img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, September 6, 2015

Coklat tak ada.

Hari tu saje telegram gambar warehouse coklat tu kat papa.
Kalau dia nak pergi, kita pergila.
Kalau taknak, okay.


So, jumaat tu kebetulan papa kena pergi site klang.
Mohle kita ngikut. Hehe.
Angkut dua dua anak sekali.


Sampai je kat harbour place tu.
Kereta kemainnnnn banyak.
Parking tepi tepi jalan.
Tak sangka pulak ramainya umat manusia.
Tapi buat rilek rilek je, sebab kan konon sales dar 3-6hb, sampai malam pulak.
Sekalinya, bila sampai kat bawah tu, ada notis tulis sampai 4hb je, hari jumaat. 
Phew lega, sebab plan nak pergi weekend. Tapi tak jadi.


Sampai je atas, tengok ramai orang kat pintu masuk.
Try la selit selit.
Rupa nya, dah tutup.
Siapa yang dlm kawasan pagar je boleh masuk.
Hahaha.
Okay takpela.
Takde rezeki.


Ada yang sampai bergaduh gaduh.
Ntah pape ntah.
Coklat je kot?
Tapi murahla. Heee.
Kitorang sampai tu pun, still ada yang mcm nak gaduh gaduh tak dapat masuk.
Makanan tak berkhasiat je pun.
Sedapkan hati sendiri**


So pulang la kitorang dengan kehampaan. Kikiki.
Odw nak balik tu, ada orang approach nak beli coklat dari dia tak.
Saje la usha, tapi amboiii mahal, macam harga kat kedai. Takpayahla kalau macam tu.
Tahula dorang beratur dari pagi.
Gigih kan?



Tak dapat coklat.
Kitorang pergi banting jela.
Amek buah mangga kat rumah pakcik aku.
Jadila.
Siap makan malam kat situ.
Kenyang.
Alhamdulilah...



Haha.
Adyra siap masuk buai lagi.
Tapi tak sampai 15minit dah bangun. Ciss.
Aku kalau buai dia kat rumah pun, takpernah buai togel macam ni. Sebab dia kecik lagi kan.
Selalunya akan alas letak bantal besar/comforter kecik.. Siap ada bantal peluk apa semua. So dia macam tidur kat tilam la, badan rata je.. Jadi senang la kita, tidur bawah boleh, tidur buai boleh. Ikut keadaan.










.