img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, January 16, 2015

Teringin.

Tadi masa nak tidur kan ayra, aku lak yang tertidur dulu. Bangun pun sebab ada orang assalamualaikum2 depan rumah. Siapa pulak yang memekak ni. Oh rupanya, aku punya barang dah sampai. Hahahaha. Beli isnin hari tu, jumaat dah sampai. Okayla. Tapi macam tak puas hati, sebab tak seperti yang dibayangkan. Hmmmmmm.. Takpela, dah beli dah. Nak buat macam mana.


Yang si Ayra senyap je, ingatkan dah tidur. Rupanya leka tengok upinipin. Huh! Apalagi, kita amek la ipad dia tu, suruh tidur. Pejam mata. Tapi dia nak kencing lah pulak, iya haus la, iya itu ini ini.. pffttt. Ni dah selamat tidur. Budak macam dia memang kena tidur petang ke takpayah eh dah? Aku ni memang dah biasakan dia tidur petang.. dulu2 dua kali kena tidur siang, ni dah besar.. tidur sekali jela... dahnya kalau asyik tidurrrrrrrr je.. apa pun tak boleh.. tapi dia tidur petang pun, okayla, tak jejaskan tidur malam. Adala waktu2 dia tidur lewat, dahnya kalau semua orang depan mata dia tak tidur, lampu terang, tengok tv.. apakehel aku kena tidur lak kata ayra kan.. :p 


Esok dah sabtu-ahad. Apa mahu bikin? Aku macam tetiba teringin nak makan meatball ikea. HAHAHAHA.. mengandung kali ni takde mengidam pelik2.. sama macam mengandung ayra, cuma banyak teringin la... kadang tu teringin di angin lalu je... kadang tu memang betul2 nak.. kalau tak dapat jam2 tu air mata boleh keluar.. hahahahaha... biasalah, emosi kan?


Kelmarin, siang tu teringin nak makan ayam penyet. Tapi tak dapatla siang, sebab Wan kerja. So kita pergi malam jela. Yang ni takdela tahap nak sangat sangat.. kalau ada, ada.. kalau tak dapat hari ni, kita g esok.. macam tu..Sampai kedai pukul 9.45camtu, alhamdulilah ada rezeki lagi.. kira last2 la..










Yang ni ayam penyet ap yang kat sri gombak tu je. Dekat je pun dengan rumah. Tapi takdela tahap dekat jalan kaki. Jalan kaki, mahu pukul 12malam kot baru sampai. :D



No comments:

.