img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, January 18, 2015

Boling.

Hari ni tidur awal, letih mengalih barang dalam bilik. Kemas la sikit dari yang sebelum ni. Hahaha. Nanti nak carik bekas kat Daiso/Mr Diy untuk letak ada beberapa barang. Kasi seragam sikit. Ni terbangun sebab Ayra terbangun kencing. Dah setel hal Ayra, dah tidur pun dia, tetiba aku lak sakit perut. Sapu dengan minyak herbanika je.. boleh ke eh? Nak sapu minyak angin aku cam takut la.. takut ada effect kat baby. Hahahah.. Kulit tebal kot, macam takde kena mengena.Tapi yang sebenarnya, aku pun taktau mana minyak angin aku letak, yang ada depan mata minyak herbanika NR tu je.. belasah jela..


Alang-alang tak boleh tidur ni, kita hadap la belog kejap. Dah ada kat draft ni. Kasi upload jela...


Ni masa minggu2 terakhir sebelum bukak sekolah.. Adik aku yang kecik tu ajak main boling. Kecik tak kecik la, tahun ni dah form1, masuk asrama pulak. Ntah camne la.. boleh ke tak survive.. hahaha.. dah la manja. Zzz. Dah seminggu pun kat asrama, dia ngaku adala nangis-nangis gak. KAHKAHKAH! Takpe, awal lagi kan, normal la tu..



So, jomla kita berboling-bolingan. Aku pun macam dah lama tak main boling. Ni gigih lagi baru 4bulan, dulu masa ngandung 8bulan pun aku balun main boling gak. Perut dah sama macam bola.. Orang tengok risau je.. Ayra pun gedik gak, sibuk nak baling.. Jadinya aku takdela main sungguh2.. Aku baling sekali, ayra baling sekali.. Ayra kalau bola dia masuk longkang, muka kemain bangga.. Kahkah! Takpela, suka hati ayra... Janji dia happy.


peacee

Masa nak bayar memula tu, budak kat kaunter tu tanya, dua orang student? hahaha! muka aku masih releven la nak jadi student. Iyela, ada je umur 40 still "student", tapi aku takyah nak cakap beria, orang tu dah tanya dulu. Kihkih.. Terasa muda, walaupun gemuk 59.8kg. Eh. takde kena mengena. Berat lagi sikit nak 60kg!!!!!!!! Takpe, takpe.. che ta pun gemuk gak lepas bersalin, ilex je. tapi che ta banyak duit, senang je nak kurus. Huaaaaaaaaaaaa nangis la camni!! :'(

Manusia sihat.

Dah setel games, ayra taknak keluar dari tempat boling tu. Kau dah kenapa pulakkk. Kita cakap elok2, dia boleh menjerit2. Aduii. Jap g ibu jadi naga baru kau tahu ayra.. hahaha. Tapi sepanjang nak masuk 3tahun ni, rasanya belum pernah lagi ibu jadi naga kat tempat awam. Setakat besar2 kan bijik mata, cubit2 manja tu adala. Hahahha! Ringan gila tangan nak mencubit. Dahnya, kalau kita cakap elok2 3 4x tak jalan, cubit terus okay. Tapi bukan cubit yang sakit tu, ni cubit olok2.. tu pun dia cakap sakit, puiiii la! Berlakonnnn no-1 budak niii.


merajuk


Kat depan boling tu ada tempat menan masuk token ni, cakap kat dia kita main yang kat luar pulak. Baru la dia okay. Tapi pastuu, nak keluar dari sini pulak bermasalah! Hahahahaha.. Ayra ayra. Eee geram. Kesudahnya, kena berdukung baru okay. Ibu dahla bawak perut eh perut takdela besar, yang besar badan.. ibu dahla bawak badan sendiri yang besar, pastu nak dukung kenit 15kg ni pulak. Phewwww. Memang tangan ibu berdarah la sepanjang masa.. hahaha dukung 2minit, pastu cakap tangan ibu kebas, tangan ibu berdarah, bla bla.. memang tujela alasannnn jangan nanti bila ibu dah tua, tak larat nak pergi bilik air, ayra bagi alasan.. tangan kebas, tangan berdarahh tak boleh nak tolong cebokkan sudah. Memang nangis la camtuuu.. InsyaAllah tak, anak ibu anak yang baik kan? Aminnn.




Pastu permintaan nak makan begdonald. Hahaha! Dia kalau sebut mcdonald-begdonald, kalau sebut mcd- jadi begdi.. kahkahkah! Ayra dah nak 3tahun, masih ada words yang dia pelat2.. tapi boleh faham la apa yang dia cuba sampaikan..




Dah nak balik tu, ada pokok kristmas kat luar, tetiba je sibuk suruh amek gambar dia. Ek eley..

Tu ada beg plastik tu ada la beli baju baby sikit, pastu dia pun suka la.. sibuk je cakap 'ni baju amar kan, ni amar punya kan'. Hahahah.. Amar tu anak jiran. Baby lagi. Anak orang kemain dia sayang, bila tanya ayra nak adik tak? taknakkkkkkkkkkkk! iya taknak jadi kakak. OKAY FINEEEE.. tapi ibu tahu, nanti bila adik dah keluar, insyaAllah perasaan sayang tu akan ada. :)


Pejam celik, lagi seminggu birthday ayra.. takdela nak sambut pacak khemah bagai. Aku cuma niat nak sedekahkan goodies kat bebudak jiran2 kawan ayra.. tengokla camne nanti.. beli kek se-slice kita tiup sendiri2 sudahla.. janji ada kenangan birthday di 3tahun.. Ada orang tanya, PERLU KE SAMBUT? ekeley.. sukahati aku la.. anak aku kot, kau apa tau.. aku nak anak aku happy2 sambut papibirthday to you dia.. huahuahua.. ayra kan sebut happy birthday = papibirthday..

No comments:

.