img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, October 2, 2014

Palm Mall.

Malam tadi Wan melepak dengan kawan dia.
Aku kalau dia nak lepak takdehal pun. Yang aku tak suka, balik lewat tu.  Tekanan tahu tak? Memang berjela la khutbah wasap dari aku kan. Luahan perasaan sorang-sorang. Hahaha. Dahla malam tadi sakit kepala. Air tak keluar, gitu la kot. KAHKAHKAH bongok sangat ni. Pening kepala maybe sebab aku tak makan kot. Diet la konon tak makan malam. Pui laaa kau nurul.


Balik-balik bawak charkueyteow 5bungkus. Banyak gila.
Bukan nak amek hati ke apa.
Yang ni, dia ada member, member dia tu kawan dengan tokey mali's corner tu. Tu yang amek jela kot.
Tapi charkueyteow makan panas2 la baru syok.
Ni kau beli bila, makan bila.. memang dah macam apa jela rasa.
So pagi2 tadi. Subuh2 tu melantak char kuey teow. Pastu tidur. Bagusss.
Haha. Orang gemuk mana kisah makan bebila pun, takdehal. *matakeatas*.
Pastu ni tadi Ucu aku datang, ha rezeki la.. kasi la dia makan. Sayang kot biar, kang tak pepasal ke tongsampah. Dahtu, aku makan lagi sebungkus jugak... banyak lak dia bagi udang, 9ekor camtu..
So hari ni, belum makan nasi lagi mak incik ni.
Mana boleh tak makan, kang pengsan.
Tapi  tengah hari tadi Wan balik rumah jap, bawak big apple 6ketul. So makan la kita benda2 mengemukkan itu. Tu yang perut belum lapar nasi lagi. Tapi, aku tahu la.. kalau aku ni tak makan nasi satu hari, boleh gigil2. Hahaha. Kena jugak makan nasi jap lagi.


Alamak, panjang lak mukadimah.
Nak cerita kita pergi palm mall sebenarnya..
Sampai ke seremban ha.......
Aku suka la palm mall ni.
Nampak macam bodo-bodo je.
Tapi okayla.. ada macam2 gak dalam tu.
Pastu tak ramai orang. Tenang je.
Ke sebab aku pergi hari isnin?
Hahahaahaha..


Ada benda jadi masa kat palm mall ni.
Orang cakap palm mall ni misteri sikit, sebab projek nak buat dulu macam lama je terbengkalai. Siap ada cakap kat toilet tak pasang cermin bla bla.
Ni aku pergi okay je..
Tapi ada gak la kisah dalam toilet tu..
Ayra nak berak.
Okayla, kita pergi toilet.
Bukak seluar apa semua suruh dia berak kan.
Sekali.. henbeg tak berzip, habis purse jatuh tergolek dalam lubang jamban. Jamban duduk. Bongok tau. Nasib baik toilet dia bersih. Tempat baru kan?
And nasib baik purse tu cuma masuk separuh je. Boleh la kita ambik.Macam jijik kan? Tapi tula, nasib baik toilet dia bersih.. kalau toilet dia macam toilet awam yang lain2 tu.. menangis gak la nak menyeluk purse tu.  Hahaha. Dah malas nak ingat. Zzz.


Kesudahnya, ayra taknak berak pun.
Saje je buat mak dia ni kelam kabut.
Ayra memang pakai pampers pun kalau time jalan2.
Tapi dia ni kalau nak berak, memang taknak dalam pampers. Kalau kencing tu boleh lagi..
Tu yang kita jadi kelam kabut, habis semua..


Ha cite pasal pampers, last week giant ada promosi. drypers rm29.99 je. murah gila dah tu. sehari sebelum tu kitorang macam biasa la pergi kedai ubat cina nak beli susu/pampers. tengok drypers rm33.90, ingat nak beli kat nsk jela.. sekali bila kat giant dah murah, beli jela kat giant. ha, sekali la promosi susu, s26gold yang 1.8kg tu.. rm98 free bantal. benda free memang seronok.. hahaha. kitorang memang macam ni, mana yang murah itu la kita tuju.



Ayra pakai sandal ni kaki depan terkeluar je. tapi dah beli pakai jela. dia pun suka. kang tak muat sia-sia je, baik pakai. kenapa warna purple? sbb warna pink mahal. HAHAHAHA! yang purple ni rm80lebey je, yang pink sebab latest, rm90 camtu.. tapi masa tu warna pink memang takde size ayra.. ayra pakai size 9uk. tapi rasanya kalau beli sekarang, dah murah dah kot sandal ni? tak faham aku, harga berbeza mengikut warna.. tapi kalau pasar malam punya, rm10pun boleh dapat.

nampak tak? dia pau menan. nasib baik menan rm5 je. haha. dia nak amek dua, tapi ibu dia psiko balik.. 



gemuk1

gemuk2. hahaha~ benci!!


Usha-usha dulu..

Dapat gak dia duduk atas jari ni... muka takyah nak bangga la?

Kitorang ni ikut papa work.
Tu yang sampai ke sini.
Kalau tak, kat rumah ajela..


Ohye, tadi masa Ucu aku datang, dia cakap la yang kezen aku yang kawen bulan lepas dah mengandung, 2w++. Pastu tanya aku 'nurul bila lagi?' HAHAHAHA.. aku jawab jela, ni ada dah ni ayra ni.. nak bila apa lagi?.. haha. Tak perlu la nak explen kat semua orang. Nanti-nanti ada la. Anak sorang pun aku dah kucar-kacir. Bukan taknak. Tapi dah selesa macam ni. Hahaha. Tunggu ajela nanti. Takde apa nak dikejar. Wan nak masuk 28, aku dah 24.. banyak lagi masa kan? cerita macam konfiden esok hidup. ahaha.. kbai.












.