img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, June 26, 2014

2tahun 5bulan.

26hb, anak dara genap 2tahun5bulan. Alhamdulilah. Dah lama rupanya tinggalkan zaman mengandung. Tapi seriusly still ingat lagi moment2 mengandung. Hihihi. I rasa masa i pregnant i adalah gagah. :D Huahua. Paling i ingat, masa nak tunggu masa bersalin, kitorang boleh slumber naik genting, bukan balik hari tau, stay kat sana.. dan bukan stay sesaje, berjalan tak hingat punya..  Kalau la terberanak time tu.. memang buat naya :p tapi kalau pecah ketuban kat atas tu pun, sempat je nak pecut pergi hospital.. takdehal lah.. kan? hehe. ayra tu dulu lepas 16/17jam menahan azab, baru la keluar..  sampai terberak2 lah haku depan doktor.. kahkahkah.. part tu memang Wan ingat, kwangjaaa! haha. Eleh cakap i berak2, dia tu doktor suruh potong tali pusat anak, boleh la takut2 lari sampaikan doktor pun gelak je. Pui!


Sepanjang 2tahun5bulan ni, alhamdulilah. Ayra tak pernah lagi demam yang teruk-teruk kena warded apa semua. Bersyukur sangat. Yelah bila baca sana sini anak orang ni sakit, anak orang tu demam, i is risau kot. Kita ni kalau boleh, biarlah kita sakit, jangan anak sakit kan? Tapi bila kita sakit, pastu anak aktif semacam pun.. boleh bikin gaduh gak. Hahaha. Kesimpulannya, biarlah dua-dua sihat. 


Bab makan lak. ayra okay je. Dia suka je makan sayur, sayur apa-apa pun. paling dia suka carrot lah. padahal dah tu je yang selalu masak. HAHAHA.. takpe carrot elok untuk mata :p lagi-lagi kalau kita cakap, 'upin ipin pun makan sayur tau'. Hehe! Lagilah laju dia suap sayur..  ibu pun tak makan sayur2 hijau tu.. ayra lak beria, takpe bagus.. jangan macam ibu memilih makanan wakakaka. Ohye, makan dia nak suap sendiri. Dulu-dulu bersepah gakla, bersepah gila. Sekarang ni dah okay, stil ada gak la jatuh nasi tu, tapi takdela macam hape pun. Masih okay lagi. Kadang tu, pagi-pagi bangun tidur dah mintak nasi. Alahai anak.. ibu baru nak bernafas kot. pergila minum susu dulu :p huahua pemalas punya mak. Sebab tu bila orang cakap anak taknak makan, taksuka makan, takde selera bla bla.. i tak boleh nak komen apa-apa, sebab i takde dalam situasi tu.. huhu. Harap-harap berterusan lah macam ni, pantang nampak makanan, mesti nak. I rasa ayra takde alergik dengan apa-apa makanan, so far semua yang ditelan okay je. OKAY buat masa sekarang, taktahu nanti-nanti. Tapi part makanan mengarut tu, memang tahu tak elok, tapi bagi gak, tapi takdela beria, sekadar camtu-camtu je, kasi rasa-rasa.. janganlah cakap i mak yang tak sayang ank lak.. okay?


Kelmarin pergi repair kasut ibu, sekali nampak lak kfc, kalau dah nampak meroyan lah kalau tak beli. ye dia meroyan terjerit2. sama macam meroyan kalau nampak bus, nampak train, sibuk nak naik bus, nak naik train.. kadang tu nampak taxi pun sibuk nak naik taxi gak.  kalau kita cakap takboleh naik, naik keteta je.. haa.. drama lah ye.. keluar air mata. tah hape-hape.. tak faham............! sekarang ni lagilah kalau kita siap-siap nak keluar, dia dah tanya dulu.. 'naik bus?' kalau kita cakap tak, naik kereta.. pastu nanti dia mengamuk2 lari setempat. kahkahkah! pastu kang i cakap 'kalau taknak naik kereta tinggal kat rumah', ayra : nak ikut, naik bus?.. fedup nak jawab, i cakap jela ye naik busssss!! hahaha.. kang bila dah siap apa semua, nak masuk kereta konfirm dia melalak, nak naik bus, nak naik bus. Ekeleyyyyyyyy pang jugak budak kecik ni. :p


Semalam baru perasan gelang ayra hilang. pastu bila tengok gambar.. time ni pun dah takde. maksudnya, hari selasa lagi dah takde. tapi tengok gambar hari isnin malam, still ada lagi (KAHKAHKAH tulah guna amek gambar anak 10juta tiap hari :p) aaaa kemana kamu menghilang? dahla nak raya ni. takboleh nak blingbling dah. PAPA CEPAT GANTIII GELANG AYRA TUUUU!!! haahaha. Emas sekarang berapa eh segram? :'( sedihh! takpela takde rezeki kot. takpun mungkin akan dapat yang lagi besar ke lepas ni.. kikiki. kan Papa? papa jugakkk kena. yelah ibu kan jobless. :'(


Hari tu timbang 15kg, pastu baru-baru ni timbang 14kg. Tahla, lebih kurang camtula berat dia. Nampak macam alah 14kg je? Tapi kalau mendukung dia, memang lenguh gak .. semputt. Tinggi lak berapa tah, tak ingat.. tapi kalau dengan budak 2tahun yang kitorang jumpa, selalunya memang ayra champion lah. padahal i rasa dia takdela tinggi/besar mana pun. tahla, mungkin sebab i dah tengok dia hari-hari, tu i rasa biasa, bila dia dengan budak lain yang sebaya.. ha kat situ baru nampak luar biasa sikit. huahua.



Kalau nampak mesin timbang camni, sibuk je nak mintak duit. Kalau yang doplohsen boleh la layan. kalau seringgit.. takpayah!!! hewhew.

.