img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, August 8, 2014

Terlambat, 2y6m.

Masa 26hb hari tu kan dah bizi2 raya, tak sempat nak update Ayra 2y6m. Hiks. Mengelabah tak? I is ingat, tiap kali 26hb mesti ingat punya tak pernah lagi termiss. Cepat je kan dah 2y6m? Orang lain semua dah beradik-adik.. ayra je sorang. Belum ada adik-adik-adik. Tiap kali jalan-jalan i perhati je orang lain, budak yang muda dari ayra, eh muda dari ayra pun dah ada adik? pastu i pandang muka makpak dorang. Lalu berfikiran bongok-bongok. Huahua. Rezeki dorang kan? I pun kalau boleh, nak jugak beradik2 dah, tapi keadaan tak mengizinkan, ekonomi tak stabil. Takkan anak 1st pakai baju anakku, anak 2nd pakai baju cap nsk? mesti la mau up kan.. camtula perumpaan nya. Kalau boleh, time anak 2nd & seterusnya, biarlah lagi better dari yang 1st ni. Taknak karang sebab dah ada adik, yang si kakak kena downgrade ke hape. Takmo camtu... huhu.


Sekarang ni ayra ada peel terbaru. Senyap2 dia suka gigit kuku tangan. Geram je! Mengikut perangai anak jiran i. Budak-budak kan, memang macam tu la.. apa kawan buat, dia pun buat la. Tapi yang paling tak boleh bla. kadang tu siap kuku kaki. Memang bikin amukan lah. Kalau baby2 tu orang cakap tanda nak beradik, ni dah tua bangka, takde maknenya nak beradik. Mengedik aje tu.


Ayra ni pemalu. Dia kalau dengan orang yang tak kenal, or baru jumpa memang dia akan mentikus kan diri. Kalau pergi mana-mana tu, kalau setakat 30minit pertama, memang dia berkepit dengan i jela. Baik sangat kononnya, lama sikit pastu baru la perlahan-lahan dia nak jauh. Nak salam orang pun dia taknak, kalau suruh jugak, kang melalak la jawab nya. Lantak la orang nak cakap anak aku tak fun, tak peramah ke hape, takpela, sekurang-kurangnya takde mengexplore rumah orang lain sampai pecah gelas ke hape kan. Huhu.. Tapi tula, kang ada gak manusia yang macam tak faham bahasa, nak cakap i is mak yang tak ajar anak adab-bersalam. Lahai, ayra tu 2tahun setengah kot, budak sangat lagi, badan dia je besar.. tapi akal kecik lagi. Lek rr? Why so seriussss... #makemo


Sejak-sejak raya ni, ayra punya tahap manja tu memang tak boleh bla. Masa kat kampung pun pakcik2 makcik2 i cakap, ayra manja sangat dengan i. Nak berdukungggg je, kadang tu pergi dapur amek air pun mintak dukung, nak kencing pergi bilik air pun berdukung.. 15kg kot.. bukan 5kg. Arghh stress okay. Pastu kalau tak dilayan, menangis. Aduii! Pandai lak tu mengajuk diri sendiri 'ayra ni kenapa,, sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis'. Eh kau? Ayat tu i selalu cakap, tu yang dia ulang balik bila i malas nak layan dia. haha..


Macam petang tadi nak bagi dia makan. Eh tak tak. I nak makan nasi, budak kecik tu sibuk je menyelit. Suap jela sekali. Lauk sup ayam je pun. Sibuk nak ayam, bagi la ayam. Tiap kali suap, dia bercakap, jatuh ayam tu dari mulut. Suap kali kedua, sibuk nak bercakap gak pastu. Jatuh lagi. Geram pulak rasanya, Suap kali ke-3, terus i cekup mulut dia. Wakakaka! Dia tengok muka i macam nak jadi singa, terus budak kecik tu cakap 'leklu leklu'. HAHAHA! LEKLU eh? adoiuu.. Bab makan masih sama macam dulu, suka je makan. Kalau tak sedap, dia akan terus terang cakap 'tak sedap'. Hikhik. Dia peduli apa kat rumah orang ke apa, kalau dia rasa tak sedap, dia cakap je tak sedap, so tuan rumah sesape, jangan la kecik hati, budak kecik kan tulus ucapan dorang, so kena terima dengan redha ajela :p Sama la jugak kalau dia puji2.. 'cantik la'.. 'comel la'.. tapi bila tanya ibu cantik tak? dia buat derk je........ HAHAHA takpe ra, ibu redha. Tapi kalau pakai baju baru ke apa, dia akan puji la... 'cantik la baju..' 'cantik la tudung'.. camtu. Pastu kadang tu i saje nak try2 pakai tudung ke hape kan. Dia dah tahu dah, mesti dia akan tanya 'nak terai (try) aje? taknak jalan kan'. Kadang saje la nak usik, cakap eh tak la, ibu nak jalan ni.. gelabah terus nak tukar baju. Seronok kan buat anak nangis? Kekekke..


Okayla, panjang dah ni. Nak taip lagi. Tapi rasa macam cukup la dulu. Karang kita taip2 lagi ye. Selamat berhujung minggu. :) Nak maghrib sibuk hadap belog- ayra datang kat sebelah 'dah lagib(maghrib) dah...  Okay2, anak dah kasi hint. Marilah kita bersih2kan diri. Ayra pun belum dimandikan. Wakakaa! Teruk lah kau nurul, apa kau buat seharian kat rumahhhhhhhhhhhhhh! Okay2, Nanti pulak sambung. Bai!



Rambut belah tepi, muka boy sangat kan. Heehehe..


Muka aje boy.. tapi minat masih perempuan.. minat makeup (pantang tengok barang makeup, mesti nak pakai "litik" (lipstik), bedak, eyeliner, sampai deodrant pun nak pakai jugak!), minat doll, minat tedy bear.. minat masak2.. hihi..

Bontot kempis. Tak pakai pampers kan. Kalau pakai baru la mantop. Huahua.


1 comment:

Siti Munirah said...

hai salam perkenalan.

takde letak widget follower ke? kalau ada, leh saya follow blog sis.

.