img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, April 22, 2015

Melaka.

Hari tu aku ikut Wan pergi outstation. Alah, Melaka je pun. Hihi.
Aku kan teringin nak makan keria limbongan tu.
Tapi pergi kali ni, tak dapatttt gak!
Hahaha. Ayookkk papa, nanti adik keluar air liur meleleh-leleh ibu taktahu. :p
Saje la gedik nak ikut, bukan boleh jalan-jalan pun. Sebab Wan kerja kan. Petang bila dah setel boleh la bawak pergi pantai, minum coconut shake ke.. camtu jela.. jadila.. janji ikut. Hahahaha.
Nanti dah bersalin ada baby kan leceh sikit.
Taktahu la kot aku gigih gak, tu kita taktahuuuu. Kuikui..


Dari rumah tak makan. So kita singgah lunch dulu kat area senawang. Sebelum si kakak tu memekak lapar, lapar.. baiklah kita makan. Aku ni memang tak boleh makan banyak-banyak dah. Perut ketat. Tapi kalau sehari tak sentuh nasi, boleh gigil gak. Kena makan, Cuma sikit la.. Nafsu ada, tapi tula, kalau sumbat gak, perut rasa nak meletup. Huhuhu..




Dalam kereta kita selpie. Hehehehe. Janganla percaya sikenit ni duduk belakang. Aku rasa ni tak sampai 10minit kot? Hahahaha.  Pastu dah uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nangis. Dia gurau-gurau dengan papa dia, gelak-gelak, tetiba dah nangis? Ibu baru nak hilang kekebasan kat kaki. Cissss! Anak buah aku, umur baru dua tahun, aku tengok elok je dia duduk belakang main sorang-sorang.. boleh baring-baring. Lain gila lah dengan peel Ayra. Takpela, tiap budak tu berbeza kan?




Selpie lagi. Duckface pulak. Kehkehkeh.. Ibu memang tak pakai makeup. Muka tak flawless, tapi tak reti nak mekap, macam mana? kang macam badut pulak kalau tetiba makeup. KIHKIH... kita bajet ajela muka tu natural beautyy. Muahaha..



Petang tu kita minum coconut shake. Keria limbongan? TAKDEEEEE. :( Tapi kan selalunya, kalau aku nak sangat ni, mesti hujung hujung benda tu bukan la sedap mana pun. Hahahaha... Siapa pernah rasa keria tu eh? Sedap ke?? Sempat la singgah Pantai Klebang pastu. Saje bawak Ayra tengok air. Suka la budak tu dapat main pasir. Habis semua kena pasir.  Huhuhu.



Si gemuk pun nak bergambar gak. Hahahaha! Ngeri kan? Berat sekarang dah 62.8kg. Sekian.
Baru nak masuk 8bulan kot???????? Kalau 9bulan.. mahu 70kg. Zzz.




Singgah petronas dekat area pantai tu. Mandikan sikenit ni. Tak selesa aku tengok dia berpasir-pasir. Huhu. Biasalah Ayra, pastu lapar. So bagi la dia makan roti canai. Dia yang nak. Habis sekeping. Pastu bila tanya nak air apa, nak air teh o. HAHAHAHA orang tua sangat. Bila tah, dia nak makan nasi goreng biasa, tapi nak makan kat kedai. Okay kita bawak. Pastu bila tanya nak air apa. Nak air sirap. Hahahahaha. Taste anak aku pelik pelik je kot. Huahua. Padahal kalau kat rumah, sirap pun takde. :/ Minum sirap kat kenduri je.



Nantila cerita lagi. Sakit pinggang & panas gila ni.
Cuaca sekarang memang panas, tambah pulak mengandung. Lagila, peluh macam air. Huhuhu.

.