img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, October 31, 2014

Anak no-2.

Anak no-2.
Gitu tajuknya.
Patut nak simpan cerita ni sampai habis 1st trimester.
Tapi i is canot. Nak gak mempoyo disini.

Kan hari tu period dah lewat seminggu.
So kita pergi la guardian beli upt tu.
Takde nak tunggu kencing pagi2 ke hape, tak.
Kalau ikutkan, lepas beli tu terus nak g toilet kencing kat dalam mall tu. Tapi leceh pulak.
Okay sabar, kita balik rumah dulu baru cek.
Terus keluar dua line.
Jelas lak tu, bukan samar-samar, malu2 ke hape.


Terus wasap Wan.
Cakap la aku cuak apa semua.
Ye, aku cuak. Sebab aku kan belum sedia.
Ntah bila aku nak bersedia pun taktahu.
6tahun akan datang pun belum tentu sedia.
Sekali ni dah ada? Nak taknak, kena la bersedia. Huaaaa.. macam mana?
Macam yang aku pernah cakap la.. kalau Allah nak bagi tu, dia bagi jugak.. walaupun kita dah mencegah sehabis baik. KAHKAHKAH.. Ni kiranya Allah nak bagi la kan? Kita terima jela...


Esoknya, baru kitorang pergi klinik. Wan tanya nak pergi kat tempat ayra dulu ke.
Macam jauh pulak nak ke shah alam. Dahla hari sabtu tu kan awal muharanm, konfirm orang bersepah. Google2.. So kita pergi gombak medical center jela. 1st time ke situ. Tak pernah tahu pun kewujudan tempat tu. Lagipun nak doktor perempuan, selesa sikit.


Bila dah sampai sana cek2 apa semua.
Kira-kira dah 5minggu la time tu. Sekarang ni dah 6minggu. Awal lagi kan?
Kikikiki. Mengandung kan 40w. 40-6.. ada lagi 34minggu nak dilalui. Doktor suruh datang lagi 2minggu, kiranya nextweek la next app tu. Aku pun blur, nak terus checkup kat situ or kemana..
Kalau kat situ dekat pun dekat, tapi tempat nya pula kecik je.. hahaha banyak songeh. Zzz. Tapi bila google2 pengalaman orang situ, semuanya macam nice2 je.. so kita tengokla nanti macam mana. Panjang lagi perjalanan...


Setakat hari ni, takde muntah2 lagi. Bila tanya Wan kenapa takde muntah2 eh.. dia cakap awal lagi, selalu kan bila dah masuk 3bulan camtu. eh iyeke?? lupa pulak. Hahaha. Cuma nya sekarang ni, asyik penat........ penat & mengantuk. Kau bagi aku tidur 24jam pun boleh. Orang post gambar jeruk asam boi pun, sikit pun aku tak terliur. Hahaha..


Tapi hari2 ada je benda terigin nak makan. Tapi tu bukan mengidam.Mengidam kan jenis macam sekali2 je kan. Ni dah hari2 ada je benda kau nak makan, ngidam kejadahnya. Macam hari tu teringin nak makan dominos. Terliur2 dah ni. So kita delivery jela... tapi bila dah makan, rasa macam kecewanya.. kenapa tak sedap macam dibayangkan.. hahaha. Pastu nak nugget ramly lah. Nak coklat lah.. Nak mcflurry lah.. bla bla. Ntah2 tak pregnant pun? Poyo je semua ini. Huahua.. *masihdalamkeadaantakpercaya*


Untuk kali ni.. jujur cakap tak kisah pun lelaki ke perempuan ke. Kalau dulu masa ayra teringin nak babyboy. Bila tiap kali scan jelas nyata girl, muka kecewa je. Hahaha bongok nya aku ni. Pastu bila ayra dah lahir, konon anak no-2 nak boy lah pulak. Tapi sekarang ni.. kalau girl pun okay, boy pun okay. Kalau girl, ayra ada la adik yang boleh dijadikan bff. Jarak umur tak jauh sangat kan? Kalau boy pun okay je.. sepasang dah anak aku.


Bila tak plan ni............ Anak pun lahir ikut la tarikh kejadian kan.
Jadinya, part paling syahdu.. aku maybe bersalin time puasa.. hujung2 jun camtu la. Tahun depan kita raya pertengahan julai kan? Berpantang lah kitaaa di hari raya. Anti klimaks sungguh. Hahaha. Takpela. Yang penting, doa2 yang baik2 jela.. Lagipun baru sebulan lebey kan sekarang ni? Takyah nak cite jauh2 sangat.


Berat sekarang dah 59.4kg. Perut memang dah sedia buncit. Huahua

Ibu mengandung terigin........... jangan nak dikecam. Ayra nak jadi kakak dah.. hahahahah.. adess kelakar.















7 comments:

Diana Rashid said...

Tak pe la..rezeki..Ayra pun dah besar dah tu.dah patut ada kawan..heheh..saya dulu pun anak kedua tak suka asam2.tak suka keluar rumah dan tak suka melaram...heheh

Baiduri said...

as ♥ Leenda said...

wahhh..patut la macam terpanggil2 nak masuk blog mak ayra ni..lama tak singgah sini..rupe2 nya pregnant lagi sekali..tahniah tau..excited ni..jaga diri baik2..

nak rempit baca entry lama2 bak diary ni..hehhee..

Anonymous said...

tahniahhhhh..
Rezeki, alhamdulillah.

Mimy Hamid said...

mak ayra dah mengandung...doakan akak jugaaaaaaa...nak saing dlm LR..byeeee

Fifi Nadhrah said...

sekejap je.. pejam celik.. pejam celik 40w..

Anonymous said...

[url=http://buydiflucan-online.org/]Diflucan[/url] Canadian Pharmacy Online Drugstore http://40mg-lasix-buy.com/

.