img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, June 30, 2014

Jumaat-Ahad.

Hari ni dah hari ke-2 puasa. Siapa tak puasa hari ni? kita geng. sep sikit. KEHKEH.. 
Hari pertama semalam tak terasa. Sebab dok rumah beraircond je kan. Sejuk, tak haus pun.
Kitorang puasa pertama semalam (ceh cerita macam puasa je pulak), kat rumah family Wan. Buka sana sekali la. Dah lama sangat katanya tak balik Rawang. Yeke lama?????? HAHAHA..


Jumaat hari tu i teringin nak makan kek. I mati-mati ingat brem mall ada secret recipe. Tapi bila sampai sana, eh takde pun? HAHAHA kecewa nya!  Baik pergi selayang mall je kalau camtu. Dahla brem mall takdehape-hape. Sedeyyh.


tak dapat cake, lepak kedai burger kat segambut.  jadilah, dapat makan burger..

Ohye, hari tu cerita nak pergi warehouse Kiko tu kan? Hee. Memula macam tak jadi. Sebab ada orang tu kena kerja lah pulak, tapi last-last tak jadi, malas. Wan bangun je tidur terus sengih-sengih kerang busuk 'kata nak pergi kiko?'. Ulang ayat tu berapa ratus kali tah. Malam tu sebelum tidur borak-borak pasal raya, i semangat la cite nak beli kain ela nak buat baju raya ayra, pastu dia boleh lak cakap 'buat apa beria?' huh! terus sentap.. OKAY KITA PAKAI BAJU KURUNG TAHUN LEPAS AJELA AYRAAA.. baju ayra dah senteng, baju ibu dah tak muat. serius tak muat, hari tu nak pakai pergi exam, sekali baru nak duduk sikit, dah bunyik prakkk.. KAHKAHKAH koyak! tu tandanya i makin KURUS kan? kekekeke.. i sentap bukan apa pun, i kan kalau bab anak macam fragile sikit. hahaha. dia cakap macam tu terus i fikir dia tak kisah langsung pasal ayra.. haha.. bongok.. benda tak apa-apa pun, Wan memang jenis cakap macam tak kisah.. kadang tu i bengang je.. i cakap dia macam tak dengar, dah dia macam tak dengar, i malas la nak ulang 2 3 kali.. tapi rupanya, eh eh mamat ni, dia dengar rupanya.. kikiki.. muka takde perasaan.


Kitorang tak familiar sangat area puchong. Tapi Waze kan ada. Pastu kawan Wan pun, office dia kat sana, so tanya member dia tu jela. Alhamdulilah sampai. Tapi sampai-sampai sana,  tengok tak ramai pun. Pastu orang keluar pun tak bawak beg plastik besar-besar. Semua plastik kecik-kecik je. Takpela, dah sampai, kita usha jela dulu. 


Masuk-masuk, alahai keciknya.. hahaah! Susah payah sampai ke sana, camni je? kecewa gak la.. huhu.. baju pun tak banyak choice, takde yang cantik-cantik boleh buat raya pun. haha dah nama pun warehouse, mestila baju lama-lama. adoinyapun nurul oi.. kalau size 1-3 years, lagi la sedeh. huhu. Nasib baik ayra ni boleh pakai size 4years. So boleh la beli sikit. Serius sikit je, berapa helai je pun kitorang beli. Wan dia nak je beli yang size 6years apa semua, dia cakap buat stok. Beli jela dulu. Ya Allah laki aku ni. Benda tak best pun, takyah sawan sangat. HAHAHA.. Ye, kat sana dia je yang pilih-pilih. :p I cakap la, jap lagi kan nak pergi sogo, kita carik kat sogo jela? 



Ni nak basuh pagi tadi, tu yang amek gambar, bukan poyo ke hape. Takde benda nak diborongkan.

