img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, September 17, 2014

Rumusan.

Dah rabu dah hari ni.
Esok khamis. Jumaat. Cuti.
Hari sabtu tu ada exam spa. Hahaha macam mana la rupanya, dengar2 cite exam online ni hazab sikit kan? Nak jugak la menyemak.


Cuti lama takde aktiviti menarik pun.
Duit takde, nak bercuti ke hape memang tak la. Macam mana nak cepat kaya eh? jual dadah?  wahahaha. Bestkan tengok orang kaya? Orang kaya makin kaya, kita yang susah ni, makin susah, rokok pun naik harga lagi. Tapi kena bersyukur jugak la, susah2 kita, ada lagi yang susah sebenarnya. Betul tak?


Hari sabtu, tengok cite Lagenda Budak Setan 3.
Midnite movie. Bawak ayra sekali. Memula nak tengok malam jumaat tu. Tapi papa dia kalau dah jumpa kawan mana reti balik rumah awal. So tunda ke hari sabtu. Tu pun kitorang masuk lewat. Ayra dalam 30minit pertama tu dia tak tidur. Ada la tetiba dia tanya 'mana shafiq?' (adik aku).. pastu tak sempat jawab dia dah uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Hahaha. Nasib baik sempat tutup mulut dia. Pastu jawab shafiq ada kat luar, dia beli keropok jap. Tah hape-hape tetiba nak carik pulak. Pastu tak lama pastu dia selamat dah. Sampai rumah pukul 3pagi kot pastu.


Hari ahad lak. Dah kena bangun pepagi. Nak ikut rombongan menghantar pengantin. Cousin kawen. Mengantuk gilaaa yelah dapat tidur berapa jam je pun kan? Janji pukul 10am jumpa kat ayer keroh.
Kitorang pukul 9.30 baru keluar rumah. Pastu hujan lak tu, jem. Last-last jumpa kat tol jasin jela..
Dalam 11lebey baru sampai jasin. Rumah pengantin lelaki tu kat merlimau.


repeat pakai baju raya jela, dah takde baju baru kan?

Amek turn nak merenjis-renjis pengantin. haha tak reti lah. gambar pengantin takpayah letak.. sbb pengantin sombong. wahahaha!! mampus aku kena hentam.


setel renjis, lepak kat luar rumah tunggu yang lain setel. panas kat dalam, ramai orang kan.


ayra mengendap pengantin bersanding. hahaha.. janji happy. biarkan.

Dah settle makan apa semua. Singgah surau jap solat zohor. Bincang nak kemana apa semua. Kitorang 3kereta pergi melaka jela. Senang kan? Pakngah nak pergi muar. Kalau ke muar tu macam keselatan lagi, ni kalau melaka macam dah odw nak balik dah kan. Malas nak pusing-pusing.


Melaka ahad tu azab kot? Jalan jem. Nak masuk town pun bersusun kereta. Memang tak la. Kitorang patah balik pergi pantai jela. Kat pantai pun ramai orang. Tapi okayla..



ayra dah taktakut pasir laut ke hape, siap ajak nak mandi lagi. hahaha.. mana boleh mandi kot. kena carik pantai yang boleh mandi la pasni, ye papa?

macam tak kena kan, pakai sport shoes dengan dress? belasah jela.........

seronok ayra main pasir dengan "makcikpakcik" dia. hahaaa.. kecik2 dah jadi makcik.



Sampai rumah pukul 9pm macam tu. Nak balik kl pun jalan jem kat seremban. Tapi apa-apa pun, kira okay la..... janji dapat keluar kann? ni terperuk dalam rumah je, apa pun tak boleh. jem ke hape, peduli lak? bukan aku drive pun. hahaha. anak lak dok dengan mak aku kat belakang, lagi la rilek je..


Hari isnin. Wan cuti. Penat. Petang tu konon nak bawak ayra pergi playground. Tapi tak jadi. Hahhaha. So kiranya isnin kat rumah jela. Kenapa cuti kalau duduk rumah je???? Hahaha geram ni.


Semalam. Hari malaysia. Pergi rumah paklang kat selayang ni jugak. Melawat orang belum bersalin.  Hari ni baru bersalin, kena paksa. Sebab ada ada gdm kan. Kalau tak boleh gak, czer lah. Patut duedate bulan 10nanti. Huhu. Harap-harap okay jela dua-dua nanti. Taktahu cerita lagi dah bersalin or belum...


Dah tu je rumusan seminggu tak berupdate. Haha. Kan dah cakap belog ni kena update jugak wlaau apa jua cara demi menambah sen sen kat nuffnag tu. Nak beli sandal kan? hahahaha! Tapi papa cakap nextweek kita beli sandal baru. Tu janji kan tu? I is ingat okay. Okayla, lapar ni. Nak carik benda untuk di makan (gemuk macam ni la..) Ayra pun doblas setengah tadi dah tidur dah.. sampai sekarang 2lebey belum bangun. Sejuksejuk kan, sedap la tidur.. tidur makan tidur makan.. gemuk happy! yay..


dah sama size dengan wan dah sekali tengok kan? hahaha! baju size s kalau tshirt muat lagi. kalau blouse2 camni.. M ada ngam2 ada yang ketat. Hahahaha nak kena L baru selesa. APAKAHHHH?? 59kg kot sekarang ni, sama berat masa mengandung 9bulan!!


Suka komplen gemuk-gemuk-gemuk.
Tapi makan tetap macam naga. Macam mana tu?
Nak kena rejam ke hape baru sedar diri. Hahaha..
Nak diet tak makan nasi? Pitam kot aku tak makan nasi :p
Tapi rasanya kalau aku makan macam perempuan normal, mungkin boleh kurus balik.
Tak perlu nak seksa diri pun. Cuma perlu makan macam orang lain. Takyah nak asyik mengunyah jela....... mengunyah benda berat-berat lak tu. Zzzz.


.