img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, April 21, 2015

Takdetajuk.

Kadang-kadang bila boring. Kitorang memang akan datang makan kedai maklang aku ni. Dalam sebulan tu banyak kali gak. Hahaha. Lagi lagi bila malas masak. Eh. Silap. Bila taktahu nak masak apa.. Lebih manis ayat tu.. Kuikui. Makan free, tapi kalau dah selalu segan pulak kan? Orang tu berniaga, so dia taknak pun, kita bayar jugak. Dahla amek banyak-banyak pulak.



Anak aku ni kan pengingat jalan. Dia tahu kedai maklang aku ni dekat dengan selayang mall.
So gedik la ajak g selayang mall. Dah tetiba ajak, beli air oren kat mydin.. HAHAHA.. ada-ada je alasan dia nak berjalan. Tapi anak aku ni. Kita bawak pergi nsk pun dia dah happy, janji berjalan. Macam makcik2 sangat.. Tu yang tiap kali balik rumah maktok dia, mesti dia akan mengajak pergi jasko.



Nak donut la, nak roti la, nak aiskrim la. Semua pun nak? Dahla semua tu benda manis-manis. Nasib la dapat ibu yang sumbat je semua bendaaa...... kang dah tua berpenyakit jangan salahkan ibu :p Tapi takdela bagi banyakkk2.. merasa dahla.. kang kalau semua pun tak boleh, tak fun lah pulak.


Nak amek gambar dengan benda alah tu. Hahaha.. Nak ajak naik pulak. Mana boleh.

Besar dah Ayra kan?
Aku pun taktahu camne la nanti bila ada adik. Sampai sekarang tidur nak peluk ibu, nak berdukung, dalam keretaaaa lagila.. nak beriba. 4jam perjalanan, 4jam la beriba.. Tu belum pakej dia tidur.. Kebas hoii..  Ye tahu tak elok, tapi kalau suruh dia duduk belakang ke apa duduk sorang sorang.. Nanti ada je alasan.. 'Iya pening la..'.. Pernah dia cakap dia nak muntah, kitorang ingatkan dia main main, sekaliii, hamekkawww.. Huahua.. Bersepai dalam kereta. Fobia. Pastu kalau dia cakap nak muntah, memang kitorang alert la.. Takdela anggap dia main2.. Yela, ayra ni boleh tahan gak drama dia. Huhu.. Aku takdela manjakan dia menatang minyak yang penuh ke apa.. Tapi aku kan jenis tak sampai hati.. Jenis mak yang lembut lembut (puji diri sendiri).. Aku garang pun bukan dia takut, dia gelakkan adala.. So kita lek lek jela.. Tapi kadang tu, menaga gak la.. Naga seminit, pastudah gedik gedik balik dua beranak.. Hahaha.. Maybe sebab aku pun bukan jenis panas baran.. Bersabar selagi mampu.. Gitu. Ohye, sampai sekarang Ayra memang taknak jadi kakak. Tapi dia tahula dalam perut ada baby, beli barang baby apa semua.. Cuma dia taknak jadi Kakak Ayra. Panggil dia Ayra je. Hahaha.. Tapi aku dah biasa biasakan gak panggil dia kakak, kadang tu dia nyahut je.. :p
.

1 comment:

Aty_Fared said...

kaaaannn.. biler anak masih manja ngan kite.. tak dapat bayang kan biler ada adik baby nanti.. pengsan mak nak beriba 2 orang.. hahaha

.