img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, February 11, 2015

Sampai bila akan kencing malam?

Aku start potty training ayra masa umur dia 1tahun10bulan.
Berjaya masa umur 1tahun11bulan.
Mak aku cakap tu pun dah lambat. Hahaha.. Nak buat macam mana, aku selalu rasa Ayra kecikkkk lagi. Dah nak jadi kakak pun tetap aku panggil dia baby, cmne? Budak tu pun annoying je mak nya panggil dia baby... 'Ini Iya, bukan baby!'.. Huahua.. Kan dah kena sound sedas.. :p


Masa tu siang memang tak pakai dah.
Pakai time jalan2 & malam je..
Sebab macam aku cakap la, aku malas nak amek risiko & nak play safe..
Sediakan payung sebelum hujan.
Tapi, pakai pampers pun dia tetap akan gitau dia nak kencing.
Ada masa aku rajin, aku bukak la pampers tu, ada masa malas, Ayra kencing jela dalam tu... Huihui..


Malam pulak, sebelum tidur akan kencing dulu. Ada masa kering je pampers tu.. Ada masa basah. Pampers yang kering tu akan diguna malam berikutnya. Kahkah.. Jimatttt bertempat tak ni? Sepack size xl, boleh tahan sebulan lebey ke dua bulan camtu..


Ada satu hari tu, aku rasa... Sampai bila nak macam ni? Kita gamble jela malam takyah pakai pampers gak.. So, geledah2.. Jumpa changing mat masa baby2 dulu. Kita guna tu lah untuk alas cadar. Ayra takyah tidur lasak2.. Sila tidur di kawasan anda sahaja.. Kang lasak terbasah kat tempat yang tak berlapik pulak..


Malam pertama tu, aku perhatikan pola tidur dia. Dia ek ek mengeliat aku dah gelabah.. Asyik la kuar ayat "yra nak kencing bagitau ye.. Ayra dah besar.. Bla bla".. Hahaha.. Memang tidur tak lena la.. Dah kejap2, aku meraba dia.. Kalau nak ikutkan, ada dua waktu dia akan kencing selalunya, dalam pukul 2 & subuh.. So masa2 tu kena alert la...


Sekarang ni,  kadang tu ada terbabas. Time time aku penat tidur taksedar diri. Hahaha.. Sedar. Tapi malas. Setan pun hasut suruh buat ilek buat ilek.. tidur je.. zzz.. Bila dia dah terbabas barula gelabah bangun nak angkat masuk bilik air basuh sikecik tu, tukar cadar apa semua. Lagi tambah kerja kan sebenarnya? Takpe, aku memang suka buat kerja lebey2 camtu.. Zzz.


Bila eh budak betul-betul takkan terkencing malam dah? Mak aku bagi petua.. Tiap pagi jumaat, tongengkan budak tu depan pintu sambil selawat.. Tapi aku belum buat lagila..huahua.. Ada je kan budak  sampai dah sekolah rendah pun terkencing kat tilam kan? Hahaha.. Harap2 ayra tak macam tua.. Tapi bila fikir-fikir balik, dia kencing kat tilam pun salah siapa? Salah aku gak yang malas kan.. Hahahaha..


Ohye, aku memang takde nak kejut2 laki aku kalau anak dah terbasah ke apa.. Aku tahu dia penat kerja.. So biarlah aku uruskan sendiri. Cumanya, aku pun penat gak.. Mengandung lagi, ulang alik g kelas lagi.. Walaupun aku tak kejut, sila la faham-faham sendiri.. Benda2 simple mandikan ayra, basuh kencing ke, buat susu, gosok gigi ayra ke.. Benda tu boleh buat kan? So
bekerjasama la kita. Masa buat anak boleh berkerjasama.. jaga anak pun harus lah kan? Matila kalau aku nak handle sorang2.... Aku bukan supermak.. Aku cuma wanita biasa yang pemalas.. Kahkah.. Tapi tahla, aku memang jenis tak suka nak suruh2 laki aku.. selagi aku boleh buat, aku akan buat sendiri.. perghhhhhhhhhh ayat mithali sangat ni. HAHAHAHA.. Aku tengok orang keliling aku kadang slumber je mengarah2 laki, aku dah macam eh eh eh?? laki dia mengikut je pulak tu.. huahua.. yelah, sayang bini kan? tapi tula.. aku ni sangat bertimbang rasa kot. KAHKAHKAH lagi sekali puji diri sendiri. Amek bakul tu, muntah cepat!!!

budak kecik tak berapa nak kecik. sampai bila ibu kena berjaga-jaga cuak-cuak kalau terkencing malam eh????



bukan supermak......... tapi kita cuba lah jadi mak yang terbaik.. sekurang2 nya........... mak yang cool. walaupun kadang2 tu jadi naga. naga apa cool? kahkahkah... sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrr... urut dada banyak2..









3 comments:

CikNaa said...

eh bagusnya dak ayra ni..

Aty_Fared said...

aty ada sedara..tua setahun dari aty.. kencing malam sampai anak dara nak kawen tau..!! die kawen rasa umur 24 kot tak ingat.. sebab sekarang dah 33 umur die [aty pon dah 32 kan..huhu]
tak tau lah lepas kawen tu die kencing malam ker tak.. eerr..maksud kencing malam aty cerite ni.. kecing atas tilam waktu malam..!!! orang cakap tu penyakit.. tak tau lah... ngeeee - ada kaitan tak cerite nih.. ;p

lin said...

Eh..Ku jual Kain yang adsorb kencing. Rm60satu jer. 75cmx90cm. Ade 7Kartun design. Pm I 0173632608 Jikan anda interested

.