img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, February 3, 2015

Hytex Warehouse Sales

Aku tak pernah pergi jualan gudang hytex ni.
Ada satu malam tu, lalu kat greenwood, aku ternampak la banner jualan hytex ni. Tapi masa tu dah pukul berapa pagi. Pastu dah lepas dah pun tarikh. Balik rumah, aku google2 bila lagi hytex nak buat warehouse.


Sekali, nah berderet 3wks dorang buat kat taman ehsan. Ala, kepong bukan jauh mana pun. So, jomla. Hihihi.


Aku kengkonon nak carik baju baby. Tapi rupa-rupanya, baju untuk newborn tak banyak pun. Bukan tak banyak pun, memang kalau ada pun baju je, seluar takde? Hahahaha.. Agak kecewa gak la.. Kalau ada pun sehelai dua la.. Tak macam pureen. Aku walaupun tak pernah memborong kat pureen tu, tapi sebab ada gak 2 3 pergi beli sabun2.. tengok gak la kawasan baju.. banyak.. berebut2 macam piranha orang.. Pastu ada jual macam2 untuk newborn gak kan, kira bestla kat pureen tu..


Tapi, baju untuk budak2 besar sikit macam Ayra memangggggggggggg banyak! Banyak dan murah2. Serius murahhh! Berbaloiii. Lagi2 kalau untuk girl. Lagila, rambang mata sangat. Aku tengok baju lelaki sepesyen je.. baju girl kan macam2.. tapi bila banyak sangat sudahnya semua nampak sama je.. hahaha...


Aku memang dah target, kalau takde baju baby, kita takyah beli apa-apa lah. Baju kakak dah beli kat sogo hari tu. Lagipun kakak banyak baju yang elok2 lagi. Adik ni ha, karang takde baju terbogel2 pulak :p. Acane? Kitorang pergi kejap je kat sini ni. Pastu lari pergi seri kembangan pulak. 


Tapi, tetiba Ayra gedik2 nak skirt. Hahaha. Dahla, dia main sauk je baju2.. untuk baby katanya. Kalau kita letak dia marah. Eh??


So, belasah la beli capai je skirt untuk Ayra 2helai, seluar panjang sehelai, baju baby 3.. tak beli banyak pun. Habis pun cuma rm49. Aku memang tak usha2 sangat baju size2 Ayra (kalau takde kejar masa kemana2 pastu, rasanya aku memang boleh terjebak beli baju untuk Ayra tak pepasal..) tapi tengok sekali imbas camtu pun dah tahu banyak.. Masa tu aku fokus kat ceruk dinding bahagian baju newborn. Geledah2 baju, geledah2 baju. Seluar takde. Hahahaha.. Wan je jumpa seluar. Tu pun dua helai. So dua pasang jela dapat. Kalau seluar yang macam gegirl2 tu adala... Aku nak carik yang unisex sebab taktahu gender lagi kan. Kalau dah tahu gender, senang sikit nak memilih baju...


Kakak posing di tengah panas terik.

Rm49, okay kan? Sebab kalau kat luar, memang tak dapat la harga ni.


rm43.90 jadi rm8. Murahhhhhh.

rm27.90 jadi rm6.......

Sape-sape nak carik baju basahan dok rumah lagi2 girl, sila la datang sini. Ada lagi 2x sabtuahad. Kalau nak carik jenama ni la.. kalau nak baju dok rumah tommyhilfiger, takdapek la ye..




No comments:

.