img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, July 7, 2015

41minggu 1hari.

Alhamdulilah.
Dah selamat bersalin.
Hari sabtu, 4julai 2015, 18ramadhan, 6.18pm.
Normal. Natural. Takde ubat tahansakit or apa. Alhamdulilah... Rasa hebat sangat.



Baby girl.
3.21kg.
Ringan sikit dari kakak dulu 3.23kg.
Aku memula baby jeluar tu terus aku cakap keciknya.. Hihi.. Ingatkan tak sampai 3kg pun.


Proses bersalin pun alhamdulilah cepat.
Maybe nila hikmah nya lama dalam perut..


Aku keluar darah & lendir hari jumaat pagi.
Pagi dah pergi rumah mak, bagitau dah ada tanda. Terus lah mak aku cuak. Haha..
Pastu aku balik rumah tidur. Wan pun tak kerja hari tu. Standby.
Sampai la ke malam, takde sakit sakit. Yang mak aku asyik la suruh g hospital. Aduii.
Tapi aku rilek lagi, yakin tak bukak or kalau bukak pun takat 2cm. So kita jalan jalan pergi tesco malam tu, konon nak cepatkan bukaan. Tesco pulak sales kan, laki aku tiap tahun memborong air gas kat situ. Tahun ni 5katon. Mandi la kau dengan air gas. Aku dah la takleh minum.. Huhuhu..
Pastu lepak mcd ampang park, kan haritu teringin nak chocotop. Alhamdulilah dapat.


Malam tu macam biasa je. Takde sakit.
Adala sakit pinggang. Pastu sengugut biasa biasa.


Pagi sabtu,
Bangun macam biasa.
Pukul 11 tetiba rasa perut macam sengugut yang up sikit sakitnya.
Tengok berapa kali, adala dalam setengah jam sekali.
Yang Wan lak nak repair kete jap.
Aku okay je, cuma suruh dia cepat sikit.


Tetiba mak aku datang rumah.
Tanya aku dah sakit ke.
Mak  datang dalam pukul 2.
Masa tu dah sakit 10minit sekali.
Makayah aku dah cuak.
Nak hantar aku hospital.
Aku cakap takyah.. Nak tunggu Wan balik jap lagi.


Wan sampai rumah 3lebey. Sakit still 10minit sekali.
Masih boleh bertahan.
Cuma tiap kali contraction tu mengelupur gak la.
Tapi boleh je lagi senyum.


Ayra tinggal dengan mak aku. Memula nak ikut, tapi mak aku pujuk belikan gelang.
Perghhh. Petang tu dapatla ayra gelang emas raya.
Haha..


Sampai hospital, tetiba rasa tak sakit. Hahaha..
Cuak sebenarnya.
Daftar apa semua.
Pastu buat ctg, cek jalan.. Dah bukak 4cm.
Wah, 4cm... Ingatkan baru 2cm.
Pastu tunggu jap doktor cek itu ini.
Aku dok kat kerusi,  tetiba contraction.. Ada nurse ni nampak, dia nak cek jalan lagi. Aku cakap tak, ni saya sakit, bukan nak meneran.
Eh? Baru je kot kena seluk.
Aku pun okay la, seluk jela..
Tetiba dah 6cm.
Hahaha. Maybe muka aku tahan sakit tu nampak sangat kot.
So doktor nak pecahkan ketuban.
Aku tengok benda tu panjang. Tapi hantam jela. Dah sakit. Nak pecahkan ketuban pun kena time aku bertenang, tak boleh time contraction. Tiap kali contraction aku cakap, jap jap..  Rilek jap.. Hahaha
Tak sakit pun pecah ketuban tu.


Pastu seluk lagi, dah 8cm.
Dalam labour room tu, dorang cakap kalau aku pandai teran dah boleh dah.
Takyah tunggu 10cm.
Ek? Aku pun macam eh dah boleh teran??
Kalau rasa nakberak cakap.
Aku memula tu just sakit je.
Tetiba pastu rasa nak berak.
Aku cakap la saya nak berakk.
Teran teran, keluar taik sikit. Hahaha.. Tapi pastu keluar baby.
Gila cepatla.
Dalam 3x teran.
Wan kat sebelah muka dah cuak. Huahua..


Dah keluar baby, apa semua.
Kena jahit la pulak.
Takde la koyak teruk. 1st degree tear je.
Lama gak jahit tu.
Maybe sebab jahit lawa kot?
Kira jahit tak cincai la..
Alhamdulilah, pukul 8lebey masuk wad.
Kiranya, aku betul betul sakit tak lama sangat.
Tapi ni bila terbayang contraction, aduii ngeri gak la.
Haha..
Ohye tetek adik terbelah jugak, next pun girl lagi. kahkahkah! Itu yang aku fikirkan. Zzz.


Okayla. Taip kat ipad, rasa macam panjang gila dah ni.
Nanti ada masa kita cerita lagi.





4 comments:

Aty Fared said...

alhamdulillah..mudah segala... selamat dah..tahniah.. dan selamat berpantang yer.. raya ni tak ley makan ketupat lemang rendang hokeh... ;p

Baiduri said...

Alhmdllah....tahniah, ayra dh dpt adik....dh ade geng....hehe

Anonymous said...

I was recommended this web site by my cousin. I'm not sure whether this post is written by him as no
one else know such detailed about my problem. You're amazing!

Thanks!

My homepage: facebook

JaJa_NoRLiza said...

Tahniah nurul...alhamdullillah mudahnya bersalin... :)

.