img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, September 19, 2014

Manusia.

Ayra.

Budak yang orang selalu anggap dah 4-5tahun. Tapi tahu tak, skirt yang dia pakai tu size 6-12months kot. Magikkan ayra? Pakai baju size 3-4tahun boleh, pakai baju babybaby pun boleh. Hahaha. Aku pun tak faham. Dia tak debab, mungkin tinggi jela? ke hape? tah.


rambut masih begitu... bertabah.

catwalk. besar jadi model. jadi artis. cepat kaya. pastu kawen dengan dato paduka. jadi la datin ayra.. rambut mesti warna putih.. eh. hahaha. mak kauu ni.. teruk. takde cita cita membina.

Ayra. Budak yang selalu kena hangin kus-kus ibu. Hahaha! Tapi kalau tidur tetap nak peluk tangan, tetap nak ibu garu, ibu tepuk.

Budak yang taktahu apa-apa.
Bestkan jadi budak?
Takde masalah.
Kita yang besar ni, rambut je sama hitam, hati lain2.. kalau dah hati hitam tu, tak reti nak bersih2kan ke hape? sigh* Tapi kalau dah semua sama, macam tak fun lah pulak dunia ni. Hahaha.

Hmm. Susah kan?
Bab kepercayaan.
Kejujuran.
Kesetiaan. Ceh! Serius pulak bunyinya. Haha. Tapi ini memang serius pun.

Takpela.
Nasi dah jadi bubur.
Cuma, kalau boleh...... dah tahu buat salah tu, cuba-cuba la menjaga perasaan sikit pastu? Tak susah pun nak manis-manis mulut ke hape. Stress pulak memikirkan nya. Bila stress mestila makan kan? Bila makan macam orang gila, mestilah 70kg kan? Hahahahaha!!!

Ni rasanya nak pms ni. Tu yang macam berangin je ni. Dengan perut sakit apa semua. Dari kelmarin lagi. Tapi takde pulak keluar-keluarnya. Hahaha. Macam dah lewat sehari. Alah sehari je pun. Takde benda nak risau. Kalau pregnant pun aku okay je. Cuma, tak mungkin la. Ayra kecik lagi (ceh, padahal budak sebaya ayra ada yang ada 2adik dah pun).. haha. Senang cite, tak ready. Buat anak memang sedap, nak jaga anak........... tak sesedap yang disangka, salah corak.. habis semuanya. Kan? Aku tahu aku tak mampu, Allah tahu aku tak mampu, tapi kalau Allah nak bagi gak, ha yang tu lain cite. Sebab kitorang dah usaha mengelak, tapi benda kalau Allah nak bagi, dia bagi gak la kan... Hahaha. Terus cite pasal perancangan keluarga pulak. :p Eh, aku bukan taknak anak, gila ke cuma nak sorang ni je? aku nak anak lima okay.. cuma lek rr.. banyak masa lagi.. kita besarkan sorang-sorang dulu. huahua.. yang lelain tu coming soon.


Okayla, nak tidurkan ayra. tunggu dia habis makan calciyum ke hape tah ni. comot! happy weekend semua orang.. aku punya wekeend takde aktiviti pun rasanya.. cuma esok mungkin nak melawat cousin baru lahir. kiranya pakcik ayra baru lahir.. haha.. gila awkward moment bila besar nanti kan? bai.








.