img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, July 25, 2015

Raya 2015.


Raya tahun ni turn belah aku.
So, ke sungai besar la kita.
Makayahadik2 aku dorang balik rabu pagi.
Aku balik khamis.
Sebab rabu tu balik rawang dulu, tidur sana.
Balik khamis tu alhamdulilah jalan tak jem, kitorang tak ikut jalan besar, ikut jalan dalam.. Tenang jela.


Ni kiranya first time la bawak Adyra jumpa nenek aku.
Jumpa sedara sedara semua. Sebab pakcik2 aku ada yang belum tengok cucu baru dorang ni. Hehe.
Alhamdulilah gak, adyra okay je dalam kereta apa semua. Risau gak, baru dua minggu kan.


Kalau balik kampung, berkumpul semua.. Memang penuh rumah nenek aku tu.
Tidur pun main tidur je kat mana, kat celah yang kosong. Hahaha. Aku okay je tidur bergelimpangan semua ramai ramai.. Ada orang tak nak kan tak selesa apa semua. Ala, bukan selalu pun, takyah nak bajet sangat la..  Kita bukan orang kaya rumah macam istana. Nasib jugk laki aku jenis tak kisah.. Tengok dia pun seronok je ramai ramai.



Pagi raya bangun mandi apa semua..
Orang dah balik sembahyang raya aku baru nak pakai baju.. Huahua.
Rasa macam eh kejap nya..
Macam nila, anak dah dua, kecik kecik lagi kan, kelam kabut la sikit.
Sorang nak susu, sirang nak tetek, sorang berak, sorang nak perhatian. Huaaaaaa!
Takpe, insyaAllah sekejap je ni, nanti Adyra dah besar sikit dah seronok dah.. Tak kelibut dah..


Baju raya?
Seriusly, tahun ni takde persiapan apa langsung.
Ada la baju kurung selai dua.
Untuk Ayra lagi la sedeyh, baju kasual pakai je apa yang ada.
Memang takde masa nak beli.
Yela, aku tak boleh nak keluar rumah.
Tak berani kot nak keluar awal awal bersalin.


Raya pertama tu takde berjalan sangat, adala pergi 3 4 biji rumah sedara.
Sebab tengah hari dah nak sembahyang jumaat kan.
Pastu petang lak, family wan datang rumah nenek aku. Tu jela..
Malam sikit, gerak rumah nenek belah ayah lak. Tidur sana.









Pagi raya kedua, berjalan rumah sedara ayah aku.. Ada la 3 4 biji rumah jugak.. pergi rumah moyang aku gak. Err moyang aku, kalau untuk Ayra & Adyra dah pangkat apa eh? 

Petang lak pergi teluk intan. Ada perjumpaan keluarga belah mak aku. Kiranya berkumpul la semua cucu cicit. Aku bukan kenal pun semua. Huahua.. Rumah kampung kan, kumpul ramai-ramai. Ya Allah, panas gila. Nasib baik Adyra rilek je tidur. Ada la dia ek ek sikit, sumbat susu tidur balik. Tapi berpeluhhh pastu ba mashammm. HAHAHAHA... 









Raya ke3 takde pergi mana mana. Yang lelaki, pakcik2 aku pergi carik ikan kat sawah. Gila banyak ikan haruan. Aku makan je ikan haruan tu. Pati ikan haruan pun aku telan. Haha.. Walaupun rasa macam uwekkkk. Kikikiki. Raya ke3 kiranya duduk rumah tunggu orang datang jela...




Raya ke4, dah nak balik dah.
Pagi pagi tu dorang semua beraya keliling rumah nenek aku..
Pastu pergi rumah atuk2 sedara.
Kitorang konon lepastu nak balik la terus, sekali laki aku nak ikut pakcik aku carik ikan lagi. Haha. Laki aku yang besar kat town pun tak geli balik kampung, ada orang tu besar kat kampung, tapi balik rumah nenek aku itu tak makan ini tak makan, poyooooo sangat. Eh.







Kitorang nak gerak awal sebab ada baby. Tapi last last lepas maghrib baruu gerak.
Alhamdulilah sampai rawang dengan selamat. Baby pun okay. Cuma esok nya, ya ampunnnn seharian taknak tidur. Stress gila aku. Huahua.


Malam selasa baru sampai rumah selayang.
Rabu Wan dah kerja.
Rabu malam pakcik aku kat banting & cheras datang beraya. Pastu dorang nak g rumah paklang aku. Aku pun ikut jela. Haha.. Taksedarrr diri dalam pantang.




Tujela kisah raya seminggu.
Tak berjalan sangat.
Agak agak la pun nak beraya sakan, dalam pantang kan. Walaupun ada la cuit cuit rendang sikit. Hahaha.. Nak makan itu ini boleh, kalau takat aku yang sakit, okay lagi.. Ni karang baby lak. kembung kan? Dah satu hal.







3 comments:

jaja_NorLiza said...

Comelnya sedondon...cute giler baby adyra berbaju kurung!...ayra plak dah mcm kakak2 sangaaat!!! Papepun..happy family...selamat hari raya nurul! :)

Aty_Fared said...

si kecik pon pakai baju kurung..alololo..... mesti kecit2 jer baju die kan.. :)

Khalid Kyle said...

Selamat Hari Raya saya ucapkan buat sis sekeluarga, moga terus sukses & ceria2 selalu :)


.