img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, June 6, 2014

Abang Long Padil tak jadi.

Sekejap je dah jumaat kan? Dah habis dah studyweek, tapi study nya satu keping pun tak hadam lagi. Isnin dah exam. Macam mana tu?? Nak repeat paper ke? Hahaha. Belasah jela. Carry mark dah tinggi dah, takyah nak bersungguh sangat la time exam tu. Kehkeh. Janji lulus, sudah. Takde benda nak dikejar, takyah nak pointer tinggi supaya tak bayar ptptn pun, bukan ada loan mana-mana pun. So kita rilek-rileks sudahhh. HAHAHAHA macam mana nak maju kalau perangai macam ni. 44tahun akan datang pun tetap tak mampu nak pakai henbeng chanel. Zz. Tutup cite.


Hari rabu, adik i yang kecik tu ajak tengok movie. Cite abang long padil. KAHKAHKAH.. i okay je, layankan ajela. Tahu cite tu 18tahun ke atas, tapi taram jela.. sebab sebelum sebelum ni pernah je kot bawak dia tengok cite yang 18tahun keatas. So i bajet, boleh la kot.. boleh la kawtim kita bayar tiket dewasa gak ke hape kan.. Sekali tu tak bolehhhhhhhhhhhhh. Hahaha.. Kesian aje.


So kitorang main bowling ajela. Main 4games rm10 tu.. murah kan. Gila patah tangan nak menghabiskan. Hehe. Maklumlah, orang "selalu sangat" buat aktiviti.. main boling sikit terus dah nak patah tangan.. #lembik.


Budak 3tahun #matakeatas

Sebab lama sangat nak habiskan 4games tu, ayra sampai boring, dia baring je kat lantai. HAHA kalau papa tahu ni kena marah la.. :p dahnya, kalau suruh duduk atas kusi, dia menjerit-jerit, biarkan jela nak tidur kat lantai pun T_T janji bahagia.


Dah habis main bowling, nak balik rumah.. sekali petang tu hujan lebat gila kaw-kaw.. Macam mana nak balik ni? Haha. So kita pergi makan lah dulu.. Nak makan apa pun taktahu, kitorang pergi Bremm Mall je kot. Dekat dengan rumah lah kononya, plus kalau ayra amukan dalam wayang tu, takdela malu sangat, sebab tak berapa ramai orang kan :P Sekali tak dapat pun tengok kehkekhe.. Makan kat Marrybrown jela.. last pergi marrybrown masa bila tah, lupaaa. Tapi masa tu i mengidam nak Mambo Fries, gigih la explain kat Wan fries gulung-gulung.. haha.. Pastu Wan beli kat area Pudu/Kotaraya.. lama dah, rasanya 3tahun lepas ada kot.



Setel makan, hujan pun dah reda. Kitorang pergi Bangsar pulak. Singgah kat BSC. I kan orang kampung.. segan kot nak masuk BSC tu, tempat owang-owang kaye.. tempat artis.. ning baizura shoping pampers anak dia kat Jason hari tu. Orang macam i kalau nak beli barang dapur, kat NSK jela.. nak beli susu anak/pampers anak, kat kedai ubat cina.. mana yang paling murah situ kita pergi.. kehkeh. takde nak beli barang kat jason, mercato's, cold storage semua tu.. Tunggu la bila dah kaya nanti baru la poyo-poyo sikit. Wahaha. See? Macam mana nak kaya, belum apa-apa dah nak membongkak. Teruk nurul! :p Tapi lama gak kitorang kat situ, dalam 2jam camtu la. Situ ada mothercare, banyak gak la baju kalau nak banding dengan Mid. Tapi terlupa pulak nak beli puting botol ayra, dah lama tak tukar.


Lepas tu konon nak balik rumah lah, badan dah penat. Sekali jalan jem pulak. Memang takpela, kita terus masuk Mid ajela. Jap lagi baru kita balik rumah, tunggu jalan tak jem. Kat Mid sajela la try nasib... sebab Wan ada join sekali time tu. Dia dah habis kerja kan. Suruh la dia beli tiket, sebab dia macam garang sikit. Kehhkehke.. I dah suruh adik i lari jauh-jauh dulu. :p Sekali tetap tak lepas, sebab i dukung ayra, ayra tak boleh masuk. HAHAHA.. apasal skema sangattt?? huhu. Tapi kalau boleh pun, taknak la.. tinggal row depan je.. sakit pulak leher kita nanti. :p huhu.


Lepak kat mcd jap makan eskem. Yeee aku memang biarkan je anak aku makan apa-apa pun. :P #libastudung haha takdela semua benda, tapi dia makan ni pun bukan banyak.. janji merasa, kang taknak dia dah besar jadi pemilih makanan. kita belasah jela semua, kang sakit baru diam. Boleh? hahaha pangggg sekali kat muka. :p


Ohye, i konpiden je kan nak bawak ayra? haha. ntahla, rasanya dia boleh dah kot nak behave. tapi taktahu la.. takdela pulak rasa risau2 ke hape.. kita kenal la anak kita macam mana kan? kalau dia  merengek, lempangkan ajela.. eh silap, keluar ajela. Apa susah? :p hehe.







.