img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, August 11, 2014

Ahad.

Adik yang form5 tu tak balik rumah, sebab nak spm dah kan, nak trial apa semua. Sekolah tak bagi balik rumah sampai la merdeka nanti. Duduk la kau bertapa kat asrama tu. Hihi. Kejap sangat rasanya, dah nak habis sekolah dah. Pasni ntah mana-mana la pulak sambung study. Akak dia yang sorang je ni yang terbangang-bangang tak habis belajar. Wakakaka! Zzz. Jadinya, semalam saje la nak melawat dia. Hihi. Alah, sekolah dia pun bukan jauh mana, kat rawang tu je ha.
Dalam kereta sibuk nak berspek mata. KAU INGAT STYLO ra? :p hihi.


Asyraf. Dulu kecik putih. Sekarang dah besar hitam gak. Hehehe. Hitam2 dia, hitam lagi ayra, macam mana tu? Muahaha!! takpe lah ayra, nanti dah besar minum colagen ke hape vitamin c ke banyak2.. :p ayra tu nak peace la tu, tapi silap skil jadi 1malaysia pulak.


Ni adik yang bongsu, Shafiq. Lagi putih. Pergi mana2 mesti orang cakap hensem. ERRK?? GELI NYAAA! hahaha. Tapi dah besar takdela seputih masa kecik2. Mak cakap masa pregnant dia  suka makan epal. Ada kena mengena ke? Tahun ni UPSR, ntah macam mana la nanti.  Err nama kitorang 3beradik memang suka-hatila-makayah-nak-letak. Takde sama2 ke hape.

Lepas pergi sekolah adik yang form5 tu. Kitorang singgah mydin jap. Mak i nak beli barang kering sikit. Nextweek insyaAllah nak buat open house. Rumah mak. Rumah i? DALAM MIMPI. TAH TAHUN BILA PUN TAKTAHU LA..Zzzz. Pastu singgah selayang mall jap, sementara mak i nak beli barang, i lari masuk chatime kat tepi tu kan. kan ada cermin besar2. Kat rumah takde cermin besar boleh tengok kaki-kepala. Ni bila tengok kat cermin tu.. omgg!! gila gemuk kot i. hahaha. memula tu tertengok diri sendiri, pastu tak puas hati, tengok betul2 lak. seriusss memang berisi. tapi i syak pekerja kedai tu lap cermin salah kot, tu yang buat effek nampak berisi. Lalalala~ Masih mahu hidup dalam fantasi kekurusan. Hee. Kena lempang 44x baru sedar kot.


Dah setel apa semua. Adik yang kecik tu sibuk nak beraya rumah awek dia lak. Ye baru darjah 6, dah ada awek. APAKAHHH? Aku dulu darjah 6, bra pun tak pakai lagi. Bebudak sekarang ni over tau. Tapi kita angap kawan-kawan jela. Kasi makbapak kenal apa semua. Nasib budak perempuan tu jenis stok ayu2 lembut2.. takde gedik2 ke hape. Dorang satu sekolah, kelas sama apa semua... tapi mak perempuan tu okay la.. apa segala wechat wasap facebook anak dia, dia pantau, kira apa adik i dengan perempuan tu borak, masih under kontrol la. Tapi still, darjah 6kot? Monyet pun nangis tengok bercinta2 ni. KAHKAHKAH.. takpela, nanti bila dah besar ada la kenangan cinta monyet, jangan jadi macam kakak kau yang sorang ni dahla, bercinta monyet 4tahun.. bila putus meroyan terus taknak study. Hahaha! Bebal sangat perangai time tu. 


.