img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, May 2, 2014

Menyembang.

Kepala dari malam tadi lagi berdenyut-denyut. Memang boleh bikin gaduh. Ingatkan siang okay, sekali.. sama dengan. Pms kot. Selalunya pms badan lenguh-lenguh sengugut lite-lite. Ni badan tak lenguh sangat, pastu perut pun tak sakit, kepala pulak yang berdenyut. Arghhh! Stress. Tapi dah petang ni better la sikit. Tadi taktahan sangat, makan panadol, tidur. Nasib baik ayra pun tidur. Kalau tak, pepandai la kau jaga diri sendiri. :p ibu is tak larattt.. mihihi.


Semalam cuti hari pekerja. Hari ni mesti ramai yang amek cuti kan? Sambung cuti 4hari woo.. berjalan-jalan la kita kan :p tapi kitorang dok rumah je semalam. Huahua. Sadis kan? :p duit tak banyak nak berjalan-jala cuti-cuti malaysia, acane? hari ni gaji, hari ni gak duit habis.. bila la nak kaya ni.... kena meniaga kot baru kaya? hahaha. meniaga oat choco :p takpun monopod ke apa ke.. oat choco tu ada orang jual sampai rm19. Gila bapak amek untung kaw-kaw.. i boleh beli dgn harga rm10 je pun ;p siapa nak?? tapi kalau jual rm10 gak, tak cepat kaya la.. kena la jual mahal sikit. muahahahaha!! 


Semalam Wan ada la beli monopod dari kawan dia, rm37. Beli bukan untuk kitorang pun. Beli untuk adik dia. Kitorang still segan-segan nak bermonopod ni, kalau nak beli nanti beli gopro terus. Krikkk krikkkkkkk poyo! :p acah makenon, berangan je. I ingatkan monopod tu macam besar ke hape, sekali tengok kotak? alahai.. kecik je.. hihi.. rm37 tu pun sebenarnya boleh dapat lagi murah tu, tapi takkan la nak mintak diskaun lagi, acane la member nak maju bisnes kan.. :D so bayangkan la, kalau yang jual online monopod tu kadang ada sampai rm50-60 berapa semua.. tak ke banyak gak dorang makan untung?Perghh memang cepat la boleh beli porshe cayenne camtu :p hehehe, Tapi takpela, dah memang harga market camtu, so pepandai jela carik tempat murah kan? dah tahu situ mahal, jangan dibeli. senang cite.


Semalam kan, pergi pasar malam jap. Pastu jumpa member sekolah i. Member sekola + member matrik. Tetiba dia cakap i dah gemuk. HAHAHAHA bongok kan? dalam banyak2 ayat, kenapa mesti ayat gemuk jugakkkkk. kekeke i takdela sentap ke hape, lek-lek jela. Dah memang betul i gemuk. Dapat lak laki yang tak membantu, bila tanya dah gemuk ke hape ke, dia buat-buat malas nak layan.. dia boleh jawab, sama je macam dulu. Menyampah. Sama kebenda nya, kalau pakai jeans pun dah serupa pakai legging T_T Haha mesti bosan kan? Dari dulu lagi cakap nak kurus, tapi makan macam gajah bela hantu raya.. memang berat tah2 dah 60kg kot sekarang ni? Serammmnya nak timbang.


Dahla, dah banyak merepek atas ni. kita stop dulu lah. kang lagi banyak ditaip, lagi banyak benda bodoh aku cite. hahaha.. bukan boleh caye nih. kikikiki. bai!



budak ni kalau jual laku tak? kakakakaka! gurau je.......... saje nak selit anak sendiri. dah ibu gemuk, letak gambar anak je, anak gemuk takpe.. :p







1 comment:

Cik Puan Rara said...

alaaa,nk tunggu go pro lambat lah.ada monopod pon ok lah.hehehe

.