Pastu dah setel kat Kiko tu, i ingat nak ajak dia pergi Okbaby ke apa tah. Tapi i lupa lak tempat nya kat mana, nak google pun internet lembab apa kes tah hari tu. Tapi tengok Wan dia macam tak berminat je nak pergi kat situ, siap cakap 'okbaby tu jenama apa?' huk alorhhh. Okbaby tu adikberadik EdHardy kot, taktahu ke? Wahahaha. Sebab kan time tu macam panas je, i cakap takpela takyah pergi, terus jela pergi sogo. Lagipun time tu dah pukul berapa, dah pukul 4lebih kot, kang lambat lagi, lagi teruk jem.


Masuk je kl, kat dataran  dah nampak dah.. jalan menghala sogo tu azab gila. So Wan terus belok menghala masjid jamek. Dia dah plan nak balik rumah je. pastu karang naik motor pergi kl. hehehe. i lak cakap, kita naik train jela? tapi tak jadi, last-last kitorang parking kat area balai polis dang wangi tu ha.. jauh tak? memula dah parking kat capsquare, sekali kena bayar rm5, tak berbaloi sebab nak jalan jauh gak, jalan sikit pastu tengok ada parking kosong, belasah jela, janji free. Yelah kalau nak bayar, baik parking kat sogo je terus kan? tapi kat sogo parking mahal. :p hahaha..


Orang kat sogo ya ampun, ramai gila. Dah macam nak raya dah. Padahal puasa pun belum. Konon sales mengila lah. Padahal tak pun. Takkan la seluar jeans budak jenama ladybird sama harga dengan jeans Levi's. Tak beragak up harga, pastu sales 50%+50%.. kalau jenis main rembat je beli tak tengok satu-satu sebab kengkonon dah murah, memang rugi rr. Tapi nak belek satu-satu pun naya gak, susah kot, orang kemain ramai, dengan kita yang ada anak kecik lagi.. leceh sikit la, kalau nak tenang, sila pergi sendiri je, takyah bawak anak.. so takdela fikir anak lari hilang ke hape.. 




leklu makan aiskrim, kaki penat. eh bukan kaki je penat, mata pun penat, penat tengok orang. hehe. ayra tengok orang makan fries, sibuk nak fries... padahal memula nak aiskrim je.. dahla beratur nak beli pun azab. kang tak beli mengamuk. pasrah jela beratur.


Pastu jalan la sikit kat area jalan tar. Nak cari kain ela buat baju kurung ayra. Susah pulak nak carik kain warna sedondon. Nak carik cotton. Yelah bebudak, pakai cotton jela senang. Tapi tak jumpa pun yang berkenan. Nantila kita repeat pergi, tapi Wan cakap kalau nak pergi kita naik motor ajela. Dahtu kalau naik motor ayra nak letak dalam bakul ke? Hahaha kita naik train la Papa :p Tapi papa malas la tu nak berjalan. Dia nak naik motor, so bajet kalau nak kesana kesini naik motor je, takyah jalan kaki. Berhenti depan kedai terus. KAN? hahaha.. Tapi i rasa, beli jela dah siap baju ayra tu... lagi senang? baru berapa, baju kurung budak rasanya rm40-rm50 dapat dah kot, KOT.. yelah kalau beli kain pun mesti dah berapa kan? cotton kan mahal sikit.. tengok la camne nanti..buat apa beria? zzz. 


Sampai rumah pukul 10lebih camtu, rehat-rehat, mandi apa semua, kemas beg.. Pukul 12am gerak balik rawang pulak. Balik kampung lah kengkonon. Nak sahur 1st kat sana.. Dahka tahun ni raya turn sana jugak.. zzz. Ayra pun dalam kereta dah selamat belayar. I sampai rawang tak peduli laki dah, terus tidur, letih gila. HAHAHA. padahal Wan pun tak peduli i, yelah tengah period, kisah pulak dia :p hekhek.


Zzz.



Sekian. Bye!
















.