img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, December 3, 2014

Update.

Aku baru nak masuk 12w.
Awal lagi kan.
Tapi seriusly aku macam tak sabar gila nak tahu jantina baby ni.
Tapi kena sabar laaa.. sikit hari lagi.. paling2 4bulan dah boleh nampak kan?
Sekarang ni nampak sikenit tendang2 jela.. jantina taktahu lagi.


Masa Ayra kecik2 dulu, bila orang-orang tua tengok Ayra.. ramai yang cakap.. 'ha.. nanti ni kalau beradik, mesti perempuan lagi ni..'.. Orang tua-tua kan banyak pengalaman.. Aku pun iyekan aje la.. kang menjawab derhaka pulak. :p Hihi. Pastu mak aku pun cakap.. 'ni tetek terbelah ni.. perempuan jugak la nanti adik dia'.. Huahua. Aku redha jela.. So, aku pun macam dah set dalam kepala otak.. kalau ada anak nanti.. adik is perempuan.


Bila dah mengandung ni.. memang aku sejujurnya cakap.. aku tak kisah boy ke girl ke. Asalkan sihat.  kalau dah sepasang, rasa macam waaa dah lengkap.. ada semua. Kan? Takdela orang sibuk2 tanya.. bila nak tambah lelaki.. dah dua girl.. bla bla.. manusia kan suka sibuk2.. huahuahua.. Tak la bermakna takde anak lelaki tak lengkap or apa.. ala, camne eh nak terangkan.. susah pulak nak menjelaskan. Zzz.


Bila dah tahu jantina, boleh la start shoping barang baby! Kan? Ni taktahu.. nak shoping pun macam blur blur.. Ni dah hujung tahun, memang kalau ada duit boleh dah beli barang sikit-sikit, time murah kan? Nak tunggu tahun depan, takde dah sales kaw-kaw macam YES.. kan? Kalau gedik nak pakai baju mahal, tapi tak mampu. biar papa asal bergaya. kena tunggu YES la.. hahaha... kalau tak, takpayah pun. Tapi biarlah beli mahal sikit, boleh tahan lama.. takdela kain berbulu apa semua. Betul tak?


Tapi barang2 nak beli, tak sebanyak masa ayra lah rasanya. Sebab ada benda yang ayra punya still elok, kita boleh guna balik kan? Changing mat, tilam, comforter apa semua.. still elok. Pastu toiletries pun boleh share je guna ayra punya. KAHKAHKAH. Macam baju2 tu lak.. takdela nak beli baruuuuuuuuu je semua. Tapi takdela sampai langsung tak beli pulak. Sian adik nanti.. hihihi.


Sebenarnya kan... aku still macam takrasa aku pregnant pun.. aku rasa ni semua khayalan je. Hahaha..
Nanti sedar-sedar, tak pregnant pun. Poyo je semua ni. Dahla berat turun 2kg.. nak kata mabuk teruk, takde pun... kenapa tah berat turun... Makan macam biasa je.. cuma kurang la. Sebab kalau terlebih makan nasi, nanti jadi mual2.. lalu teruwek uwek... Ohye, aku rasa perut aku macam dah buncit. Padahal baru nak masuk 3bulan kan? Dulu 5-6bulan pun still tak nampak perut... dah 9bulan pun kalau pakai baju besar2, tak nampak pun macam mengandung.. kecuali part jalan macam penguin lah.. hihhi.. Ni maybe sebab perut asal pun memang dah sedia buncit.. tu yang belum apa-apa pun dah besar.. hahahahaha.... takpe, tunggu pas bersalin.. kita turun ke 48kg kembali.. dalam mimpi.



Kakak dan style peace bajet kiut

Ohye, bila tanya ayra, nak adik tak?
-taknak.
ayra nak jadi kakak tau
-taknak iya taknak jadi kakak, iya taknak baby, iya taknak adik
ni dalam perut ni ada baby tau..
-buang aje baby ni.. iya nak jadi iya aje..


Iya- Ayra. Dia bahasakan diri dia iya.
Tapi bila main2 dengan budak yang muda dari dia, boleh pulak dia bahasakan diri dia kakak. Tu boleh je jadi kakak.. Zzz..



Ha lagi satu, pernah tak tengok video perempuan kelate yang cakap alee utoo tu? Aku tak pernah kot tunjuk kat ayra.. cakap perkataan alee utoo pun tak pernahh. Walaupun aku suka je tengok kebengongan amran tu.


Ada satu hari tu, lepas gosok gigi malam la.. nak laplap badan tetiba dia cakap "kaler uter"
Aku tak perasan. Wan yang perasan. Pastu bila tanya balik.. ayra cakap apa tadi??
Dia boleh jawab camni
assalamualaikum.. wat gapo tu.. takde lagi.. (patutnya taktidur lagi).. dah male ni.. nak teman.. kaler uter.. DAH SUDAHHHH!!!!! Benda camni cepat je menghapallllllllllll. Bila tanya mana ayra tahu ni? siapa ajar?
Dia jawab.. iya tengok kat tepon cekandar (iskandar). Hmm. Patutla, aku ada perasaan hari tu, dia tengok tepon budak tu.. ingatkan tengok video apa ke.. iyela, bebudak baya dia kan.. paling2 pun upin ipin ke kartun ke.. ni tengok video tu? adoiii. Ni bukan benda yang boleh dibanggakan. Huhu. Tapi tulah.. bebudak memang cepat menyerap. Nak salahkan siapa? Salahkan diri sendiri jela tak memantau betul2..  Ke nak salahkan si Amran tu? Dia la punca.. kikiki. Manusia memang suka salahkan orang lain. Zzz.







3 comments:

Diana Rashid said...

iskandar tu siapa??budak jugak ke?/cemana boleh ada video tu dalam tepon dia??ish..bahaya betul budak iskandar nih..hehehe

Fifi Nadhrah said...

hahaha.. ayra cakap kaler uter.. budak2.. kadang2 ape yang die cakap die tak tau pon maksudnye kan..

IeRA said...

SAlam Singgah

Jika sudi follow blog saya ye..tq

http://teratakcassia.blogspot.com/

.