img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, July 7, 2014

Hujung minggu.

Sekarang macam takde entry time siang-siang kan? Haha.. perut lapar. Bila lapar semua pun jadi malas. Lembik jee. Ni dah berbuka, lembik gak, tapi lembik sebab terlampau kenyang.. bergerak pun terbatas.. hahah! Apa pun tak boleh.. orang pergi terawih, ni sibuk ngadap belog. Apa nak jadi? Buruk perangai.. huhu.


Hari sabtu bangun pun dah pukul berapa. Tengah hari camtu, Wan pergi servis kereta. Last week servis kete biru, ni tukar minyak kete kuning lak. Balik dari tu, barula kitorang keluar. Memula pergi Bukit Antarabangsa. Bila la nak dapat rumah besar-besar macam kat situ kan? Tengok jela mampu. Nak beli, kalau harap Wan sorang-sorang memang tak mampu lah.. kalau i kerja pun, belum tentu jugak. Harga rumah sekarang kemain kot mencekik, lagi-lagi tengah town apa semua. Harap ayra jela kot hadiahkan? Haha ayra kan nak kawen dengan anak raja. MUAHAHAHA.. #beranganitupercuma.


Pastu kitorang pergi Cheras lak. Jalan area depan Leisure Mall tu memang macam cibet. Dengan mrt apa segala. Stress haku! Huhu. Ceh ceh macam i lak yang drive. Poyo-poyo jela. Ohye, masa kat sini sempat la Wan bayar zakat untuk kitorang 3 beranak. Lega sikit dah settle, walaupun cuma rm21 je, tapi kot la lupa nak bayar kan? yelah nanti sibuk benda lain, benda yang satu ni terlupa. ni dah bayar awal-awal, okayla..


Settle kat cheras, kitorang pergi solaris lak. Nak berbuka kat solaris mont kiara? kat publika? Macam takde kedai yang sesuai dengan rakyat marhein macam kitorang je. Kitorang makan kedai tomyam je la mampu nya pun. :p Pastu Wan cakap kita bukak kat Segambut nak? Segambut dengan Mont Kiara kan sebelah-sebelah je.. tapi i la pulak macam.. eeerr errr.. asyik nak menempek kat adik dia je, segan lah. Balik jela rumah terus kot. Bukan jauh pun selayang. Walaupun tahu, tak sempat nya.. walaupun jalan kuching time tu tak jem pun. Yelah keluar dari solaris pun pukul 7kot.


Kesudahnya, berbuka kat tepi jalan je ha. Sempat la singgah kat bazar kat kuarters jalan kuching tu. Kuartes askar tu kan. Dulu-dulu masa Wan kecik, dia duduk situ la. Abah kan bekas askar. Pastu baru dorang pindah kat kuartes kem batu kontonmen. Pastu baru beli rumah kat Selasih. Tu dulu-dulu la, sampai la dia form berapa tah, dorang pindah rawang. Eh. Pehal nak cite sejarah keluarga lak ni. Zzz.


Kat bazar tu takde beli apa pun. Takdela beria. Janji ada benda nak minum, lapik2 perut sikit sudahla. Plannya lepas tu nak balik rumah mak i. Konfirm ada makanan kan.


Berpiknik di tepi jalan. Dok la berbuka makan kejap kat stesyen minyak.

Malam tu, kitorang pergi Danau lak. Bawak mak & adik-adik i. Sajela nak pergi tengok-tengok. I konon-konon nak tengok baju kurung untuk ayra. Ye anak aku raya pakai baju kurung, takyah nak pesyen2. Orang cakap bazir je beli baju kurung kan? Takde bazir2 pun, ayra kalau pergi kenduri dia pakai baju kurung, pastu setiap malam khamis pergi surau pun pakai baju kurung. So memang takde istilah pakai sekali pun. Tapi, takde pulak baju kurung untuk ayra, ke kitorang tak habis pusing? tahla, rasanya baju untuk perempuan macam tak banyak choices. Baju lelaki banyak rr. Tapi Wan mana minat baju camtu, dia kan poyo.. nanti kulit dia gatal. HAKTUIHHH *matakeatas*
Balik dari Danau tu pukul berapa tah. Hantar mak & adik-adik i, kitorang terus shoot balik rawang pulak. Penattt kan rumah dekat-dekat? Sekejap sana, sekejap sini.. tapi kalau rumah jauh-jauh lak, nanti time raya lagi la syahdu nak balik kampung masing-masing.. rumah dekat-dekat pun boleh bikin muncung gaduh balik raya.. HAHAHA.. Ahad tu duduk rumah jela. Ayra pun bangun lewat. Pukul 11lebeh baru bangun. Lepak tengok melodi apa semua, pastu pukul 2 tidur balik. Produktif sangat kan? Zzz.


Malam semalam sampai rumah pukul 2lebeh pagi. Yelah dari rawang pun pukul berapa, 1.48 kot? Pastu sinngah isi minyak jap, ada lak mat rempit wreng wrengg bunyik motor tak hingat punya. I dahla sakit kepala. Memang kena la bongok dengan aku kan. Tapi i bongok kan dalam hati jela. Sekali lepas isi minyak, Wan terus maki budak tu. Yelah ayra tidur kot, selalu kalau bising tahap apa dia lek je, ni bising yang serius bising gila-gila-gila. Mat rempit sekarang ni tak macam zaman dulu-dulu. Wan lah cakap, i rasa sama je kot? I taktahu & tak amek tahu. Kau nak tertongeng superman ke hape, lantokk.. asalkan tak kacau hidup sudah. 


Wan sampai rumah tu dia nak sahur terus. So silakan ajela. I nak makan pukul 5. Tapi pukul 3 tu i tetap aje makan jugak.. cuma i goreng paratha kawan tu.. tak la makan nasi. Pukul 5 baru makan nasi... tu pun tetap aje hari ni lembik. Tah hape tah dengan i sekarang ni.. mengalahkan budak kecik belajar puasa. I dah tengok dah jadual pms kat ipone, berkemungkinan nanti 25hb keatas i tak boleh puasa lagi. HAHAHA.. start puasa lambat, pastu raya dulu. Nak ganti puasa pastu azab. Aaaaagh!


Okayla, ayra dah mintak susu. Bai.

.