img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, October 21, 2014

Luahan perasaan.

Period dah lewat 4hari.
Patut hari jumaat hari tu, ni dah selasa.
Pastu aku bangun je makan, bangun je makan. Nak mengunyah je.
Pastu asyik ngantuk jeee.. ngantuk & penat sangat.
Pastu asyik nak terkencing jeeee..
Pastu breast macam berdenyut2..
KAHKAHKAHKAH
Cuak pulak kita ni.
Dahla esok nak ber-BBQ mandi2 apa semua dengan pakcik2makcik2 aku.
Kalau period tetiba datang hari esok. Alahai potong stim pulak kan? Tapi kau nak potong stim sekejap sebab takleh nak mandi2 huha-huha or nak............... 9bulan pastu ada baby? Adess kelakar sangat ni. Takpe, kita tunggu & lihat jela.
Kadang nak period pun sama je simptom2 cam tu kan. So buat ilexxx jela.
Tapi sebenarnya, aku macam konpiden period lewat sikit kot kali ni, sebab aku asyik stress, so mengangu hormon mungkin? ( aku jenis period tak pernah lewat, setakat sehari tu pernah la).. 
Okayla tu je nak mengadu.

Ohye, ni gila teringin nak makan roti telur & teh tarik. Tapi hasben kita takde kat rumah. Nak keluar hujan pulak, dari petang tadi. Sedihhhhhh gila perasaan ni. Petang tadi cakap kat ayra, ayra nanti lepas bangun tidur, kita pergi kedai tau beli roti canai.. ayra : okay.

Bila bangun tidur..
-ayra camne nak beli roti canai ni, hujan je
jap iya tengok jap (pergi kat tingkap).. aah la hujan, nanti kita pergila
-nanti tu bilaa? hujan ni taknak berhenti pun.
nantila kita tunggu papa balik naik moto tu
-nak naik moto apanya, hujan kan
kita naik kereta la, nanti papa work, papa balik
-malas la ibu nak cakap dengan ayra
iya cakap nanti papa beliken, sabar (jerit perkataan sabar)


HAHAHAHA 
Eh budak kecik ni? Suruh aku sabar lak. Puii.
Pastu tadi masa maghrib ternangis pulak. Sebab hujan taknak stop kot? Emosi gila kan. KAHKAHKAH
Tetiba ayra datang,

-ibu, ibu nape?
ayra la ni buat..
-iya buat apa?
ayra taknak belikan ibu roti canai
-iya kecik lagi, nanti iya besar iya pandai la beli, kita beli banyak-banyak kali
iyela tu, nak beli roti canai pun tunggu ayra dah besar, matila ibu..
-kalau mati, nanti tanah kubur.. kikiki (buat bunyik kikiki tu sambil tangan peluk tubuh, loncat-loncat konon pocong la)
hahahaha! yelaaaa.. apa-apa jela ayra..
-nanti iya beliKEN canai tau (dia sebut kan=ken)
taknakla, ibu dah merajuk
-ibu lajuk (merajuk) nanti, iya taknak kawan dah sekali, iya pergi giant aje.


Dah sudah tetiba taknak kawan? pastu nak gi giant? dah kenapaaaaa?? HAHAHAHAHA.
Minah kecik ni kelakar betul la. Bercakap dahla potpet2, kadang tu sampai ayra, boleh tak stop bercakap kejap?? huahua.

Ni yang dia suka pergi giant tu, ada playground.

& kalau kat kaunter masa nak bayar kat giant tu, konfirm mengitai benda alah ni, betul2 sugar rush anak aku :( manis gila kot benda ni. anak siapa yang kemaruk kinder joy ni?? sep sikit. huhuhu. tapi ni papa dia la beli hari tu, buy1free1, beli 4 dapat 8. tapi takdela aku bagi 8-8 sekali gus. masih waras lagi.




Happy Deepavali.
Kepada yang menyambut.






.