img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, June 2, 2014

Sabtu-Ahad.

Anak dara dah mandi, dah wangi-wangi. Hehe. Nak keluar g playground, kang tetiba hujan. So kita bertapa dalam rumah ajela. Ayra main la apa yang awak nak eh.. ibu sibuk ni. Sibuk update belog. Kehkehkeh. Last week macam takde benda nak dicerita sebab mood swing. Mood rasukan ablasa. Hihi. Biasalah, pms punya hormon, ceh salahkan hormon, padahal diri tu ha tah hape tah, fragile sangat. Tak dapat kontol diri. :p


Kalau ikutkan, semalam i ada interview spa. I bagitau Wan, i nak pergi, tapi pakcik tu gelakkan aku lak, pui! Mentang-mentang cuma gred n17. Yelah, i mohon guna spm je pun, i kan takde pendidikan tinggi-tinggi.. Harap spm yang "cemerlang" sangat tu jela. Muahaha... Tapi kalau i pergi pun belum tentu dapat, sebab i kan segan2 sikit kalau interview2 ni. I cuma nak try-try je, tapi tula kalau dapat lak, kang naya, kalau ditolak, nanti nama blacklist lak, takpela kita habis kan jela study yang sekarang ni dulu, yang tah bila nak habis ni. Kikiki. Belajar kasi habis dulu baru cerita nanti. Zzz.



Nak cerita apa eh.
Kita cerita pasal weekend ajela ye.


Hari sabtu Wan kerja. Tapi i okay je. Kitorang ikut papa g work. Bukan kerja lama pun. Pagi tu gerak g solaris dulu, pastu lunch pulak kat kampung baru jap. Setel lunch, pergi leisure mall. Pastu kitorang singgah giant batu 9. Pastu baru la kitorang gerak pergi rumah pakngah i kat hulu langat. Malam tu ada tahlil arwah atok i. Kitorang sampai rumah pakngah i dalam pukul 5lebih camtu la. Rehat-rehat jap, lelaki kena bakar ayam.. untuk menu malam tu kehkeh. I takdela la bakar-bakar ni, i tukang makan je. :p


Malam tu, masa tengah tahlil.. ada part lailah ha ilah.. ayra dah kepala geleng-geleng.. kelakar je.. tetiba pastu terus tidur. Hahaha.. Dia tidur lama gak, sekali i nak angkat g tempat yang proper sikit masuk rumah, terus terbangun. Sabarrrr jela. Ohye, budak lelaki tu cousin i.. kira pakcik ayra lah kan? Nampak sebaya, tapi takkk. Macam biasalah, ayra kan memang pergi mana-mana pun orang akan cakap dia macam 3/4tahun T_T Nak salahkan siapa???? Ikut papa la tu..


Setel tahlil, pakcik2 i ada mesyuarat sikit, kira bincang-bincang lak, ada cousin sebaya i nak kahwin bulan ogos nanti. Kira sape nak sponsor itu, nak sponsor ini. Hehe. Kitorang kena beli goodies bag. KAHKAHKAH.. tapi takpela, lambat lagi, sempat nak kumpul duit. :p Malam tu, I pun dah konpius, nak tidur sana or balik rumah. Last-last tertidur kat sana. Hari ahad dalam pukul 11camtu baru gerak balik selayang. Wan la, dia cakap nak tidur jap je malam tu, sekali dia tidur betul-betul lak. Yang mak i dengak pakcik2 i lagi over, malam tu semua tidur, dorang g downtown.. i kejut Wan, tapi pakcik tu tidur mati lak.. Kalau ikut, boleh la kitorang terus gerak balik selayang je malam tu kan.


Hari ahad sampai rumah pukul 11lebih, i setel la kain baju apa semua.. yang Wan sambung membuta. Padahal kitorang plan nak g kenduri kahwin. I tengok dia sedap tidur, i pun join la tidur. Sekali dalam pukul 2lebih camtu, dia kejut tanya nak g kenduri tak, i pun jawabla malas. Dia dah siap mandi apa semua.. i still tidur gak. Hehe. Tapi sebab lepas g kenduri tu Wan nak terus balik rawang, kang cam kwangja lak tak ikut kan. So, bersiap la dalam masa 15minit. Sap sap soi, siap la dua beranak, i dengan ayra. Haha pantas tak? :P Rasa pantas, sebab i iron baju kurung, kemas barang ayra sikit bla bla. Tapi jangan harap la nak rupa macam Che Ta kan.. :p Muka bibik ajela. Huahua.. 



Sampai kenduri nak dekat pukul 4. Ingatkan dah kemas khemah ke apa :p Nasib baik ada lagi nasi. Boleh la kita melantak. Mentang-mentang tema warna hijau, nasi pun warna hijau. Huahua.. Wan cakap, kenduri tu ramai penyamun. Hahaha. Kawan-kawan zaman jahiliah dia la. I tengok ada la dua orang kawan sekolah i kat situ, tapi budak tu pun masa sekolah bermasalah... tapi yang tak boleh bla, sorang tu pernah kot gaduh berebut i. KAHKAHKAH.. padahal zaman sekolah dulu aku tak hot pun, tu pun nak direbut2.. macam bongok.


Setel pergi kenduri, gerak terus balik rawang. Ada kawan Wan jugak, buat tunang+tahlil. Tapi kenduri nya lepas zohor, kitorang sampai pukul 5. Redah jela... Lepak dalam rumah tu sampai pukul 7. Pastu baru la balik rumah parents Wan jap. Ayra masuk je kereta, sampai la rumah parents Wan dia tidur je memanjang. Sampai la balik Selayang balik malam tu.. memang tidur jela budak tu. Dah odw balik dah nak sampai rumah selayang baru la ayra bangun, tu pun sebab Wan singgah bank jap. Kereta stop dia pun terbangun. I dah risau je dia tak tidur malam tadi. Rupanya tak pun. Sampai rumah pukul 12lebih, i kemas-kemas sikit barang, pastu bagi dia susu, suruh tidur... tidur. Tapi sebelum tidur tu, ada la drama sikit, dia nak tengok upin-ipin, tapi terpaksa la bohong.. i cakap upin ipin tidur, esok dia nak sekolah. Wakakakakaka!


Okayla, dah panjang tahap cecah lantai dah ni. Hahaha.. Kita stop dulu lah. Kalau ikutkan ada lagi nak taip, tapi nanti la pulak. Dah nak maghrib dah ni.. Marilah kita siap-siap kan diri nak jumpa yang 1 tu.. Ceh! Ayat perempuan lindungan kaabah sangat, padahal tercongok depan tv3.. kuikui. Bai!








.