img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, July 9, 2014

Kisah caca marba.

Dari pagi bangun tidur ada je benda tak kena.
I syak budak kecik ni tak cukup tidur.
Malam tadi tak pernah-pernah dia tidur lewat, 1.30am kot baru tidur.
Pastu kalau tidur lewat, mestilah bangun lewat kan? Ni tak, pukul 8suku camtu dah bangun dah.
Mana tak mengantuk? Tu yang asyik nak keluar air mata je, sesikit nangis. Stress. Dah la i tak sahur makan nasi 2x tambah hari ni, bangun.. tapi minum air je.


Selalu pukul 2 baru tidur. Ni baru minum susu tak habis pun, dah terlelap. Nampak sangat mengantuk. Tak sempat nak mintak garu-garu, tepuk-tepuk apa semua. Huhu kesian anak aku. :'(


Takpela, esok kita keluar ye? Esok kita tengok dunia sikit.
I ingat nak bawak dia jalan-jalan hari ni, tapi sebab i kan tak makan nasi time sahur, so hari ni adalah lembik kuasa 44. Hahaha.. Sahur pun lembik, apatah lagi kalau tak makan kan? perut memang dah pedih dah ni.. sobss sobss.. 


siapa tak puasa? -sayaaa! (angkat tangan).. hahaha..


selipar kesayangan buat masa sekarang.. beli kat danau hari tula.. sibuk nak kimouse kimouse..(mickey mouse)


semalam pergi bazar area rumah ni, terkejut harga donut seketul rm1. HAHAHA baik up sikit, boleh beli big apple ke jco ke.. konfirm gebu.. ni baling kat dinding pun boleh retak, kesudahnya sila ke tong sampah ajela.. huhu.


Tetiba rasa nak cerita pasal baju raya.
Hahaha.. boleh jela caca marba.

Raya tahun ni sedeyh je rasanya, tak fun kot?

tahla, rasa macam tak meriah..

 

Baju raya pertama untuk ayra memang takde. memang tak beli lagi.
Baju kasual tshit2 tu adala kot 2-3 helai.. yang beli kat kiko tu walaupun macam sedeyh je nak buat baju raya, taram jela pakai untuk raya ke 29-raya ke30.. hahaha raya kan sebulan, kena la ada 30helai baju baru? :p perghhh! gelabah. zzz.
Seluar baru takde.. kena la kot carik selai jeans baru untuk ayra? jeans yang ada semua ketat-ketat dah.. kesian anak aku terkangkang-kangkang kaki naik tangga pakai seluar ketat.
Kasut pun takde beli.. kasut ayra pun dah sedeyh2 je semua nya..
Dress apa semua yillek. Rasa takyah la dress sangat, dress mahal.. kalau nak dress jugak, carik kat kenanga sana.. HAHAHAHAH!

Untuk i sendiri.
Raya pertama  yang kengkonon nak sedondon tu pun sedeyh je, malas nak cakap pasal baju tu. bikin aku takde mood je. tengok la nanti camne, kalau dah susah sangat, pakai je baju time bertandang dulu. HAHAHAHA.. baju tu pernah pakai sekali je.. dah nak tema sangat kan.. tapi masalahnya muat ke? badan dulu dengan sekarang sama ke? Pastu nak beli tudung. Baju takde lagi, nak beli tudung hapenya. Taktahula nak pakai shawl or bawal. Tengok jela macam mana nanti. Kasut raya? Pakai jela kasut pergi kelas. Hahaha.. belasah. tapi kasut pergi kelas pun dah nazak jugak.. alahaiii sedeyh lagi. huahua. Tapi adik ipar ku yang ada suami anak orang kaya itu nak belanje henbeg seketul. HAHAHA walaupun i tak minat hengbeg2 camtu, tapi dah orang nak bagi, amek jela.. kan?? Walaupun Wan cakap takyah la bla bla.. eh kau? ada nak bagi aku chanel ke tak kasi orang nak belikan?? kuikui. kalau ada nak kasi chanel seketul, takpe gak... zzz


Wan lak, baju melayu dia dah setel.
Tshirt2 pun dah ada beli dah. Dulu konon beli dua helai untuk raya, tapi dia dah pakai dua-dua. Pastu baru-baru ni tambah lagi 3helai, ke 4helai? lupa lak. Alah, dia baju banyak pun buat apa, raya ke-3 dah kerja. SEDEYHHH TAK??? ye itu yang buat i macam annoying..takde mood nak raya hahaha...dahla raya 1st belah dia bila masanya pulak nak balik kampung aku kan kan kan kan kan. Cuti jela direct seminggu. Suruh yang bujang-bujang tu je kerja. Huh. Orang lain stil bersuka ria, aku dah pongek-pongek. Apa pun tak boleh. Ni la kengkonon engineer yang berkaliber, komited, berdedikasi bla bla. Pui!


Tu jela persiapan raya nya.
Padahal tak siap apa pun.. kahkahkah..
Boring la baca pasal masakan resepi apa semua.. update la pasal raya pulak.. shoping mana best, mana murah.. boleh cuci mata. tengok makanan tak bolehhh  bla.. rasa macam nak hempuk je laptop.. kahkahkah... i kan macam budak-budak baru belajar puasa.. Zzz


Alamak ada orang datang lak. Jap..
Ha, orang penapis air. Semalam dah datang. Kasi servis, pastu pujuk2 suruh tukar yang baru. Hello? Baru pakai tak sampai dua tahun. Nak kena tukar yang baru?? Dia nak amek yang lama ni rm800, pastu yang baru tu kena bayar berapa tah.. takde kerja asyik nak pakai-tukar-belibaru-tukar.. banyak duit? Tapi yang kelakarnya, semalam masa bukak pintu.. dia tanya 'adik, mak ada kat rumah?', -mak takde. mak kerja ke? -tak. 'adik form berapa? -takde form.. KAHKAHKAH form berapa tu yang tak boleh bla.. ye, i memang tak mesra2 nak layan orang yang tetiba datang rumah, memang seketul2 je aku jawab.. memang takut kena tipu ke apa. bila dia dah cakap kat rumah ni ada penapis air sekian2.. nak datang servis, tunjuk kad apa semua.. baru berani nak bukak pintu.. huhuhu..


Okayla, nak baring-baring dulu sementara tunggu pukul 3.
3,4,5,6,7............berapa jam lagi ni.. lagi-lagi time iklan sebelum azan tu, memang minit2 yang kritikal sungguh, rasa macam 13tahun nak tunggu azan. HAHAHA.. bai.








.