img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, May 16, 2014

39'c

Dah pukul 1, sy belum tidur lagi ni. jaga anak konon-konon lah. Ayra nampak macam mengigil, tapi bila tengok betul-betul takde pulak. Petang tadi badan dia dedar-dedar, ingatkan sebab cuaca panas ke hape. Dia pun lek-lek je main, takde merengek ke hape. Ni baru cek suhu, dah 39'c. Tinggi gak tu kan? Dia elok je tidur ni, cuma ada la gerak sikit-sikit. Rasa-rasa ayra demam ke tak tu eh? Konpius pulak. Harap-harap takde apa-apa lah. Dah lama ayra tak demam. Rasanya last dia demam masa umur setahun ++. Demam yang mengrisaukan, sampai 41'c time tu, mengigil-gigil macam sejuk, tapi badan panas gilaaaa letak kain basah cepat je kering. Huhu. Anak ibu kuat. Tapi rasa macam ibu pulak yang tak kuat ni, rasa nak nangis.. kikiki. 


Esok nak ponteng lah, takde mood nak g kelas. Boleh? Dengan alasan nak jaga ayra.
Tapi kalau ayra macam sihat-sihat, nak bawak dia pergi mid, nak jalan2 sana. Ada babyfair kan? ayra mesti suka dapat belon free :p hehe. So cepat sihat ye anak ibu. :)


Okayla, nak sambung lap badan sikecik ni. 
Sekian.



2 comments:

CikNaa said...

ala sian nya..cepat sembuh yer sayang..

Aty_Fared said...

semoga ayra baik2 jer..anak demam ker sakit ker memang kite susah hati kan..


p/s :: esok betul eh ada baby fair..nak gi carik botol anak ah..:)

.