img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, April 21, 2014

Selamat malam.

Ayra dan Wan dah tidur. Ni sorang-sorang layan sherlock holmes. Badan dah memang penat, tapi jap lagi la tidur. Nak habiskan cerita dulu. Esok pun kena bangun awal, pergi sekolah. Haha. Saya la tu, budak tua yang tak habis-habis belajar. Orang lain tua-tua belajar phd ke hape.. ni? malu nak cerita, takpela, pelan-pelan kayuh, zzz.


Petang tadi plan nya nak bawak ayra main-main dengan basikal baru. :p tak syok arr main kat depan rumah je kan. bukan ada halaman luas gila ke hape, ni halaman sekangkang kera je pun. konon nak bawak g main2 kat playground. tapi tak jadi pulak. Wan lah, dia ajak pergi hartamas shoping mall. :D
Tapi bukan buat apa-apa pun, saje gedik nak pergi. Hehehe. Eh, tahu tak, i tak pernah pergi publika. Kesian kan? Selalu dengar orang cerita je. Tapi tak mati pun kan tak pernah sampai sana :p haha. Ayat kesian tapi kover2 :p hikhik.


Pastu, kitorang pergi giant batu caves lak. Kasi ayra main kat playground yang kat foodcourt tu. Seronok la member tu, tapi ayra jenis tak reti nak main ganas-ganas. padahal kat rumah dia lah no-1 perangai, kalau kat luar macam tikus :p. Kat rumah memang ramai kawan jugak, tapi kawan yang dia dah biasa, so perangai pun perangai biasa jugak la.. ni kawan yang dia tak kenal, tu yang dia jadi pemerhati je. :p Dia tak reti nak bersaing, kalau orang nak main, dia akan mengalah. Bila tanya dia kenapa taknak main? dia jawab 'kawan marah'.. kekeke bila tah kawan marah -__-


I rasa tu la beza budak yang duduk kat taska dengan budak yang dijaga sendiri. Budak kalau jaga sendiri, dia cam sopan-sopan sikit, tak reti nak tolak2 kawan ke hape. Kalau nak banding dengan yang duduk taska, dorang kan dah biasa ramai-ramai, berdikari apa semua. I pernah gak terfikir, macam mana la kalau ayra dok taska? boleh ke teacher2 kat situ jaga dia? tahan ke dengan kerenah dia apa semua. Tapi i rasa okay je kot? tak cuba tak tahu. Budak kecik tu dah cakap dah 'iya (ayra) nak sekolah pati (pasti) boleh?' hahaa.. nantila, awak tu kecik lagi :p kawan dia umur 4tahun tadika pasti, tu yang dia sibuk nak pasti jugak. apa-apa jela anak.. ibu tak habis kaji lagi nak hantar awak kat sekolah mana.. baru 2tahun, lek2 dulu :p


Ohye, sekarang giant ada bukak kedai makan kot? fastfood, Uncle Jack. Hahaha. Not bad la. Tadi kitorang try makan kat situ. Dia ada set-set, tapi semua set tu ada nasi ayam. Kitorang tadi try set nasi, sup, ayam chicken chop, air =rm5. pastu amek untuk kids, nasi, ayam ala2 kfc seketul, sup, aiskrim = rm3. Kira murah la. Cuma portion dia memang sikit. Nasi tu sikit. Kalau perut macam i kena makan 2set kot? baru kenyang :p hahaha. aiskrim tu biasalah aiskrim murah, kureng la sikit, aiskrim cuma rmo.50, tapi better kau pergi mcd jela? tambah lagi 50sen, dapat la aiskrim sedap sikit. kekeke..


Nak tidur. Sherlock pun dah habis. Tadi Wan nak tengok sama-sama, tapi i suruh dia tidur, cakap kat dia, dia dah tengok dah cite ni.. hahah. gi tidur awal sana, kang esok nak kena bangun awal. i takpe, i kelas pukul 9 pun, 8.30 baru gerak. HAHAHA buruk perangai! ala, cite ni dulu kitorang dah tengok kat wayang pun, lama dah. 


Gudnite. Assalamualaikum. :)

1 comment:

SyimaSyaz said...

playground kat Giant tu memang ramai budak2 ganas. Aisya pun selalu mengalah je bila kena tolak, kena sepak la... mak dia yg emo...haha

ha ah foodcourt kat giant tu.nak sep makan la dalam tu, time gaji makan kfc...hehehehhe

.