img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, May 21, 2014

Cuti-cuti Malaysia, Sri Iskandar.

Ceh! Tajuk nak poyo je. Padahal dok melepek je kat homestay 3hari 2malam. :p Sabtu-Isnin, kitorang ada kat Sri Iskandar. Adik Wan konvo dip. Sekejap dah habis dip, ingat lagi dulu sibuk2 daftar, tahu2 dah grad. Sekarang adik dia sambung kat puncak alam lak. Memang uitm dihatiku sangat. Hehe. Eh, i dulu pun uitm dihatiku jugak, tapi 1sem je. HAHAHA.. dah malas nak cite, benda dah lepas :p


Kitorang gerak dari dari selayang tengah hari camtu, konon-konon nak naik satu kete je, tapi kitorang lambat, so kena tinggal.. dorang gerak dulu pagi. Sampai sri iskandar petang camtu la. Takde la jauh mana, tapi bila mengriba budak 14kg, rasa kebas gak la peha huhuh. Ayra kan babyyyyyyyyy, anje-anje ibu. Pui! Haha..


Kat sri iskandar, family Wan sewa homestay. konon nak dok hotel, tapi masa nak booking tu semua nya full. Kalau walk-in je redah jugak, mungkin ada la, tapi mahal lah. Homestay tu kira okay la, semua ada, kecuali washing machine. Heheeh. Harga pun rm150/malam. Kira okay la kan? Duduk dua malam, rm300, tapi tuan rumah tu bagi ayra rm20, kira rm280 jela sewa :p hahaha..  Rumah teres satu tingkat, 3 bilik 2bilik air. Ruang tamu sempit sikit, tapi boleh la.. standard rumah teres.


Sampai je homestay, kemas barang sikit, i terus makan. HAHAHA buruk kan perangai? Family Wan dia jenis kalau berjalan, memang bawak makanan banyakkkkkkkkkk sangat! Kita makan jela.. apa lagi kan :p kang tak habis, membazir pulak.


Ayra still dalam fasa nak mesra-mesra, budak ni kan shy-shy cat :p ibu dah duduk depan makanan.
See? Ibu sibuk makan kat meja tu ha. Siap bersila lagi. Kehkehkeh..

Malam lak, i ajak Wan pergi ipoh. Tapi gerak pun dah pukul 10. So apa je yang ada??  Ipoh dah mati time tu :p kekeke marah orang ipoh. Tapi yang kat area stesten ktm tu banyak la budak-budak motor. Pastu ada roadblock apa semua. Jalan-jalan camtu jela. Singgah gerbang malam. Dulu masa study kat matrik gopeng tak sempat nak terjah gerbang malam ni. Tapi gerbang malam ni langsung takde apa-apa, macam uptown yang kat sri gombak tu je. :p kehkehkeh. Pukul 12lebih dah kemas-kemas kedai. 


Ingatkan  ayra tidur la, sebab dah pukul 10 kan, Tapi tah apa peel tah, malam tu mata dia segar je..... Nak tengok ipoh kot :p hehe. Dah odw balik baru dia lelap. Huhu..


Ye saya buncit. Bukan mengandung tapi makan macam gajah. Sekian.



Hari ahad lak, dari pagi sampai ke petang hujan. Nak kemana-mana pun tak boleh. Last-last pergi tesco jela. Tesco dekat je pun dengan homestay tu. Beli barang untuk masak sikit. Pastu tunggu adik Wan yang sorang lagi, dia taktahu jalan nak ke homestay tu, so kitorang tunggu jela dia kat tesco.


Anak dara.. yang gambar last tu, agak-agak dia tengah cakap apa? hehe. dia tengah cakap 'apahal, apahal..'  dia memang tau, kalau kita tersalah cakap (cakap "aku" ke camtu lah..), dia akan cakap 'nanti awah (Allah) marah'.. tapi kalau dia boleh lak cakap camtu.. kang kita cakap kat dia, nanti Allah marah ayra.. dia boleh jeling je T_T


Bila adik ipar dah sampai, kitorang terjah jela mana-mana kedai. Tapi seriusly, kedai ni murah gila. Kitorang ada lapan orang, total makan goreng2 + air baru rm30lebih. Pastu satey, secucuk baru 40sen. Gila arghh murah kot?

Dah tu je, gambar konvo takde. Nanti-nantila pulak kita tepek. I teringin nak gedik pakai jubah konvo tu, tapi Wan cakap, kalau kita tengah study, pastu pakai jubah tu, nanti study konfirm tak habis. HAHAHA.. bongok. Takpe takpe..


.