img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, December 5, 2014

Sehari. Vertigo?.

Semalam memang hari yang mengilerkan.
Hari rabu tu aku sihat je, siap boleh bawak ayra keluar jalan-jalan & beli barang sikit untuk aku makan supaya baby sihat (kita usaha).
Balik rumah pun okay lagi.
Malam tu, rasanya dalam pukul 3-4pagi aku ada terbangun. Kepala aku rasa macam pening-pening. Pastu perut rasa macam berombak. Tapi aku abaikan jela. Masa tu fikir, aku lapar kot ni. Tak gigih la nak kedapur cari nasik.


Sekali, pagi khamis.. dalam pukul 8lebey.. masuk2 bilik air.. muntah.
Pelik la. Sebab aku kan takde morning2 sickness ni. Muntah selalunya malam. Ni muntah yang kuning tu.. perit je tekak. Kepala lak pusing-pusing. Dah sudah kenapa ni.........
Nak sambung tidur, dengan harapan bangun nanti kepala dah tak pusing. Pening kot bukak mata tengok semua benda berpusing..


Tapi tak boleh nak tidur sangat. Kejap-kejap aku bangun.. muntah.
Dahla badan tak larat. Rasa nak terbaring je dalam bilik air tu. Nak berdiri memang pening gila-gila..
Memang muntah keluar la apa semua benda.


Dalam pukul 2camtu, aku memang dah giveup. Makan gakla panadol seketul. Boleh-boleh nak elak. Tapi taktahan sangat. Dapat tidur kejap. Bangun still sama... bukak je mata, semua benda berpusing. Taktahan sangat. Penat dah baring!! Nak duduk pun tak mampu...



Petang dalam pukul 6lebey, aku telan lagi panadol sebiji. Pastu tertidur maghrib2 tu. Berselubung dengan selimut. Tak bukak kipas. Sebab aku sejuk gila... Tapi tidur tak lama la.. Dalam pukul 7lebey tu terbangun. Aku bertahan cuba duduk. Tapi tak bolehhh. Kepala pusing lagi..


Ohye, ayra mana? ayra ada aje. aku kat rumah mak aku. so takdela diriku keseorangan. ada orang boleh jagakan ayra. laki aku os kat melaka. aku dah cakap dari bulan lepas lagi, kalau dia ada pergi melaka, aku nak ikut. tapi ni dia pergi, aku tak ikut pun. beria aku nak ikut sebab aku teringin nak makan kuih keria limbongan ke hape tah tu. Tak pernah makan. Tapi teringinnnnnnnnnnn sangat nak rasa. Cuma takdela teringin tahap nangis2 kalau tak dapat.. cuma iyela teringin.. Ni nanti kalau baby keluar berair liur je, sila salahkan sebab tak dapat makan kuih keria. Hahaha...


Okay sambung cerita...
Malam tu pulak, mak aku sibuk nak tolong jiran depan rumah mak aku masak2. Ada buat makan2.
So ayra macam takde sape nak jaga la..
Boleh pulak dia berak-berak malam tadi?
Ya Allah........
3x kot. Dia berak dalam seluar. Berak yang jenis taik secoet tu. Dia tahan2 nak berak Geram nya haku... Memang aku basuh berak dia dengan air mata lah. Bukan ayra yang nangis. Ni aku yang nangis.. Aku tak larat kottt nak berdiri apa semua. Last-last, aku pakaikan dia pampers. Buat susu. Matikan lampu. Kurung dalam bilik suruh tidur. Aku pun baring sebelah dia berselubung apa semua.
Tahu-tahu dia amek henpon, buka youtube lagu arjuna beta. Lantakkan la. Buat jela apa pun. Ibu memang tak larat. Dia tengok upin ipin la apa la. Pepandai la.. Last-last aku tertidur.


9.30 macam tu, aku terbangun. Tengok ayra belum tidur. Tapi aku intai jela.. Dia tutup tepon. Pastu amek bantal peluk, amek tangan aku suruh peluk dia. Last-last dia pun tertidur sendiri. Kalau tak....... sibuk nak garu. Asal nak tidur, gatallllllllllll. Asal nak tidur, gatal....... Gatal mengada-ngada.


Pukul 12lebey kot aku terbangun, alhamdulilah.. kepala dah okay. Hari pun dah okay. Cukupla sehari macam tu. Tak larat gila kot. 












No comments:

.