Mata dah tak dapat dibendung. Mengantuk gila bahbee dah ni. Ni saje nak update belog, sebab i baru lepas makan. Macam kwangja sangat la pulak lepas makan terus baring. Rasa bersalah kat perut. Hihi. Takpela i gems, takpela dah tak muat baju size S, takpela tak muat suar size 26.. bila badan besar, nafsu nak berseksi-seksi berketat-ketat tu konfirm takde, mesti akan pakai baju besar-besar nak kaver lemaks.. so, tertutup lah aurat. :)) Err boleh ke macam tu? Macam tak ikhlas pulak, ades...... dah dahhhh, gudnite, assalamualaikum. :D










.