img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, April 25, 2014

Duatahuntigabulan.

Hari ni 25hb. Esok 26hb. Ayra genap duatahuntigabulan :p kahkahkah. Beria tak ingat ulang bulan anak semua? Ini semua poyo. Ayra macam biasa jela. Macam tu la. Bercakap pun okay la, ada words yang dia masih pelat, ada yang okay. Contoh :
'yeay yeay tak lapat, tak lapat'  - tak lapat = tak dapat
'taknak kawan papa, papa getik' - getik = gedik

Yang tak lapat, tak lapat tu  sebab konon kita kejar dia ke hape, tapi dia lari-lari, tu yang dia jerit tak dapat tak dapat.  ek eleh??

Yang taknak kawan tu lak, kalau kita marah dia.. dia akan balas camtu la. kalau papa marah, papa la getik. haha. i geram kot dia sebut gedik2 tu. kalau dengan i, dia tak berani cakap kuat-kuat, dia bercakap takde suara.. tapi tahu la dia cakap gedik kan mulut dia tu. hahaha.. gerammmm!


Ayra belum pandai membaca. takat abc sikit-sikit tu boleh la, kenal semua abc tak pun. mengira 1-10 dah lama boleh, tapi tak kenal pun no. I MALAS. memang tak ajar. so takyah nak berangan la anak nak pandai membaca cepat kan? kekeke benda boleh, kalau i rajin. tapi masalahnya, malas. bila malas, semua pun jadi hancur jela. hidup ayra sekarang main-main-main-tidur. rugi kan tak guna otak yang sedang macam sponge tu? huhu. takat lagu2 budak2, marhaban, selawat sikit-sikit, tu dia boleh la.. baca doa makan/doa tidur pun dah boleh.. tapi, bercinta la kalau kita suruh dia baca.. dia akan baca bila tak disuruh, bila dia sorang-sorang.. bila disuruh.. dia cuma akan sebut amin. haha. menyembunyikan kebolehan, ibu baru nak riak sikit rakam2 pastu post kat laman sosial :p kahkahkah. hello, takkan tak bangga?? :p


Ala, benda ni sama la, contoh i nak ayra free diapers sebelum umur 2tahun. i ajar dia. tu yang dia boleh tak pakai pampers dah. tapi tetap aje la beli pampers, sebab kadang berjalan, malas haku nak bawak g toilet walaupun dia merengek nak kencing, kencing jela dalam pampers. so kalau nak anak kenal abc, alifbatasajim (ayra cuma tahu sampai jim je), kena la curi masa ajar dia, ni curi masa online fb boleh? ajar anak malas. hahaha.. ibu penat ayra, ibu penat..  alasan! takpela..tunggu la cuti sem nanti, i target nak dia kenal abc betul2.. :D takla lambat sangat kan time tu? ayra 2t1/2 camtu.. takpela orang cakap better late than never. hahaha orang pemalas memang banyak alasan. zz. dah dah. tutup cerita. 


Bila tah, dia baling botol minyak rambut kat i, tepat-tepat kena mata. perghhhh! memang i meraung lah, sakit gila bahbee kot. terus member tu cuak, dia bila tahu dia buat salah, dia yang nangis dulu. tah hape-hape. ni siapa yang sakit sebenarnya?


Arghh blank pulak, taktahu nak taip apa. Tadi macam banyak gila nak taip. ------- okayla, dah nak puklul 5, kain belum angkat, dah kering dah kot? tadi balik kelas pukul 1 terus basuh baju, kemas sikit2, makan, tidurkan anak. pastu blogwalking.. sampai la sekarang.. gila takde life. ayra pun baru bangun ni. elok sangat laa.. jangan ajak g taman udah la.. ibu penat ni. kekeke untuk anak semua pun penat, apa pun tak boleh. :p teruk.



hensem tak boipren ayra? :p

Stuck takleh kayuh, ada rumput secoet lak kat situ -__-



rambut secoet pun gedik nak ikat. kikiki.




3 comments:

SyimaSyaz said...

sama lah... malas nak ajar. biar la dulu, aisya baru sethn 8... hehe..

btul kan..kalau dah malas tu 1001 alasan.hehehehe

Cik Puan Rara said...

hehehe dh pandai naik beskal.pandai kayuh x tu.hehehe

Mummy GreenyHouse said...

anak2 kadang berbeza2 perkembangan dengan kanak2 lain. anak sy dah 2y8m, bab abc, 123, kenal colour n shape mcm cepat..padahal mummynyer ni tak ajar bersungguh2 pun.tp bab skill anak sy lemah lembut sikit..skg kayuh besikal pun belum passed.haha. cousinnya sebaya tapi bab skill lebih mantap. Tgk ayra ni lagi kecik pun, tp ligat naik besikal tu.. :)

.