img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, May 9, 2014

Barang free.

Kalau beli susu Ayra, selalu dapat free gift. Tapi dapat free gift ni start setahun, masa bawah setahun, takde free gift2 ni, sebab kan kebanyakkan nya mengalakkan penyusuan ibu. Tu pasal susu formula kalau bawah setahun memang agak mencekik harganya :p


Macam susu yang ayra minum ni, dulu2 dapat box, sempat la kumpul 6-7 box.. ala, macam kotak yang kita beli tu, tapi ni free la.. pastu ada la tulisan wyeth. 


Pastu, dapat buku lak. Ha, buku ni memang berlambak. Lama kot promosi free books ni. Dan kebanyakkan buku tu dah jahanam. HAHAHA memang sia-sia jela. Padahal buku tu hardcover, still boleh terkoyak. Syabas anakanda. Kalau baca dan tengok sahaja lambat pandai, kena pakej koyak2 sekali, baru cepat pandai. Agaknya :p


Pastu baru-baru ni, dapat mug pulak. Takde la baru sangat. Adala dua/3bulan dah kot dorang tukar mug pulak. Tapi mug nya kemain besar gila. Hehe. I suka je benda-benda free ni. Beli sabun dapat pinggan, beli colgate dapat cawan.. beli kitkat dapat mug.. beli vitagen dapat pembaris.. KAHKAHKAH.. ada sesetengah orang benda-benda camtu pandang pun tak, ada yang dapat pastu buang. I tak cukup kaya lagi nak buat camtu. Kekeeke.. Kalau kat rumah ni, layan je nak makan guna pinggan cap Daia. Minum cawan colgate :p




Mom & Dad


Boy & Girl. Girl tu ayra lah. Boy??? Haha anak no-2. :P tapi orang tua2 cakap, ayra kalau ada adik, insyaAllah perempuan jugak.. (tetek terbelah, peha lipat2), Huaaaaaaaa kita tengok eh nanti? :p kekeke..



Pastu kan, i memang kumpul kotak susu ni. Kalau kotak dia nak yang keratan bawah tu, tapi i malas nak gunting betul2, nanti la baru gunting proper.. kalau tin nak tutup kan. Dulu-dulu kena kumpul sudu. Hehehe.. I nak redeem thermos je pun.. tapi tak cukup point lagi. Taknak la redeem menan2.. kang belum apa-apa dah jahanam anak dara tu kerjakan. Takleh jadi kenangan sampai ke tua :p

Bukan susu je, lampin pakai buang pun i kumpul point jugak. I kumpul barcode tu. Dulu masa pakai huggies, rajin la simpan point2 tu, pastu i lupa letak kat mana. HAHA bagus! Bila dah tukar pakai drypers, kumpul lak drypers. Pastu mengemas bilik, kemas kertas2 semua, terbuang sampul surat yang i dah letak keratan barcode drypers tu. KAHKAHKAH lagi sekali syabas. Sekarang ni dah takde mood nak kumpul dah. Ayra pun pakai drypers sepek sebulan-dua baru habis. Berjanggut la nak tunggu.




Selingan. Comel tak? Mana no-6? Tak pasti pulak mana ayra campak. Kekeke. Beli lama dah. Kat mrdiy. Ni baru gedik nak lekat kat peti ice. Peti ice memang bersih, takde fridge magnet apa semua tu. Bikin semakk. :p Harga beli kat diy baru rm2.90. Tapi, i ada nampak orang jual online sampai rm13. Memang nak cepat kaya :p kekekeke... taktahu la, maybe lain kot, material ke hape.. ke no dia lagi banyak ke tak pasti pulak.. ala, biasa lah tu kan? harga market. kang jual murah kena hentam dengan peniaga lain lak. macam oat choco tu harga paling murah pernah i jumpa rm6.50 ada kawan dia beli kat kelantan, tapi orang jual kat luar berapa?? ahaha tak habis2 oat choco. :p benda takdela sedap pun, tapi layan kan makan dia.. ngap2 habis. Kalau bagi ayra, dia buat terabur je..  



Eh lupa pulak nak cite. Siang tadi. Ayra jatuh buai. Besi buai putus. Besi okay, besi  yang sangkut tu. Macam mana boleh patah tahhhhhhhh. Tapi tu memang buai turun temurun pun, dah 17tahun, adik i punya. I mana pernah beli buai, konon taknak ajar anak berbuia. Kehkehkeh.. 


Dah jatuh buai tu, nasib la takde apa-apa. Dia pun baru je masuk buai tu. I baru nak enjut, sekali gedebuk nangka busuk jatuh, eh ayra jatuh :p nasib la tak tercucuk mata ke benjol terhantuk lantai ke.. nasib baik kiranya i sempat sambut dia. Cuma dia macam trauma gak la. Memang pastu bila i cakap ayra jom naik buai. Memang jawapan dia taknak la.. hehe. I memang dah berniat nak simpan je buai tu terus. Sebab ayra dah boleh dah tidur takyah buai. Yelah ayra bukan pembuai yang kronik pun. Lagipun dia dah besar, takdela nak melalak buai2 ke apa dah.. Buai pun dah tak muat kan.. terlipat2 badan, yelah badan besar.. tak selesa dah dalam buai. Takleh nak tidur terkangkang ke hape. Kekeke.. Tapi disebabkan i jenis konon-konon anak still baby lagiiiiiiiiiii.. tu yang biarjela buai.. bla bla.. barula macam ada budak kecik dalam rumah.. pui la kau nurul. :p haha.


Pastu petang lak, main2 depan rumah.. jatuh lagi sekali. Kali kena skatebod. Takla benjol ke hape, tapi merah gak la dahi. Tak reti nak imbang badan.. tapi gedikkk nak try jugak. Hamekkk rasakan. Sedap? :p hehehe. Skatebod tu adik i punya. Ayra kan tengah ngendeng2 nak skuter ke apa tah namanya.... yang boleh tolak2, ada roda tu.. tu yang tak dapat benda alah tu, dia main jela belasah skatebod. Janji ada roda, lebih kurang la :p kahkahkah. 






1 comment:

Aty_Fared said...

besh nyeeeerrr...!!! dapat gift teruja lah kite nak beli lagi kan.. hagak2 karihome ada tak..?? heheh

.