img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, October 20, 2014

Wangsa Walk, Mid.

Hari sabtu kitorang pergi babyfair kat mid tu. Sempat jugak kan menyibuk?
Padahal takde benda pun nak beli. Sebab tengok kat senarai apa semua tu, Wyeth takde join. Tapi kotla ada terselit, kita taktahu. Hari sabtu tu Wan ada kerja. So kita pun paham la.. Takdapat kot nak pergi ni. & aku pun penat tak hilang lagi, sebab jumaat tu kitorang pergi kuala pilah.


Bila dah sabtu tu, petang camtu ke Wangsa Walk la kita. Wan ada jumpa kawan dia kat situ, nak settle kerja. Sementara tu, aku dengan ayra jalan-jalan la dalam tu. Terjumpa pulak norman hakim. Kecik je kot norman hakim? Takdela kecik pendek ke hape, cuma aku ingatkan norman tu jenis besar2.. tinggi pun takdela tinggi sangat. Laki aku lagi tinggi rasanya. Pastu memula sampai wangsa walk tu, cuak je.. tetiba ada bunyik siren, pastu benda yang besi penghadang tu semua tutup. Tengok tingkat atas, ramai yang berlari-lari. Omg.. takut pulak kita.. tengok ramai yang keluar, aku pun join jela keluar. Sekali tetiba ayra boleh tanya 'ada orang rompak ke tu?' Eh??? Mana dia tahu? Huahua. Maybe terdengar orang lain cakap la kot..


Part paling bongok, aku punyala tunggu Wan dah settle ke apa semua. Pegang handset tak lepas.. tapi rupanya handset takde line ke hape taktahu la. Yang Wan pun satu, sebelum tu dia ada call aku, tapi takdapat. Takde pulak nak cakap awal-awal. Ha merasa la tawaf wangsa walk tu mencari kitorang berdua. Pastu nak bising-bising tak alert tengok henpon ke hape. Eh dia ni? Time call tu kan tak dapat kan? Tak alert kejadahnya. Cuba tengok, ada tak miscall ke hape?? Takde kot. Zzz. Nasib la wangsa walk tu kecik je.


Pungpangpungpang
Sampai mid pukul 8lebey camtu.
Masalahnya, siapa yang nak pergi sangat sebenarnya ni? Dia lak beria nak kejar 9.30 apa semua takut tutup. Padahal aku takdela beria pun. Ada masa, kita pergi, takde masa, kita ilex. Kan? Ahad masih ada. Parking kat garden. Kena menapak turun naik lif jauh sikit la. Kalau parking kat mid konfirm sesak punya, 7x tawaf belum tentu ada parking kan. Ni kat garden, takyah pusing2. Alhamdulilah, banyak je kosong.



belum apa-apa, mesti amek belon dulu. hihihi

Sampai-sampai, kita register jela dulu. Nak benda free kan? Lagipun macam aku cakap la, takde benda pun nak beli. Kalau ada susu kita beli. Drypers ada, tapi harga sepek rm33. Takdela murah pun kan. Lagipun ayra kan dah lama dah free-diapers sejak umur 1tahun10bulan (except time jalan-jalan-sebab ibu malas nak bawak g toilet-and time tidur-takut dia terkucil kuasa pulak nak menjemur tilam yang tebal, nak angkat pun tak larat). Jadi, takperlu nak memborong lampin pakai buang.


Sebab dah malam kot, nak register pun kejap je. Dapat apa tah, pad, mainan baby, susu enfagrow 3x, cerelac, mee sedap, & pamplet2. Register 2, dapat dua. Dengan takde misinya, kita jalan-jalan je masuk tengok apa yang ada.


Puting tomee tippe rm19. Murah ni. sebab harga biasa kat luar rm26.90. Beli 4 kotak.

Botol tomme tippe 9oz twin pack - rm45 x 2. Beli dua kotak, untuk anak buah. Yang ni taktahu murah ke tak. Lupa dah dulu beli yang pink tu berapa. Tapi rasanya masa kat pwtc dulu lagi murah.

Thermos 1.5L & tumbler angry bird - taktahu la murah ke tak. Tapi sebab thermos, & tumbler yang sedia ada pun macam nazak je.. beli jela. Thermos yang 1.5L tu, rm139. Okay kan? dapat beg lagi. Memula amek yang 750ml, harga rm129. Pastu ternampak yang 1.5L, tambah rm10 je kot. Rugi la.. So kita tukar. Yang angry bird tu berapa ml tah, kecik je.. harga pun rm57.50. Ngam la kalau nak keluar buat susu anak 1-2x.. ayra pun sejak2 dah besar ni, time jalan2 dia jarang menyusu, malu berbotol katanya.. nanti orang nampak. Pui la ko ra..

Pastu nampak ada jual scooter kat booth toycity. Rm40. Murah kan? Sebab aku rasa scooter selalu rm60-rm70 camtu. Nak ke chowkit macam tah bila pulak. So beli jela. Tapi tak amek yang rm40, amek yang rm55. Bila balik rumah, dah pasang apa semua, rasa macam rugi lak. Sebab plastik dia cam tak berkualiti. Takpela, untuk budak 15kg, boleh lagi tu.. Ayra pun happy. Suka letteww --- kalau aku sengih2, dia suka je cakap suka letew.. muahaha. Tiru ayat cite kat tv tu... Ekeley budak ni..


Apa lagi eh kitorang beli?
Jenuh lak mengingat.
Johnson pun ada join. Murah gak la. Baby oil murah 80sen. Hahaha..
Pastu ada jual cologne yang kecik2 tu rm1 je. Rembat jela. 


Dah balik rumah bila nak basuh botol ayra, baru teringat. Tak singgah pun kat booth pureen. Beli bottle cleanser.Yelah dah sampai pun 8lebey, nak pusing jalan2 tengok2 memang tak dapatla. Penat satu hal, pastu macam blur.. iyela pergi takde matlamat kan? Satu jela tak best, kenapa susu ayra takdeeeeee... hahaha.. friso, enfagrow adala.. Agak2 babyfair yang kat idcc tu, ada tak wyeth join? Hm...


Okayla. Dah la. Panjang sangat dah membebel.Nak lipat kain lak. Bai.

















































.