Semalam kan i cakap ayra suhu dia 39'c. Tapi alhamdulilah, dalam pukul 4pagi camtu, i rasa badan dia macam dah sejuk sikit, malas nak amek thermometer, cek pakai tangan je. KAHKAHKAH bajet tangan power sangat boleh tahu suhu berapa :p Kira still dedar la, cuma takdela panas yang merisaukan.
Pastu paginya, i memang takde mood nak g kelas. Haha. Buruk perangai kan. :p
So, kita teruskan lah misi nak pergi jalan-jalan :) Ayra pun pagi tadi badan dia walaupun dedar, dia aktif je... so jomlah ayra, ibu boring sangat ni, sumbek rasanya.
Port pertama, kita jalan-jalan kat jalan tar & sogo. Kat sogo, yang kat gf tu ada sales padini & miki. Tapi i tak sempat la nak belek-belek ke hape, orang ramai. Pastu ayra lak berlari-lari. Arghhh! Dahla, jom kita pergi mid pulak. :p
Kat mid, terus tuju expo baby. Ingatkan jumaat tak ramai orang, sekali beratur nak register pun amek masa. Tapi i layan je.. i kan suka benda free :p Padahal takde benda pun tadi, dapat mug, tisu basah, susu kotak enfagrow, pastu krim apa tah.. and pamplet2 tu macam biasala..
I tengok ramai gila orang borong drypers. Kalau tak silap, beli 4 rm123. I tak berapa tengok sangat, maklumlah anak kan dah free diapers :p cehh poyo! hihi. Tapi kalau 4 rm123 tu takdela murah mana, melainkan kalau kau memang selalu beli drypers kat jasko/giant/tesco yang harga tak masuk akal sampai rm37, rm44. Gila ke apa? Berbeza sangat. Huhu. I selalu beli range harga bawak rm31-rm34.90.. tengok la kadang ada promosi murah la, kalau tak.. paling mahal pun baru rm34.90 :) Wyeth pun ada bukak booth, susu s26gold yang 1.8kg tu, dapat harga rm91.60. Murah kan? Tapi i tak beli pun, i kan pergi berdua dengan ayra je. Kalau papa dia ada, boleh la beli.
Banyak gak la booth yang best-best. Setel jalan-jalan kat expo tu, kita sambung jalan-jalan kat mid pulak. Tapi nak shoping sangattt takde duit pulak :p so tengok-tengok jela dulu, kang kita datang lagi baru beli. Boleh? Hehe. I nak beli kasut baruuuuuuuuuuuuuu. Ada orang tu dah janji, nanti nak belikan. So kita usha-usha dulu la. Huahua..
Setel beli barang sikit, kaki pun dah sakit, rehat kat jasko jap. Kasi ayra main-main. Pastu balik. Sampai rumah hujannnnnnnn. Nice! Nasib baik tak pening kepala kena hujan ni. Selalu kalau kena hujan rintik sikit-sikit, konfirm macam apa je kepala, manja sangat. Hee.
Ohye, kitorang pergi mid tu naik ktm :p dari sogo jalan kaki sikit pergi station bank negara. Eh tak tak, tak sikit, jalan banyak gak. Peluh-peluh ketiak.. Hahaha. Tapi sebab nak ayra happy-happy naik train.. so layankan ajela.. :)
Jakun tengok keteapi :p hehe. Sibuk suruh naik, tapi yang tu nak g port klang.. kang kemana lak kita :p |
Okayla, nak fokus tengok running man ni. Sambil makan mee goreng. HAHAHA gemuk is sexyyy!
2 comments:
Hi Nurul, wah satu hari punya betul2 berjalan eh.. ; ) Tgk gambar si kecik tu kt train station teringat dulu bawak nephew & niece naik MRT, jakun gila diorg... ; )
kalau baca pasal Ayra ni mesti tergelak2.. sebab maknya comel sangat biler bercerite.. :) dah sihat kot Ayra.. kalau anak tak sihat mesti mak nya takde mud nak buat apa2 kan...pahaaaammm... :)
Post a Comment